Tular di media sosial perihal seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak yang sengaja ketawa besar tatkala melihat video cara pertuturan bahasa Inggeris seorang guru yang mengajar di DidikTV.
Dapat dilihat seolah-olah dirinya cuba memperlekehkan cara guru berkenaan menyampaikan ilmu. Bagaimana pun tindakannya itu menerima kecaman hebat dari netizen hingga pihak pengurusan Hitz FM Sarawak bertindak menggantung tugasnya serta merta. Mereka menyifatkannya tidak tahu adab. Ada yang menyuruhnya mempelajari dahulu adab berbanding ilmu.
Susulan kecaman yang diterima, penyampai radio tersebut Muhammad Yusuf Shukri tampil memohon maaf di video fbnya dan mengakui tindakannya tidak wajar. Malah dirinya mengakui baru tahu bahawa guru berkenaan mengajar secara sukarela demi memberi ilmu kepada anak bangsa.
“Saya baru tahu bahawa guru-guru mengajar di hadapan kamera secara sukarela hanya untuk membantu generasi muda sekarang. Jadi saya rasa perbuatan mengelakkan guru tersebut sangat tidak patut dan keterluan,” jelasnya.
Di sebalik peristiwa ini, ada sesuatu yang kita semua harus tahu.
Apa ada di sebalik perkataan ADAB SEBELUM ILMU yang kita semua harus belajar hari ini?
“Orang beradab sudah pasti berilmu, orang berilmu belum tentu beradab.”
Perbezaan manusia dengan binatang adalah akal atau ilmu. Tetapi yang lebih tinggi dari ilmu ialah adab atau akhlak. Kerana seberapa pun banyaknya ilmu tanpa disertai adab yang baik akan boleh menjadikan manusia berperilaku seperti binatang (menurut hawa nafsu serakah, tamak, kejam dan tercela sikapnya)
Ads
Imam Malik rahimahullah pernah berkata pada seorang pemuda Quraisy,
“Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.”
Kenapa para ulama menyuruh kita dahulukan mempelajari adab?
Sebagaimana Yusuf bin Al Husain berkata,
“Dengan mempelajari adab, maka engkau jadi mudah memahami ilmu.”
Sebegitu pentingkah mempelajari adab, baru ilmu kemudian?
Ads
Dalam kehidupan masa kini, mungkin kita pernah menjumpai orang yang pandai, tapi sombong. Cerdas iq tapi tak berperilaku baik. Pandai, tapi adab terhadap orang tua/gurunya kurang.
Dalam kes ini kita akan memandang rendah kepada dirinya kerana budi pekertinya tidak sama dengan kepandaiannya.
Ia samalah macam budaya rasuah. Ada jawatan tinggi, bijak pandai tapi ambil rasuah walau tahu rasuah itu haram. Ada juga kes kita mendengar pelajar melawan guru, tidak sopan hanya kerana merasakan ibu bapanya berjawatan lebih tinggi dari guru berkenaan.
Sebab itulah mengapa kita harus mengutamakan adab dahulu berbanding ilmu.
Apa dimaksudkan dengan adab?
Ads
Adab bermaksud (Bahasa Arab: أدب ) dalam konteks perilaku, perbuatan, kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan dan kemanusiaan. Dalam erti kata mudah berkait akhlak yang mulia. Sebab itulah kita harus memiliki adab sebelum memiliki ilmu.
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
أكملُ المؤمنين إيمانًا أحسنُهم خُلقًا
“Kaum Mu’minin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya” (HR. Tirmidzi no. 1162, ia berkata: “hasan shahih”).
Jelas dikatakan, sebaik-baik manusia yang paling baik adalah akhlaknya. Oleh kerana itu, untuk menjadi sebaik-baik manusia perbaikilah akhlaknya.
Sebenarnya soal adab sangat luas. Bukan hanya dalam menuntut ilmu saja. Dalam hal ini, dengan mengutamakan adab sebelum menuntut ilmu menjadikan ilmu yang selama ini kita pelajari penuh baroqah. Jadi tidak adalah penat menuntut ilmu tapi lemah dari segi adab dan akhlak. Namun dengan memahami adab dan akhlak yang baik, akan memudahkan kita menuntut ilmu.
