Menjadi hamba pasangan selepas kahwin? Perkahwinan sepatutnya menjadi dunia yang membahagiakan hingga ke hujung nyawa.
Melayari bahtera perkahwinan bukannya mudah dan oleh itu perlu ada komunikasi cekap dan kerjasama padu antara pasangan. Jangan kerana orang nak kahwin, kita pun sibuk nak kahwin.
Melalui petikan dari buku tulisan pakar motivasi terkenal tanahair; Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah iaitu Ingat Syaitan Pernah Ambil MC?, Suami yang baik tidak akan sesekali berlaku buruk terhadap isteri, begitu juga sebaliknya.
Perkahwinan sepatutnya menghalang pasangan daripada melakukan perbuatan kotor dan keji. Perkahwinan perlu dipenuhi dengan limpahan kasih sayang agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Perkahwinan bukan dilihat semata-mata melayan nafsu.
Perkahwinan perlu dihiasi dengan tiga eleman penting iaitu sakinah (ketenangan), rahmah dan mawaddah (kasih sayang) Jika saat bercinta boleh rasa tiga elemen ini, mengapa setelah berkahwin semuanya hilang sekelip mata?
Firman Allah SWT: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagikaum yang berfikir,” ( Surah Ar-Rum:21)
Artikel berkaitan:Ingat Nurse Ni Hamba Ke Tak Tahan Lihat Jururawat Diherdik, Doktor Selamba Waris Pesakit
Artikel berkaitan: Boleh Atau Tidak Belajar Al-Quran Melalui Online, Ini Hukumnya Patut Kita Tahu
Mungkin semasa kecil anak-anak ini sering melihat ayahnya suka menyuruh-nyuruh ibu buat itu dan ini. Anak-anak melihat arahan hanya datang daripada ayah.
Anak-anak sebenarnya lebih mudah mengikut perbuatan dan perngai kedua orang tuanya. Mungkin juga pengalaman pernah didera atau diperhambakan oleh ibu dan ayahnya, lalu anak ini menyimpan dendam.Dibimbangi, yang menjadi mangsa nanti ialah bakal pasangannya nanti apabila berkahwin.
Rakan-rakan sekeliling boleh mempengaruhi seseorang membuat tindakan seperti mengasari pasangannya. Boleh jadi ada rakan yang cuba meracuni fikiran agar tidak takut bini.
Kata-kata negatif yang digunakan oleh rakan-rakan terutama sekali yang mencabar ego diri, mempunyai potensi dipraktikkan ke atas pasangan.
“Kau takut bini ke? Aku selamba je suruh bini aku buat air jam 3 pagi,” Kata-kata provokasi begini memang biasa kita dengar.
Ini sebenarnya punca paling utama pasangan diperhambakan. Orang yang jaga solat tidak akan tergamak memperhambakan pasangannya.
Orang yang menjaga solat tahu apa yang elok dan sebaliknya untuk pasangan masing-masing.
Oleh itu, bagi pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, berbincang terlebih dahulu bagaimana bahtera perkahwinan akan dikemudikan. Cari kata sepakat agar hidup berumahtangga lebih berkat.