Apa Beza Pawagam Dibuka Sedangkan Masjid Tidak Sepenuhnya! Ustazah Asma’ Harun Suarakan Kerisauan

Share

Mulai hari ini, bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin boleh mula menonton filem-filem hebat di pawagam. Ini kerana pawagam sudah mulai dibuka dengan kapasiti 50 peratus tempat duduk seperti diumumkan oleh pihak berkuasa.

Bagaimana pun isu mendapat reaksi dari orang ramai yang bertanya mengapa kapasiti masjid dan surau tidak diberi kelonggaran sebegini (biarpun ramai tahu masjid dan surau di bawah pengurusan pihak berkuasa negeri masing-masing) namun masyarakat melihat ada kelompongan “idea” dalam isu ini.

Ternyata dengan pembukaan pawagam ini juga mendapat reaksi daripada pendakwah, Ustazah Asma’ Harun di fb rasminya yang berkongsi pertanyaan dan kerisauannya berkaitan isu ini kerana dengan ruang yang tertutup, penyebaran Covid-19 boleh berlaku dengan mudah.

Baca kerisauan disuarakannya.

KENAPA? Iya, kita faham, mereka juga perlu cari pendapatan, dan kita tahu memang berjuta rakyat hilang kerja dan tukar sumber rezeki kesan daripada pandemik. Saya percaya mereka yang terlibat dengan dunia pawagam juga melalui hal yang sama termasuk para artis filem, ramai yang dah ada sumber pendapatan lain. Maksudnya mereka tidaklah bergantung pada sumber pawagam semata-mata.

Mungkin saya yang berfikiran pendek dan cetek, saya bayangkan, jika seorang sahaja pembawa, dalam tempoh 2 jam berada dalam pawagam, tempat tertutup dan berhawa dingin, ia sangat berisiko. Bimbang bukan pecah rekod tayangan atau blockbuster, tapi pecah rekod C19.

Belum cerita bab pergaulan bebas, buka ruang maksiat muda mudi dll. Jika satu pihak penuh dengan hati-hati dalam membuka ruang berkumpul, manakala pihak yang lain begitu mudah walaupun lebih berisiko, ia adalah sesuatu yang sangat tidak seimbang, seolah kurang muafakat dan teliti.

Maaf sangat, saya baca di ruangan komen KKM memang ramai yang tak puashati dan banyak pihak buat perbandingan dengan masjid yang masih belum dibuka untuk kapasiti mengikut keluasan, kuliyah dhuha dan lain-lain pengajian agama, tetapi pawagam dengan kapasiti 50% dibenarkan?

Namun kita akur dan yakin pihak berwajib buat keputusan terbaik mengikut situasi semasa berdasarkan kajian dan penilitian yang mendalam berkaitan Masjid dan surau, Kita juga faham dan hormati bahawa Pengurusan Agama adalah di bawah kuasa negeri masing-masing. Kita masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan Endemic. InsyaAllah tak lama lagi kerinduan kita kepada Masjid, surau dan majlis ilmu alam nyata akan jadi kenyataan

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10158147368841237/?d=n

Asma’ binti Harun

 

Published by
Almaswa Che Ros