Sedangkan guru yang mengajar dalam kelas mengambil masa beberapa minggu untuk betul-betul kenal dengan 30-40 muridnya dalam sebuah kelas, bayangkan pula bagaimana Rasulullah nak kenal kita dengan mudah di Padang Mahsyar nanti? Selautan manusia di situ!
Bukan calang-calang ramainya. Jika tanpa bantuan Allah yang Maha Bijaksana, mungkin kita akan menunggu masa yang sangat lama sebelum dapat berjumpa dengan Rasulullah SAW.
Melalui gambaran yang biasa kita dengar dari ustaz atau agamawan yang mendalami kitab suci al-Quran dan sunnah nabi SAW, pada hari kiamat nanti, orang mukmin dan kafir akan berkumpul di Padang Mahsyar. Di sini akan dihitung amalan-amalan kita sedail-adilnya.
Dalam selautan manusia yang bercampur-campur itu, Nabi Muhammad SAW akan mengenal umatnya ketika datang ke sebuah Telaga dengan ciri-ciri khusus. Tapi, bagaimana Nabi Muhammad SAW dapat mengenal umatnya?
Allah SWT berfirman:
يَوْمَنَدْعُوكُلَّأُنَاسٍبِإِمَامِهِمْ (Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya (QS. Al Israa’: 71)
Ads
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan, Ibnu Abbas r.a berkata, “Pemimpin kebaikan dan pemimpin kesesatan”
Anas bin Malik berkata, “(erti pemimpin) adalah Nabi setiap umat” (Tafsir Ibnu Abi Hatim, 7/2339)
Ayat ini menjelaskan bahawa umat manusia pada hari Kiamat dipanggil secara berkelompok dan umat Islam dipanggil pada kelompok yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW. Dengan ini kita boleh faham bahawa, Nabi kenal kita sebagai umatnya ketika umatnya berada pada kelompok yang bersama dengannya.
Dalam masa yang sama juga, umat Islam memiliki ciri tersendiri yang membolehkan Nabi Muhammad SAW dapat kenal kita sekilas mata memandang.
Ads
Nabi SAW menjelaskan dalam sebuah hadis yang berbunyi:
Saya berharap bahawa kami sudah boleh melihat saudara-saudara kami”. Mereka (para sahabat) berkata: “Bukankah kami adalah saudara-saudaramu, wahai Rasulullah?, Baginda menjawab: “Kalian adalah sahabat-sahabatku, saudara-saudara kami adalah mereka yang belum datang (lahir) saat ini”.
Mereka berkata: “Bagaimana engkau mengetahui orang yang belum ada saat ini dari umatmu, wahai Rasulullah?, Beliau menjawab: “Tidakkah engkau melihat, jika seseorang memiliki kuda bertanda putih pada muka dan kaki-kakinya berada diantara kuda-kuda hitam pekat, tidakkah ia bisa mengenal kudanya ? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”.
Ads
Beliau bersabda: “Mereka akan datang dengan wajah putih bersinar dan kaki tangan bercahaya pada bahagian air wuduk, dan saya menunggu mereka di Telaga. (HR. Muslim 249)
Apa lagi yang kita ingin nafikan? Berdasarkan ayat dan hadis di atas, kita dapat mengetahui bahawa Rasulullah SAW dapat mengenal umatnya melalui dua cara;
Pertama adalah pada hari kiamat umat Islam dipanggil bersama pemimpinnya, iaitu Nabi Muhammad; darinya Nabi Muhammad mengenal umatnya.
Kedua adalah tanda putih bercahaya pada wajah, kaki, tangan yang merupakan tempat air wuduk, sehingga tanda tersebut menjadi pembeza dari umat manusia yang lain.
Maka, sudah tentulah kita ingin Nabi kenal kita nanti bukan? Dah tahu apa nak buat sekarang?
Semoga kita semuanya adalah orang-orang yang dikenali Rasulullah berkat daripada wuduk yang sempurna dan dapat minum dari telaganya.
Lelaki ini dihadapkan dengan dugaan hebat dengan bisnes yang tak menjadi, hutang keliling pinggang. Tak boleh bayangkan bila perlu melangsaikan hutang sebanyak RM1.74 juta. Sedangkan kita hutang kereta puluhan ribu pun sudah pening memikirkannya.
Namun Khairul Hakimin Muhamad tak pernah lari dari masalah hutangnya. Sedaya upaya dia membayar malah selalu berkongsi perkembangannya dalam media sosial miliknya. Pun begitu dalam keadaan terhimpit masalah kewangan dia beroleh rezeki yang istimewa dipanggil menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah mengerjakan umrah.
Semuanya ditanggung penaja dari baik penerbangan, penginapan ziarah dan sebagainya. Biarpun awalnya dalam dilema kerana jemputan itu dalam keadaan dirinya penuh hutang tapi setelah ditanya ahli agama nasihat mereka; teruskan saja kerana sudah dijemput oleh-Nya.
Niat ke Tanah Suci diteruskan dan dia hanya perlu duit belanja saja. Bagaimanapun katanya untuk menyediakan duit belanja pun dia tiada. Tapi Allah itu maha kaya, di saat itulah DIA menunjukkan kekuasaan.
Dalam satu perkongsiannya, kata Khairul Hakimin Allah hantar orang-orang yang baik untuk membantunya ketika ini. Orang yang pernah dibantu kini satu persatu mengirimkan wang belanja yang membuatkan dirinya sebak bila mengingatkanya.
Berikut adalah catatan yang beliau kongsi untuk kita semua pelajari dan hayati.
Cara Allah hantarkan bantuan
Semasa menanti kunci bilik di Madinah ini saya duk sebak lain macam. Duk terfikir bagaimanalah Allah atur saya di Makkah sekali lagi.
Saya cakap ke Faisal, sebenarnya nak ke sini memang tak ada duit. Saya duk cakap ke isteri saya macam mana ya nak berbelanja di sini nanti. Risau juga nak makan ke nak apa ke.
Isteri saya diam ja. Saya memahami beliau kalau ada, sahih akan beri punya. Tapi kami saling berusaha membayar hutang syarikat. Masuk ja mana-mana pembayaran, hutang dulu kami usahakan. Jadi simpanan memang tiada. Lalu dalam beberapa hari nak berangkat, hati dup dap duk dap. Berdoa semoga Allah beri keajaiban.
Lalu… ada seorang ustaz kasi saya RM1,000. Katanya masa dia susah dulu, saya pernah kasi dia juga RM1,000. Jujurnya saya tak ingat.
Kemudian seorang lagi kakak PM tepi saya cakap “ini bukan untuk Khairul bayar hutang, ini untuk belanja. Akak tak tahu kenapa, dulu, Khairul beri akak ebook khairul tu percuma ja, akak guna habis-habisan, ilmu itu sebenarnya sangat bernilai, kalau akak ada RM100,000 pun akak sanggup beri ja kat Khairul, ini masanya akak bantu Khairul pula.” Pun sama beri RM1,000.
Semalam, ada seorang lagi beri RM500.Macam itu sahaja Allah beri. Ya Rabb, mana saya tak sujud syukur. Ya Rabb alhamdulillah. Saya tak terfikir begini bantuan yang saya terima.
Kawan-kawan, Masa kita buat baik, jangan ingat. Masa kita buat hal bagus, lupakan. Masa kita buat hal-hal memberi orang lain kekuatan, jangan sesekali letak dalam kepala. Lupakan. Lupakan. Lupakan. Pada saat kita pula dalam kesusahan, Allah akan hantar bantuan. Pun sama, kita berharap kepada Allah semata-mata, bagaimana bantuan itu sampai, caranya, kaedahnya, tak perlu susah-susah kita bayangkan. Semua serah kepada Allah bulat-bulat. Alhamdulillah. Semoga kalian terus murah rezeki, terus dibantu, terus menerus buat baik ya kawan-kawan.
Beberapa bulan lalu dirinya pernah diuji apabila tular dirinya bertongkat. Dalam satu temuramah bersama Dai’ Ahmed Ibrahim, Ustaz Kazim menjelaskan dirinya terlangkah abu gambarnya yang sudah terbakar separuh dan sejak itu kakinya membengkak hingga memaksanya memakai tongkat.
Baru saja pulih dari ujian perbuatan disihir, sekali lagi Ustaz Kazim diuji apabila tular wajahnya memakai bedak sejuk dalam satu temubual sekali lagi bersama Dai’ Ahmed yang dikongsikan di Tik Toknya @AhmadIbrahim.
Jelas Ustaz Kazim, dirinya sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada mukanya dalam perkongsian itu. Ia berlaku secara tiba-tiba.
