
Ada kala dalam keadaan tertentu kita terpaksa lalu atau melintas di hadapan orang sedang solat namun ada juga yang melakukannya tanpa sebab kerana merasakan tiada salahnya Apakah sebenarnya hukum jika kita melintas atau lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang itu?
Hakikatnya, di dalam Islam, melintas di hadapan orang sedang bersembahyang adalah dilarang. Dalilnya adalah hadis muttafaqun ‘alaihi berikut ini:
Rasulllah SAW bersabda,
Salah seorang perawi hadis, Abu An-Nadhr, berkata, “Aku tidak tahu apakah maksudnya itu 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.
Maka bagi mengelakkan ada orang melintas di hadapan sewaktu kita bersolat, ada baiknya kita memilih ruang yang tidak memungkin orang lalu-lalang di hadapan kita.
Letak penghalang
Cara penyelesaiannya ialah dengan meletakkan pembatas seperti barang atau benda-benda tertentu di hadapan kita. Misalnya batas sejadah, atau buku, beg tangan, tongkat, pensil atau apapun.
Dengan adanya batasan itu, maka orang-orang akan tahu bahawa mereka tidak boleh berjalan di situ. Kalau mahu melintas, maka dibolehkan melintas batasan yang diletakkan tadi.
Kita selalu nampak beberapa jemaah yang sedang sembahyang meletakkan beg mereka di hadapan. Usaha ini adalah untuk mengelakkan orang ramai melintas di hadapan jemaah yang sedang solat sesuka hati. Jika ada tembok atau tiang di surau atau masjid, maka boleh lah solat berhampirannya kerana itu juga merupakan batasan yang tidak dapat dilalui orang lain.
Ada dalil dari sunnah nabawiyah yang menganjurkan hal ini, sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim.
Janganlah kalian solat kecuali menghadap sutrah (pembatas) dan jangan benarkan seseorang melintasi di depanmu (HR Muslim)
Dari Abi Said Al-Khudri r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kalian solat maka gunakan sutrah (pembatas) dan hendaklah mendekat dan jangan membiarkan seseorang lalu di tengahnya. (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan hadis ini hasan)

Dari Sahal r.a bahwa nabi SAW bersabda, “Apabila kamu solat dengan menggunakan sutrah maka mendekatlah dan jangan sampai dipotong syaitan. (HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Hakim. Hadis sahih)
Para ulama’ menuliskan dalam banyak kitab fiqh bahawa batas jarak itu adalah 3 zira’ (hasta). Sehingga bila jarak antara orang solat dengan pembatas itu lebih dari sehasta, maka dianggap boleh dilalui dan tidak ada dosa buat yang lalu di depannya.
Ukuran jarak 3 hasta ini oleh para ulama’ dianggap berlaku juga bila tidak ada pembatas. Sehingga lewat di depan orang shalat asalkan sudah berjarak 3 hasta dianggap tidak melanggar larangan.
Sumber artikel : Orang Solat
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Benarkah Suami Ada Hak Melarang Pasangan Dari Balik Ziarah Keluarganya? Adakah Isteri Wajib Taati Perintah Ini?

Ada ketika kerana kita kurang membaca dan hanya mencedok sebahagian riwayat maka banyak salah faham sering terjadi dalam rumahtangga. Ditambah banyaknya hadith-hadith palsu yang disebarkan dan kerana kita juga kurang berpengetahuan maka kita mempercayai hadith berkenaan benar seperti mempercayai isteri yang membenarkan suaminya berpoligami maka peroleh payung emas di syurga sedangkan dalam al Quran atau hadith tidak menyebutnya langsung hal ini dan ia sekadar direka-reka.
Begitu juga soal ketaatan isteri kepada suami yang mana pernah kita mendengar cerita rumahtangga bahawa selagi suami tidak mengizinkan isteri balik menziarahi ahli keluarganya terutama yang terlantar sakit, maka isteri tidak boleh keluar rumah menjengah keluarganya. Berkata Shaikh Islam Al-Nawawi: “Adapun larangan suami kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya adalah tidak diharuskan dan itu bukanlah termasuk dalam hak suami, dan dia menanggung dosa daripada perbuatan tersebut kerana telah menyebabkan terputusnya silaturrahim Baca pandangan Mufti mengenai persoalan ini.
Assalamualaikum W.B.T Dr. Sejak berkahwin suami saya melarang saya untuk bertemu dengan keluarga saya. Saya tersangat rindu pada keluarga saya. Adakah saya wajib mentaati suami saya dan adakah saya berdosa sekiranya saya bertemu dengan keluarga saya secara sembunyi?
Jawapan:
Waalaikumussalam W.B.T. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah R.Anha:
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: سَأَلْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم: أَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الْمَرْأَةِ ؟ قَالَ: ” زَوْجُهَا “، قُلْتُ: فَأَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الرَّجُلِ؟ قَالَ:” أُمُّه
Maksudnya: Daripada ‘Aisyah R.A bahawasanya aku bertanya kepada Nabi S.A.W “Siapakah manusia yang paling berhak atas seorang isteri?” Beliau bersabda, “Suaminya.” Aku bertanya lagi, “Lalu siapakah manusia yang paling berhak atas seorang lelaki?” Beliau bersabda, “Ibunya.” Sunan Al-Kubra (9099)
Ulama’ bersepakat bahawa di antara perkara yang menjadi kewajipan isteri untuk mentaati suaminya ialah melayani suaminya dan sentiasa tinggal di rumah suaminya. Pada asalnya isteri tidak boleh keluar dari rumah suaminya iaitu bait al-zaujiyah (rumah kehidupan suami dan isteri) tanpa sebab yang syar’ie melainkan dengan keizinan suaminya. Hal ini sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang menyebutkan:
إِذَا اسْتَأْذَنَكُمْ نِسَاؤُكُمْ بِاللَّيْلِ إِلَى المسْجِدِ، فَأْذَنُوا لَهُنَّ
Maksudnya: “Apabila isteri-isteri kamu meminta keizinan kamu untuk ke masjid pada waktu malam maka izinkanlah mereka”. (Riwayat al-Bukhari)
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan hadis ini menjadi dalil bahawa wanita tidak boleh keluar dari rumah suaminya (sekalipun ke masjid) tanpa keizinan daripada suaminya. (Rujuk: Fath al-Bari, 2/347).
Justeru, isteri hendaklah memohon keizinan suaminya untuk keluar daripada rumah suaminya sekalipun dengan tujuan untuk menziarahi kedua ibubapanya. Hal ini sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Nabi S.A.W dalam peristiwa hadis al-ifk (peristiwa fitnah kepada ‘Aisyah) iaitu ketika ‘Aisyah R.anha meminta izin kepada baginda untuk pulang ke rumah ibubapanya.‘Aisyah berkata kepada Nabi S.A.W:
أَتَأْذَنُ لِي أَنْ آتِيَ أَبَوَيَّ؟ قَالَتْ: وَأُرِيدُ أَنْ أَسْتَيْقِنَ الخَبَرَ مِنْ قِبَلِهِمَا، قَالَتْ: فَأَذِنَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: “Adakah engkau mengizinkanku untuk mendatangi kedua ibubapaku? Lalu berkata ‘Aisyah ketika meriwayatkan peristiwa itu : Hal ini disebabkan aku ingin mendapatkan kepastian berita tersebut daripada kedua mereka”. Maka Rasulullah S.A.W mengizinkan daku. Riwayat al-Bukhari (4141) dan Muslim (2770)
HUKUM SUAMI MELARANG ISTERI BERJUMPA DENGAN KELUARGANYA
Para ulama’ Hanafi dan Maliki menyatakan larangan mengenai suami yang menghalang isterinya untuk menziarahi ahli keluarganya. (Rujuk: Al-Bahr al-Raiq, 4/212; Al-Taj wa al-Iklil,5/549). Manakala ulama’ mazhab Syafi’e dan Hanbali menyatakan harus bagi suami untuk melarang isterinya untuk menziarahi keluarganya tetapi yang lebih baik adalah tidak menghalangnya. (Rujuk: Asna al-Matalib, 3/239; Al-Insaf, 8/362).
Disebut dalam kitab Al-Fiqh al-Islami: “Adapun makruh bagi suami – sebagaimana pendapat dalam mazhab syafi’i- melarang isterinya untuk menziarahi ibu bapanya sekiranya mereka dalam keadaan sakit yang tenat dan menghadiri majis pengebumian kedua ibu bapanya ketika mereka meninggal dunia, kerana larangan tersebut boleh membawa kepada terputusnya hubungan silaturrahim”. (Rujuk: Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 7/324)
Berkata Shaikh Mahmoud Al-Shalabi: “Adalah tidak diharuskan syarak seorang suami yang menghalang isterinya untuk menziarahi keluarganya atau menghalang keluarganya untuk menziarahi isterinya kerana perbuatan ini adalah haram dan boleh menyebabkan terjejasnya hubungan kekeluargaan dan terputusnya silaturrahim”. Hal ini kerana perbuatan memutuskan silaturrahim sangat dimurkai oleh Allah sebagaimana firmanNya:
فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ # أُولَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ
Maksudnya: “(Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah tuhan) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan –jika kamu dapat memegang kekuasaan- kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah, ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya”. (Surah Muhammad: 22-23)
Suami menanggung dosa kerana menyebabkan terputus silaturahim
Berkata Shaikh Islam Al-Nawawi: “Adapun larangan suami kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya adalah tidak diharuskan dan itu bukanlah termasuk dalam hak suami, dan dia menanggung dosa daripada perbuatan tersebut kerana telah menyebabkan terputusnya silaturrahim”.
Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi: “Tidak dibolehkan bagi seorang suami yang Muslim melarang isterinya untuk berjumpa dengan ibu bapa isterinya yang Nasrani, hal ini kerana Islam menyuruh manusia untuk berlaku ihsan kepada kedua orang tuanya”. Sebagaimana firman Allah S.W.T:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. (Surah Al-Isra’: 23)
Hal ini jelas menunjukkan sekiranya ibu bapa Nasrani perlu dijaga haknya maka adalah utama bagi seseorang untuk berlaku ihsan kepada ibu bapanya yang Muslim. Demikian juga antara hak yang paling besar dan utama bagi seseorang manusia selepas haknya kepada Allah ialah hak untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
Islam jugak menganggap al-musaharah (persemendaan) ialah salah satu ikatan yang mengikat hubungan manusia dengan manusia selain daripada ikatan nasab sebagaimana firman Allah S.W.T:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا
Maksudnya: “Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikanNya mempunyai titisan nasab (baka) dan pertalian keluarga (persemendaan)”. (Surah Al-Furqan: 54)
Justeru tidak diharuskan bagi para suami menindakkan ikatan ini, dan ke atas para suami untuk berbuat baik kepada ibu dan ayah mertuanya serta kaum kerabat isterinya. (Rujuk: www.alqardhawi.net)
Oleh itu jelaslah bahawa hukum suami melarang isterinya untuk menziarahi ahli keluarganya tanpa sebab yang munasabah di sisi syarak adalah haram. Namun, sekiranya suami menghalang isterinya untuk menziarahi kaum kerabatnya kerana bertujuan untuk mengelakkan kemudaratan ke atas isteri atau perkahwinan mereka maka hal tersebut diharuskan. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 3/432; Kasysyaf al-Qina’, 3/117).

ADAKAH WAJIB ISTERI MENTAATI PERINTAH TERSEBUT?
Para ulama’ menyatakan wajib bagi isteri untuk mentaati perintah suaminya selagi mana perintah tersebut tidak bercanggah dengan syarak. Begitu juga ketika mana suami menghalangnya untuk menziarahi kedua ibu bapanya kerana kedudukan suami lebih tinggi daripada kedua ibu bapa sebagaimana hadis tentang ‘Aisyah yang telah disebutkan sebelum ini.
Namun begitu, sekiranya larangan tersebut boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan terputus, atau ibu bapa yang uzur dan memerlukan khidmat anak, maka sesetengah ulama’ menyatakan ia diharuskan bagi isteri untuk keluar sekalipun tanpa keizinan suaminya.
Disebut di dalam kitab Al-Bahr al-Raiq: “Jika bapa isteri sedang sakit atau seumpamanya, dan dia berhajat kepada khidmatnya (anak) sedangkan suaminya melarang untuk menziarahinya, maka hendaklah isteri melanggar larangannya”. Menurut pendapat yang sahih menyatakan ialah isteri boleh keluar menziarahi kedua ibubapanya setiap Jumaat iaitu (seminggu sekali) samada dengan keiizinan suaminya ataupun tidak. Dia juga boleh menziarahi mahramnya setiap tahun sekali samada dengan izin suami ataupun tidak. Adapun keluar menziarahi keluarga melebihi dari yang demikian itu maka hendaklah mendapat keizinan”. (Rujuk: Al-Bahr al-Raiq, 4/212).