Apa dia adab sebelum menuntut ilmu?
Mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu. Semata-mata hanya mengharap redha Allah, bukan tujuan duniawi.
Membersihkan diri dari akhlak-akhlak tercela, dan hati yang kotor seperti hasad (dengki), riak, ujub (kagum pada diri sendiri), meremehkan orang lain, dendam dan berdusta.
Fokuskan bahawa kita ingin menuntut ilmu untuk bermanfaaat di hari akhirat. Banyakkan berdoa agar ilmu kita peroleh itu amat bermanfaat.
Makanan yang halal kerana ia mempengaruhi kita memahami ilmu.
Tidur secukupnya, 8 jam sehari untuk kita tak mudah lupa.
Sentiasa bersungguh-sungguh untuk menyibukkan diri dengan ilmu, kena banyak membaca , menelaah, menghafal, mengulang pelajaran dan aktiviti lainnya.
Memanfaatkan sebaik-baik waktu masa terlupa dan ketika badan sihat (usia mua dan fikiran masih cergas)
Sumber : HIMATIKA Syahid
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Demi Cik Ani, Chef Wan berusaha beri penjagaan terbaik. “Duit boleh cari, ibu adalah segalanya.’ Begitulah kasih sayang Chef Wan yang tidak berbelah bahagi buat ibunya.
Pengorbanan Chef Wan yang bukan sedikit memberi inspirasi untuk orang lain menjadi sepertinya. Ternyata menguruskan ibu yang semakin hari dimamah usia dan diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang baik sememangnya menguji kesabaran anak.
Tidak semua anak mampu melayani karenah mak, ayah. Namun, demi kasih sayang kepada ibu tercinta, cef selebriti Datuk (Dr) Chef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memaklumkan sanggup mengupah jururawat khas.
Ibu Chef wan, Noraini Abdullah,90 atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani kini menghidapi kanser payudara dan demensia tinggal bersama beliau memerlukan penjagaan rapi.
Sudah tentu, menjaga warga emas yang sakit bukanlah tugas yang mudah. Chef Wan acap kali menjadi perhatian netizen apabila sanggup berkorban apa sahaja demi bondanya.
Dalam satu hantaran di Instagram, cef berusia 64 tahun itu berkongsi info berkaitan ibunya.
Chef Wan Berusaha
Katanya jururawat khas itu bekerja bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang dengan bayaran RM180 sehari. Secara total, Chef Wan memperuntukkan RM5,800 untuk upah bulanan jururawat tersebut.
“Apabila tiba masanya dia (jururawat) boleh menanganinya dengan baik. Pada masa ini hanya waktu siang sahaja, kerana pada waktu petang saya ada pembantu rumah untuk mengendalikannya.
“Saya berasa lega apabila ibu mendapat bantuan daripada jururawat profesional untuk mandi, menukar lampin, sarapan, memberikan ubat-ubatan dan melakukan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang.
‘Banyak bezanya bagi pembantu rumah dan jururawat profesional yang tahu mengendalikan pesakit demensiadan kanser. Tidak mengapalah duit boleh cari ibu adalah segala-galanya.
‘Anda mesti sentiasa berusaha untuk memberinya penjagaan yang terbaik supaya dia gembira dan selesa. Tidak payahlah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi. Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri,” titip bapa kepada dua cahaya mata itu.
Duit Boleh Cari, Ibu Adalah Segalanya
Malah, dalam masa yang sama Chef Wan berbesar hati sekiranya ada dalam kalangan warga maya yang menjadikan apa yang dilakukan beliau sebagai inspirasi.
“Saya baca di sini (Instagram) ada yang kata perbuatan saya menjadi satu inspirasi kepada mereka. Masing-masing mengikuti perjalanan saya ini, saya senyum dan rasa sangat bersyukur .
“Tak banyak, di dalam satu juta ada satu atau orang pun boleh ikut macam saya, I am very happy. Anda tidak akan pernah salah dengan bersikap baik dan murah hati kepada ibu bapa anda sendiri,” katanya lagi.
Kashoorga : Semoga kisah Chef Wan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berbuat baik kepada ibu, bapa.
Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti ramai yang merindui kesedapan biskut coklat popular Chocolate Chip Famous Amos yang sering dijual di kiosk pusat beli belah.
Tetapi dek kerana PKP kita tidak dapat membelinya. Namun sebenarnya anda masih boleh membuatnya sendiri dan resipi dikongsi Mas Cotek ini sama sedapnya dengan rasa sebenar biskut jenama popular ini.
Dengan air tangan yang dihasilkan ini, pastinya dapat menambat hati suami sepanjang berada di rumah mengisi masa lapang. Barulah akan menambah kasih sayang satu sama lain.
Famous Amos utk kanak² riang…opah layan ragam cucu sehari dua ni..
Bila waktu yang tepat, naikkan jari telunjuk ketika tahiyat awal dan akhir. Ada beberapa perbahasan antaranya bila nak turun jari atau jari telunjuk perlu statik tak bergerak, kesemuanya banyak dibahaskan dalam hadis.
Jadi, pada waktu bilakah disunatkan untuk kita mengangkat jari telunjuk ketika tasyahhud (tahiyat)? Adakah sewaktu mula mengucapkan ‘Asyhadu alla Ilaha illa Allah’?
Selain itu, perlukah kita terus kekal mengangkat jari telunjuk hingga memberi salam? Ikuti penjelasan Ustaz Riza berkaitan isu ini:
Dalam beberapa penjelasan dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w, bagaimana rasulullah duduk ketika tasyahud dan bagaimana kedudukan tangan Nabi ketika bertasyahud.
Mengangkat jari telunjuk ketika duduk tasyahhud tsabit melalui pelbagai hadith, antaranya ialah melalui Abdullah bin Umar R.Anhuma yang meriwayatkan tatacara Rasulullah SAW solat sewaktu keadaan tasyahhud:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا قَعَدَ يَدْعُو وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى وَيَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُسْرَى وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ السَّبَّابَةِ وَوَضَعَ إِبْهَامَهُ عَلَى إِصْبَعِهِ الْوُسْطَى وَيُلْقِمُ كَفَّهُ الْيُسْرَى رُكْبَتَهُ
Maksudnya: Rasulullah SAW apabila duduk untuk tasyahhud, Baginda meletakkan tapak tangan kanan di atas peha kanan dan tapak tangan kiri di atas peha kiri, sambil mengangkat jari telunjuk dalam keadaan ibu jari diletakkan di atas jari tengah, manakala tapak tangan kiri Baginda pula menutup bahagian lutut.
Sahih Muslim (579)
Maksudnya: Rasulullah SAW apabila duduk untuk tasyahhud, Baginda meletakkan tapak tangan kanan di atas peha kanan sambil menggenggam kesemua jari, dan mengangkat jari telunjuk iaitu jari disebelah ibu jari, dan meletakkan tapak tangan kiri di atas peha kiri.
Sahih Muslim (580)
Ketika Tahiyat Awal & Akhir
Jelas Ustaz Riza, kita dituntut atau disunatkan untuk mengangkat jari telunjuk ketika kalimah ‘illallah’.
Ada beberapa perbahasan antaranya bila nak turun jari atau jari telunjuk perlu statik tak bergerak kesemua banyak dibahaskan dalam hadis.
Tetapi praktis kita di Malaysia adalah mengangkat satu jari iaitu jari telunjuk dan statik tanpa bergerak. Namun sekiranya seseorang itu tidak ada jari iaitu jari telunjuknya putus akibat kemalangan, maka dia tidak perlu mengangakt jari-jari yang lain.
Di sini dengan jelas dapat kita lihat, gugur tuntutan angkat jari telunjuk ketika tasyahud kerana dia di kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Selain itu, jari telunjuk kanan itu hendaklah kekal dalam keadaan demikian hingga bangun jika dia dalam tasyahhud awal, atau hingga memberi salam jika dalam tasyahhud akhir.
Dosa boleh diwarisi? Biasanya bait yang selalu kita dengar adalah iman tak boleh diwaris.Meski ia janggal didengar namun ia mempunyai asasnya. Malah ada hadis...