“Saya sendiri tak tahu apa yang berlaku pada muka saya. Kalau nak kata alahan, berhari-hari dah. Yang peliknya, kalau alahan seluruh badan. Ini hanya berlaku di muka sahaja. Tak berlaku di tempat lain.
“Kalau alahan di muka selalunya berlaku kesukaran bernafas tapi sekarang saya boleh bernafas. Boleh bercakap, cuma pedih sajalah. Sebab dia luka-luka macam lepuh Ustaz Ahmed,” kongsinya.
Tambah Ustaz Kazim, untuk mengelak mukanya terus berasa pedih terkena air, dirinya memakai bedak sejuk dan bedak geliga di muka yang lepuh-lepuh itu. Jadi tak adalah rasa panas muka nie, rasa sejuk sikit.
“Bibir saya dulu warna pink, ke merah ke tapi sekarang dah bertukar jadi hitam. Dia pecah-pecah. Untuk elak keadaan bertambah teruk, saya pakai vaselin di bibir selain gunakan minyak kelapa dara untuk lembapkan bahagian bibir ini.
“Tapi sekarang luka lepuh ini kalau kita tarik dia akan luka-luka pulak. Jadi biarlah. Insya Allah, mudah-mudahan biarlah cepat sembuhnya,”katanya lagi.
Dalam temuramah itu juga di sebalik tidak tahu bagaimana mukanya boleh lepuh-lepuh dan luka, Ustaz Kazim turut menyatakan “sesuatu”.
“Saya tahu tahu kenapa ini terjadi. Dah jumpa doktor pun, dah buat ujian darah tapi doktor pun pelik sebab darah saya normal semuanya.
“Adalahlah. Tak bagi keluar tv ke, tak bagi keluar kerap di media sosial ke,” katanya yang seakan menyimpan “maksud” di sebalik kejadian menimpanya. Mungkin barangkali berkaitan sihir kerana dirinya pernah diuji sesebelum ini.
Hidup manusia tidak pernah lari dari berbuat kesilapan. Hidayah Allah itu adalah untuk hamba-hambanya yang terpilih.
Siapa pun kita dahulu, jangan pernah menoleh ke belakang kerana kehidupan manusia itu ibarat fenomena peralihan malam.
Allah SWT menyebut di dalam surah al-Insyiqaq ayat 16 – 19 yang bermaksud : Maka Aku bersumpah, demi mega; Dan malam serta segala yang dihimpunkannya; Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama: Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan – menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya).
Orang yang berhijrah ialah orang yang sentiasa menginsafi dirinya kerana itulah hakikat kita manusia, sering melakukan kesilapan. Namun, sebaik-baik manusia ialah setelah mereka melakukan kesilapan maka mereka bersegera menginsafi kesilapan dan bertaubat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Hijrah tidak pernah terputus sampai pintu taubat tertutup dan pintu taubat tidak tertutup hingga matahari terbit dari arah barat. (HR. Abu Dawud).
Ternyata penghijrahan Aliff Aziz ke arah lebih baik memberikan rezeki buatnya kerana terpilih sebagai Juara Gegar Vaganza musim ke -8 malam semalam.
Walau ada yang mempertikaikan kemenangannya termasuk mengatakan ada lebih layak, namun kata Aliff, Allah sudah menulis rezeki buatnya sepanjang 10 minggu memasuki GV.
“Semua orang sudah buat terbaik, saya sangat gembira. Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah susun jalan ini untuk Aliff,” katanya.
Dalam pada itu, apa yang buat ramai kagum, dari satu perkongsian video oleh @YesNo di Tik Tok dapat dilihat Aliff menjadi imam solat sebelum pertandingan ini bermula.
Tulisnya, inilah rutin sang juara.
Jujurnya, situasi sebegini jarang dilihat kerana ramai yang sibuk menjaga penampilan diri khususnya selepas siap di dandan namun ternyata Aliff berbeza sama sekali kerana tidak lupa kepada Sang Pencipta.
Dan ramai mendoakan dirinya terus istiqomah memilih jalan kebaikan dalam hidupnya walau pernah melalui kehidupan kelam sebelum ini. Bahkan ramai memuji Bella yang terus sedia, memberi suaminya peluang kedua, melupakan kenangan lama dan akhirnya Allah menghadirkan rezeki buat mereka malam tadi.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...