Kerohanian

Apa Hukum Tak Mahu Kahwin, Berdosa Ke? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Share

Islam amat menggalakkan umatnya berkahwin atau bernikah. Mereka yang bernikah seperti sudah menyempurnakan sebahagian daripada agama.

Dalam al-Quran juga banyak dalil yang menunjukkan betapa sesuatu pernikahan itu sangat-sangat dituntut oleh agama.

Antaranya Surah Adz-Dzariyaat ayat 49;

“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”

Surah Yasiin ayat 3

“Maha Suci Allah yang telah menciptakan (hidupan) berpasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Hukum tak nak kahwin

Namun begitu pada hari ini banyak gambaran negatif daripada perkahwinan membuatkan ada individu yang tidak berhasrat untuk berkahwin. Boleh jadi juga ada yang tiada niat mendirikan rumah tangga kerana halangan tanggungjawab, kesihatan dan sebagainya.

Dalam hal ini apakah hukumnya. Persoalan ini dijawab oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus

dalam satu sesi ceramahnya.

“Apa hukumnya tak nak kahwin? Hukumnya tak berdosa. Yang berdosa tak kahwin tapi sekedudukan. Ini yang nabi kata bukan umatku.

“Nabi saw. bersabda, “Nikah itu sunnahku, siapa yang tidak suka dengan sunnahku maka ia tidak mengikuti jalanku.”

“Bagaimanapun ramai yang salah tafsir akan hadis ini mengatakan siapa yang tidak kahwin bukan umat nabi. Ini salah.

“Maksud hadis ini siapa yang tidak melaksanakan nikah tapi duduk berdua-duaan dengan perempuan bukan umat aku. Itu maksudnya.

“Ramai yang faham kalau tak bernikah nabi tak mengaku umat. Bukan begitu. Lihat ramai mana ulamak yang tidak berkahwin.

“Tapi sekiranya kita berkahwin kita beruntung, kerana sekurang-kurangnya ada seorang yang mendoakan kita sekali saja iaitu anak.

Published by
Team Kashoorga