Samada anda pemilik tanah pusaka atau tuan tanah yang baharu dibeli, itu adalah rezeki yang dikurniakan Allah. Namun pemilikan tanah ini adakalanya hadir dengan pakej ujian apabila ia terletak jauh dari jalan utama.
Tak ada pilihan lain, terpaksa melalui tanah pemilik lain untuk sampai ke tanah milik sendiri.
Sekali sekala melaluinya mungkin tak jadi masalah, namun timbul pertikaian apabila pemilik tanah yang berhampiran jalan utama mula ‘bising’ dan tidak puas hati apabila tanah miliknya menjadi laluan pihak lain.
Sesiapa pun pasti berasa tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Namun apa pun isunya, berbincanglah untuk mencapai kata sepakat. Cuba mudahkan urusan orang lain dan sebaliknya.
Di sini Allah sedang menguji keimanan dan ketakwaan kita apabila perlunya ada konsep mempermudahkan urusan orang lain dan sesungguhnya itu semua adalah ujian kecil daripada Allah.
bawa berbincang bagaimana hal ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan menang-menang
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Riwayat Ibnu Majah)
Walaupun sedikit kebaikan yang kita lakukan tetapi ALLAH memberikan ganjaran sehingga ke akhirat.
Ads
Namun begitu, kita baca perkongsian menarik daripada peguam Salkukhairi Abd Sukor , Timbalan Presiden, Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia tentang konflik laluan ke tanah milik kita terhalang oleh tanah milik orang lain.
Ramai pulak yang tanya saya soalan tentang masalah ini. Biasa terjadi, seorang memiliki sebidang tanah yang mana kedudukannya 2 atau 3 lapis dari jalan.
Ini menyebabkan tuan tanah tersebut terpaksa membuat satu laluan yang mungkin melalui tanah milik orang lain untuk pergi ke tanahnya dan laluan itu digunakan oleh orang awam untuk keluar masuk dari jalan utama ke tanah masing masing.
Yang menjadi masalah nya kadang kala ada pemilik tanah lapisan hadapan tak membenarkan penduduk-penduduk lain melalui laluan tersebut atas alasan ia melalui tanah miliknya.
Bahkan ada pemilik tanah lapisan hadapan yang sanggup membuat halangan di atas laluan tersebut sehingga menyebabkan kesukaran kepada orang lain untuk lalu ke tanah masing- masing.
Ads
Jika berlaku situasi di atas, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh penduduk-penduduk yang lain?
Sebaiknya elok penduduk-penduduk tersebut membuat semakan di pejabat tanah sama ada kawasan yang tuan tanah hadapan buat halangan itu adakah termasuk dalam kawasan tanah beliau atau tidak.
Jika bukan dalam kawasan tanah beliau, penduduk boleh buat laporan polis dan laporan kepada pihak berkuasa tempatan atas alasan halangan tersebut menyebabkan kacau ganggu terhadap ketenteraman awam.
Walau bagaimanapun, jika benar jalan tersebut dalam kawasan tanah beliau, boleh follow item no 4 dan 5 di bawah.
Semak juga dengan juru ukur berlesen untuk sahkan ukuran dan keluasan sebenar tanah beliau. Jika kawasan yang beliau buat halangan itu bukanlah termasuk dalam tanah beliau, tindakan dalam item 1 di atas boleh diambil.
Semak juga dengan pejabat tanah sama ada jalan itu telah digazetkan sebagai jalan kerajaan atau tidak.
Jika sudah digazetkan sebagai jalan kerajaan, tuan tanah tersebut tidak berhak buat halangan di atas jalan tersebut.
Jika buat halangan juga, penduduk boleh ambil tindakan seperti dalam item 1 di atas.
Ads
Jika jalan tersebut tidak digazetkan sebagai jalan kerajaan dan disahkan termasuk dalam tanah tuan tanah tersebut, penduduk boleh berbincang dengan tuan tanah itu untuk dapatkan hak ismen (hak lalu lalang) terhadap laluan tersebut di bawah peruntukan Seksyen 282 Kanun Tanah Negara.
Biasanya hak ismen ini memerlukan pemilik tanah bersebelahan membayar sedikit bayaran sama ada secara bulanan atau tahunan kepada tuan tanah tersebut atas persetujuan bersama kesemua pihak.
Dan setelah dipersetujui bersama, ismen tersebut hendaklah didaftarkan di pejabat tanah.
Jika tuan tanah tersebut tidak bersetuju untuk memberikan hak ismen kepada penduduk lain, penduduk boleh failkan permohonan di pejabat tanah untuk dapatkan hak lalu lalang pentadbir tanah (LAROW) di bawah peruntukan Seksyen 387 Kanun Tanah Negara.
Pejabat tanah akan panggil tuan tanah tersebut dan wakil penduduk untuk perbincangan/ inkuiri.
Pentadbir tanah berhak keluarkan perintah hak lalu lalang pentadbir tanah (LAROW) melalui tanah tersebut demi kepentingan penduduk awam.
Jika perintah LAROW dikeluarkan oleh pejabat tanah, penduduk tanah bersebelahan atau pihak kerajaan tidak perlu bayar sebarang pampasan kepada tuan tanah tersebut.
Ini kerana tanah tersebut masih kekal milik beliau. Ianya hanyalah arahan pejabat tanah kepada tuan tanah untuk membenarkan jalan tersebut digunakan sebagai laluan awam.
Melainkan kerajaan bersetuju untuk ambil tanah tersebut di bawah Akta Pengambilan Tanah, maka kerajaan perlu bayar pampasan kepada tuan tanah tersebut.
Sekiranya tuan tanah tersebut tidak berpuas hati dengan perintah LAROW yang dikeluarkan oleh pejabat tanah, beliau boleh cabar di mahkamah tinggi. Dan mahkamah akan putuskan kedudukan sebenar.
Di harap panduan dan nasihat ini dapat serba sedikit memberi pencerahan tentang tindakan yang patut diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sekian, Terima kasih.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari ini dilaporkan sebanyak 3631 kes positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan mereka dijangkiti di negara ini adalah seramai 165, 371 kes secara keseluruhan. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi seramai 1199 orang dari keseluruhan kes dilaporkan hari ini. Malah sebanyak 14 kematian dilaporkan termasuk 2 bukan warganegara hari ini menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia kini seramai 619 orang.
COVID-19 yang sudah hidup dalam komuniti masyarakat sejak kebelakangan ini sudah tidak mengenal mangsa. Malah kita sentiasa disarankan mengamalkan penjarakan fizikal, basuh tangan, memakai pelitup muka selain menggunakan hand sanitizer.
Terkini, BERNAMA melaporkan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) di sini yang qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut positif virus terbabit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata, beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya disahkan positif jangkitan terbabit.
Katanya, antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan positif COVID-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.
Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik berkenaan serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.
Perkongsian beliau mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HAL EHWAL AGAMA), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada COVID-19, melalui video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini. – Sumber gambar : IG AbdulKarimalmakki
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seperti yang kita ketahui, antara suami dan isteri, memang tiada langsung aurat antara satu sama lain. Sama ada suami atau isteri, masing-masing bebas menyentuh dan menerokai tubuh masing-masing.
Walau bagaimanapun apabila suami atau isteri yang ada wuduk bersentuhan dengan pasangan masing-masing maka batallah wuduk.
Batal wuduk bukan kerana aurat tetapi disebabkan oleh ada perasaan lain pada suami atau isteri apabila bersentuhan.
Ini penjelasan lengkap daripada Ustaz Azhar Idrus.
https://www.youtube.com/watch?v=WIhxD9BQnLY
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ada sesetengah wanita sanggup ambil pil penahan haid demi meraih ganjaran al-Qadar.
NABI Muhammad SAW pada 10 terakhir Ramadan ini meningkatkan amalan ibadah Baginda dan berusaha untuk meraihnya.
Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap balasan (daripada ALLAH), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari no1768, An-Nasa’ie no 2164 & Ahmad no 8222)
Situasi Muslimat 10 akhir Ramadan “Alamak! Esok dah 21 Ramadan period saya baru mula… terlepas la Lailatul Qadar tahun ni…”
“Saya dah tiga tahun, tinggal puasa ‘cuti’ di akhir Ramadan, bila la nak dapat Lailatul Qadar?”
“Kalau kita ‘uzur’ apa ibadat yang boleh kita buat untuk mendapatkan Lailatul Qadar?” Serta pelbagai lagi bentuk persoalan, tetapi isu utamanya adalah: “Bagaimanakah cara bagi wanita yang datang haid (cuti/uzur) beribadat juga peluang untuk turut meraih Lailatul Qadar?”
Ini bukan isu yang kecil kerana ada yang sanggup mengambil ubat penahan haid pada bulan Ramadan kerana takut terlepas tawaran istimewa yang hanya datang setahun sekali. Sebenarnya kita tidak perlu bertindak sejauh itu, haid adalah satu natural, tabi’i bagi kaum Hawa. ALLAH Yang Maha Adil, yang mencipta kita dan memberikan sifat itu kepada kita pasti sekali tidak akan membiarkan kita kerugian dan terlepas tawaran yang begitu besar ini.
Orang yang berhadas besar seperti haid ini hanya tidak boleh melakukan ibadat puasa, solat serta membaca al-Quran (serta semua yang memerlukan wuduk). Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Bukankah wanita itu jika sedang haid dia tidak solat dan tidak berpuasa? Itulah kekurangan agamanya.” (Riwayat Bukhari)
Walaupun ALLAH memberi kita ‘cuti’, tidak dibolehkan puasa dan solat, namun ia tidak bererti kita tidak boleh melakukan sebarang amalan atau ibadat yang boleh menambahkan lagi pahala kita, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang segala amalan dilipat gandakan pahalanya. Banyak lagi amalan yang dicintai oleh ALLAH dan ibadah sunnah lainnya yang dianjurkan yang dapat dilakukan di antaranya:-
1) Menyediakan dan memberi iftar
2) Menyediakan makanan sahur
3) Menjauhi larangan agama
4) Banyakkan berdoa dan berzikir sepanjang hari
5) Menyibukkan diri menuntut ilmu yang manfaat.
6) Banyak bersedekah dan derma
Sesungguhnya, ALLAH Maha Adil. Dia mendatangkan haid dan Dia juga mendatangkan hikmah di sebaliknya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Qada solat tarawih boleh atau tidak? Mungkin ramai kalangan kita yang bekerja pada waktu malam termasuklah pada bulan Ramadan hingga menyebabkan kekangan masa untuk...