Tiada siapa yang dapat menidakkan soal ajal dan maut. Sebagai hambanya kita hanya mampu menerima ketentuan daripada Allah dengan hati yang reda. Yang pergi tetap pergi manakala yang tinggal harus meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini.

Apabila berlaku kematian sama ada suami atau isteri antara perkara yang sering menjadi persoalan ialah tentang pembahagian harta.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira kerana bimbang termakan harta yang bukan sepatutnya menjadi hak.

Apabila Suami Atau Isteri Meninggal Dunia, Ini Rupanya Aturan Pembahagian Harta Mengikut Faraid

Berikut dua situasi apabila berlaku kematian.

IKLAN

Tahukah anda bahawa hak suami terhadap harta yang ditinggalkan oleh isteri (harta pusaka) hanya tertakluk pada 2 jenis pembahagian mengikut aturan faraid ini sahaja:

1. Bahagian faraid 1/2
Dalam situasi ini, ia terjadi apabila pasangan ini tidak mempunyai anak sepanjang hidup bersama isteri. Apabila kematian isteri berlaku, bahagian hak suami terhadap harta isteri mengikut HUKUM FARAID adalah 1/2 bahagian.

2. Bahagian faraid 1/4
Situasi ini terjadi apabila pasangan ini mempunyai anak sepanjang kehidupan bersama isteri. Apabila kematian isteri berlaku, bahagian hak suami terhadap harta isteri mengikut HUKUM FARAID adalah 1/4 bahagian.

IKLAN

Ini berlainan pula dengan situasi:

Apabila situasi isteri yang kematian suami (jika suami beristeri 1), hak harta suami terhadap isteri mengikut hukum faraid (harta pusaka) terdapat 2 asas utama iaitu:

IKLAN

1. Bahagian faraid 1/4
Dalam situasi ini, ia terjadi apabila pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak. Apabila kematian suami berlaku, bahagian hak isteri terhadap harta suami mengikut HUKUM FARAID adalah 1/4 bahagian.

2. Bahagian faraid 1/8
Situasi ini terjadi apabila pasangan ini mempunyai anak sepanjang kehidupan bersama suami. Apabila kematian suami berlaku, bahagian hak isteri terhadap harta suami mengikut HUKUM FARAID adalah 1/8 bahagian.

Kesimpulannya selagi masih ada hayat, uruskanlah harta dengan sebaik mungkin demi masa depan mereka yang ditinggalkan.

Sumber: celikpusaka.blogspot.com

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI