Di media sosial, perihal video yang dikaitkan dengan Ustaz Ebit Lew terus menjadi perdebatan di kalangan masyarakat. Ramai yang dilihat berbelah bahagi tentang isu ini. Ada yang melihat ia sebagai fake video berikutan teknologi masa kini, saling menasihati agar fitnah tidak terus dijaja serta lain-lain lagi tetapi masa yang sama lebih banyak video sumpah laknat dikeluarkan hingga terus membuatkan masyarakat semakin keliru kerana hal ini sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan bukannya menggunakan media sosial untuk membuka aib seseorang.
Terkini, pendakwah disegani ramai, Ustaz Muhammad bin Abdullah atau mesra disapa Ustaz Amin dilihat berkongsi catatan peribadi mengenai kes Ustaz Ebit Lew ini. Tapi nada bahasanya sangat lembut dan bukan membabi buta seolah menjatuhkan hukuman seperti apa yang tersebar di media sosial hari ini.
Di catatan fbnya, Ustaz Amin bertanyakan khabar sahabat dan rakan seperjuangan dalam bidang dakwah dan agama dengan caranya yang tersendiri.
Hai la sahabat, apa khabarmu..
Jika apa yang diperkata betul, semoga Allah memperbaiki dirimu dan memperbaiki akhlak semua orang yang mengatamu.
Jika ia pembohongan semoga Allah merahmatimu dan menggantikan perkara yang lebih baik buatmu.
Jika nanti kau di syurga dan aku tiada carilah aku untuk ke sana, dan jika aku di tempat yang baik dan kau tiada aku berjanji akan mencarimu, jika kita berdua tiada di sana, semoga guru-guru kita dan orang-orang yang soleh yang kita kenal mencari kita. Amin ya Rabb..
Untuk semua, bagi yang sedang mencari bukti, jangan sampai keterlaluan menyebarkan pada yang tidak berkenaan.
Bagi yang di luar, doakan dan jangan beriya-iya.
Biarkan yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.
Kerana kita risau jika terlalu melampau dan beria-ria dalam menyebarkan keaiban, akan menyebabkan satu hari nanti Allah tidak menjaga dan memelihara keaiban kita pula.
Yang penting semua sekali memperbaiki diri kerana sesungguhnya Allah tidak melihat di mana kita bermula tetapi Allah melihat di mana penghujung kita.
Jika penghujung itu baik maka penghujung itulah yang akan dinilai oleh Allah.
Tenang-tenang sajalah.
#tenangtenangsajalah #positiveaffirmations #thesecret #lawofattraction #happiness #selflove #enlightenment #motivation #lawofattractionquotes #sipiritualawakening #positivemindset #entrepreneurlife #successquotes #motivationalquotes #ustazamin #ustazaminofficil #ustazaminquote