Berkata Shaikh Ali Jum’ah: “Tidak dibolehkan ke atas suami untuk melarang isterinya melakukan kewajipan yang diwajibkan ke atasnya (isteri) iaitu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, sebagaimana tidak diharuskan untuk melarangnya (isteri) daripada melakukan kewajipan-kewajipan lain seperti solat dan puasa, dan tidak diwajibkan ke atas isteri untuk mentaati perintah suaminya itu, kerana hal tersebut boleh membawa kepada terputusnya hubungan silaturrahim dan perlakuan tidak baik kepada kedua ibu bapanya samada secara langsung atau tidak langsung, kerana ketaatan kepada suami hanya berlaku dalam perkara yang makruf”. (Rujuk: www.masrawy.com)
Berkata Dr Abd al-Karim al-Zaydan: “Jika suami melarang isteri tanpa alasan yang diterima syarak sedangkan adanya keperluan untuk menziarahi, maka boleh bagi isteri untuk tidak mentaatinya dalam larangan tersebut”. (Rujuk: Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, 7/295).
Kesimpulan
Setelah meneliti perbahasan di atas dapat kami simpulkan masalah ini kepada beberapa perkara:
- Diharuskan bagi isteri untuk keluar menziarahi keluarganya sekalipun tanpa izin suaminya sekiranya ada hajat yang penting seperti menziarahi ibu bapanya yang sakit atau memberi khidmat kepada mereka sekiranya mereka sangat memerlukan dengan tujuan untuk menyelesaikan hajatnya sahaja. Adapun pada keadaan yang lain maka ia tidak diharuskan kerana kewajipan isteri kepada suami adalah lebih besar daripada kedua orang tuanya.
- Diharamkan bagi para suami melarang isteri mereka untuk menziarahi ahli keluarganya tanpa sebab-sebab yang munasabah di sisi syarak kerana hal tersebut boleh membawa kepada terputusnya hubungan kekeluargaan. Adapun sekiranya larangan tersebut adalah kerana khuatir akan mudarat ke atas isteri atau perkahwinan mereka maka hal tersebut diharuskan. Wallahu a’lam.
Kami juga menasihatkan para suami supaya bergaul dengan isterinya dengan cara yang makruf (baik) sebagaimana firman Allah S.W.T:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْروفِ
Maksudnya: “Dan bergaullah dengan mereka (yakni isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang makruf yakni baik”. (Surah Al-Nisa’:19)
Larangan kepada isteri untuk menziarahi keluarganya apatah lagi ibu bapa yang telah membesarkannya bukanlah satu bentuk pergaulan dengan cara yang makruf kerana hal itu boleh menyakiti pihak isteri dan kaum keluarganya. Para suami seharusnya membantu para isteri untuk menyambung silaturrahim dengan kaum kerabatnya kerana hal tersebut boleh memasukkan kegembiraan ke dalam hati isteri. Hal ini juga adalah kerana menyambung tali silaturrahim adalah sebesar-besar ketaatan kepada Allah S.W.T.
Semoga Allah memberikan kita semua kefahaman yang benar dalam beragama. Ameen. Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Dah Rujuk Pejabat Agama, Tak Jalan.’ Isteri Garang Lepas Hamil Anak Kedua, Suami Trauma Sampai Nak Mohon Cerai

Isi Kandungan
Toggle‘Dah rujuk Pejabat Agama, tak jalan.’ Isteri garang lepas hamil anak kedua, suami trauma sampai nak mohon cerai kerana sikap garang isteri telah ditegur berkali-kali.
Malah sikap garang isteri ini membuatkan sang suami trauma untuk balik ke rumah. Aduhai suami pun, sepatutnya dia memahami mengapa isterinya berubah sikap. Sudah tentu perubahan sikap isteri berpunca daripada suami juga.
Tindakan mohon cerai bukanlah satu langkah yang bijak, apatah lagi pasangan ini masih muda dan anak-anak juga masih kecil. Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik mengapa wanita berubah watak selepas berkahwin dan memiliki anak.
Artikel Berkaitan
Dah Rujuk Pejabat Agama
Hari ini kami dapat kes cerai, permohonan daripada pihak suami. Tak tahulah hendak gelak atau nak kasihan dengan suami ini. Tapi rasa macam hendak berfikir pun ada, sebab hendak tahu sangat, apa yang ada di dalam benak hati dia sebenarnya.
Kedua-duanya dalam usia awal 30-an. Ada dua orang anak. Anak pertama berusia 3 tahun, anak kedua berusia 3 bulan.
Si suami hendak bercerai sebab isterinya garang, sudah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan masa mula-mula berkahwin.
Katanya dia memilih isterinya sebab isterinya seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap dan suaranya rendah.
Tak Jalan
Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah-marah. Dan sejak anak kedua itu lahir, isteri masih tak berubah. Selalu marah-marah, jerit dekat anak pertama.
Sampai ada masa dia pun terkejut dengan jeritan isterinya. Untuk makluman, lelaki ini seorang yang bersuara perlahan dan lemah lembut.
Dia sudah pesan banyak kali, sudah tegur banyak kali, isterinya tak berubah. Kalau berubah pun sekejap saja. Nanti bila anak bat hal, dia tinggikan suara lagi.
Isteri Garang
Isterinya adalah suri rumah. Katanya dia lebih tenang bila keluar bekerja. Bila nak balik rumah, hatinya mula rasa takut.
Ya, ayatnya, dia takut dengan isterinya. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikirannya untuk bercerai.
Kami sudah minta dia hadiri kaunseling di mahkamah, tapi katanya dia dah pergi. Dia macam sudah ada trauma dengan isterinya.
Saya tanya, takkan hanya sebab itu nak bercerai. Katanya sebab itu saja. Hmmmmm….
Lepas Hamil Anak Kedua
Saya hendak beritahu kepada para lelaki yang ingin berkahwin di luar sana.
Perempuan ini ada jenis yang masa sebelum kahwin, lemah lembut, gemalai, pemalu, suara volume 2/10 saja, tak pernah lebih.
Tapi lepas dia ada anak, dan anak mula lasak, automatik dia akan lebih agresif. Dia berubah mengikut keadaan.
Lihatlah mana-mana wanita yang bergelar ibu kepada sekurang-kurangnya 2 orang anak, dulu masa sebelum berkahwin, dia mesti seorang yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri wanita solehah. Tapi lepas ada anak, blok sebelah boleh dengar suara dia.
Suami Trauma Sampai Nak Mohon Cerai
Jangan pelik, ini terjadi kepada semua para ibu. Kerana dia perlu menjaga keluarganya. Dan dia ada keletihannya yang tak sama seperti masa sebelum dia berkahwin.
Pernah dengar askar komando berbisik dengan orang yang diajarnya? Kalau ada, semua askar lembiklah jawabnya.
Pernah dengar cikgu bersuara volume 2? Kalau ada, mengantuklah muridnya.
Dia berubah mengikut keperluan. Ini secara semulajadi. Jangan pelik.
~Farizal Radzali~

Baca Di Sini
“Selepas Perceraian Kami Berpura Bahagia, Tapi Naluri Anak Dapat Hidu Semuanya”-Ibu Tunggal
Kashoorga : Semoga pasangan menemui jalan penyelesaian terbaik untuk keluarga kecil mereka. Berbincanglah dengan baik agar tiada pihak yang terluka.
Sumber : Puan Farizal Radzali
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Ya Allah, Permudahkanlah & Jaga Keluargaku”, DS Siti Nurhaliza Ambil Keberkatan Akhir Ramadan Di Makkah

Memasuki fasa terakhir bulan suci Ramadan, umat Islam pastinya bersungguh-sungguh mengerjakan amal kebaikan selain mengejar satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar.
Nabi Muhammad akan memperbanyakkan amal ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Ini berdasarkan hadis diriyawatkan Bukhari dan Muslim.
“Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).”
Mengambil keberkatan penghujung Ramadan, penyanyi tersohor tanahair, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah berangkat menunaikan umrah semalam. Turut sama ialah kakak ipar merangkap pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan Datin Zaiton Mohd Jiwa.
Berita dikongsikannya di instagramnya. Tulis Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk:-
“KeranaMu Ya Allah Permudahkanlah dan Jagalah keluargaku semua.Buat yang mengenali saya maaf zahir batin dan doakan umrah saya berjalan lancar, diberi kesihatan yang baik serta pulang dengan sihat serta selamat. Aamiin ya rabb”.
Dalam satu hantaran di instagram storinya, dirinya memohon orang ramai dan peminat mendoakan kesejahteraan dan kelancaran ibadat umrahnya.
“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.

“Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku serta pada mereka dalam hal dunia akhirat dan dunia. Hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia,” tulisnya lagi.
Dirinya dijangka kembali ke tanahair beberapa hari sebelum aidilfitri untuk menyambutnya bersama keluarga.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI