Adakah perlu membasuh tuala wanita sebelumnya membuangnya kerana ada terdengar yang mana jika tidak dibasuh sebelum membuangnya jin akan makan darah haid yang ada pada tuala tersebut. Adakah terdapat sebarang hadis atau athar yang berkaitan?
Sebenarnya tiada sebarang hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat daripa kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar.
Kata beliau:
Maksudnya : “Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”
Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)
Adapun membasuh tuala wanita sebelum membuangnya, tidak pernah diarahkan oleh Nabi saw. Ini dapat dilihat dari zahir hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri.
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:
Ads
Maksudnya : “Adakah boleh kami mengambil wuduk dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan daging anjing. Sabda Nabi saw : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu.”
Riwayat al-Tirmizi (66) & Ahmad (11257) di dalam Musnadnya
Zahir hadis menyatakan bahawa الحِيض iaitu kain tuala wanita dibuang tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika kain tersebut dibasuh, masakan ada yang bertanya tentang kesucian air perigi tersebut.
Kami menyatakan bahawa tiada sebarang hadis yang menyatakan perlu membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Adalah tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa ia perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dibimbangi akan menjadi makanan jin. Namun tidak dinafikan bahawa syaitan adalah antara kalangan yang memang menyukai perkara-perkara yg kotor dan najis. Ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik yang menyebut doa Rasulullah saw ketika masuk ke dalam tandas.
Ads
Rasulullah berdoa :
Maksudnya: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari al-Khubuth dan al-Khabaith.”
Riwayat al-Bukhari (6322)
Kata al-Khattabi :
Ads
“al-Khubuth adalah kata jamak bagi al-Khabith yang membawa makna syaitan jantan. Manakala al-Khabaith adalah kata jamak bagi al-Khabithah yang membawa makna syaitan betina.”
Rujuk Ma’alim al-Sunan (1/10)
Walau bagaimanapun dicadangkan beberapa perkara berikut:
*Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh, asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.
*Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bagi sesiapa yang menunaikan haji di Tanah Suci Mekah, selain untuk menyempurnakan ibadah pastinya mengimpikan untuk meninggal dunia di tanah Madinah kerana mahu berdekatan dengan Nabi Muhammad SAW.
Namun kita hanya merancang dan hanya Tuhan yang menentukan. Jika bukan disebabkan takdir dariNya, tidak mungkin impian untuk berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW akan terlaksana.
Seperti perkongsian di laman Instagram PU Amin yang memberitahu impian seorang wanita yang mahu duduk berdekatan dengan Nabi Muhammad dan ternyata Allah kabulkan niatnya itu.
Almarhum Sabariah Simek yang mengikuti rombongan jemaah Simply Umrah meninggal dunia di Madinah dan jenazahnya telah disempurnakan solat jenazah oleh jemaah di Masjid Nabawi.
Menurut PU Amin, dia bersyukur kepada Allah dapat menghantar jenazah Makcik ini ke Baqi’ dan memohon agar Makcik ini agar dapat mengingati mereka dan membawa untuk berjumpa Nabi dan dapatkan syafaat Nabi di Padang Mahsyar nanti.
Dan sebagai balasan menurut PU Amin adalah supaya Makcik ini nanti dapat memanggil dan selamatkan mereka di Padang Mashyar.
Impian dan cita cita nya duduk dekat Nabi Muhammad Saw . Alhamdulillah Allah kabulkan . Selesai urusan dokumentasi dan proses mandi kafan dia meninggal semalam..
Hari ini semua jemaah di Masjid Nabawi telah malaksanakan Solat Jenazah makcik iaitu Al Marhumah Sabariah bt Simek ( jenazah no 15 )..
Dia adalah jemaah Simply Umrah bersama kami semua . Alhamdulillah dapat hantar dia ke baqi’..
Moga makcik ingat nama orang orang yang bantu makcik didunia ini untuk ke Baqi’ tau, moga makcik dapat bawa kami jumpa Nabi dan dapatkan Syafaat Nabi masa di Padang Mahsyar . Kami tak harapkan balasan lain , kami nak makcik panggil kami dan selamatkan kami dalam ramai ramai orang dekat Mahsyar nanti . Bantu kami Ya Makcik..
Selamat berehat Makcik . Seronok sangat dapat tinggal di baqi’ . Untung makcik . Jangan lupa kami makcik . Saya pulang ke Malaysia dulu makcik . Moga makcik gembira dan aman di sana.
“Siapa yang mati dimadinah dan dikebumikan di baqi’ , mereka ini akan utama dan layak mendapat syafaat ku” -mafhum hadis-..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masuk tengah bulan duit gaji yang berbaki tinggal cukup makan saja sehingga akhir bulan. Silap percaturan kena ikat perut sementara menunggu dua tiga hari gaji.
Tapi dalam keadaan diri yang sempit ini datang sahabat yang meminta bantuan kerana di rumahnya kehabisan beras dan anak-anak kelaparan. Dek kasihan walau tahu akan kesempitan kita memberikan jua sahabat itu wang.
Jika berada dalam situasi itu, yakinlah kepada ALLAH SWT dan percayalah ada ganjaran lain menunggu kita. Bahkan, ganjaran itu pastinya berkali ganda jumlahnya.
Dalam sebuah hadis direkodkan daripada Abu Hurairah: “Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Rasulullah SAW menjawab: “Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu.”(Riwayat al-Bukhari)
ALLAH SWT berfirman: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), ALLAH SWT mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 133-134)
Dalam hal ini Rasulullah mendidik kita agar sentiasa menyumbang biarpun saat kita memerlukan wang tersebut. Bahkan kesediaan kita menyumbang saat memerlukan menunjukkan kebergantungan jiwa yang tinggi kepada Allah.
Jadi usah resah meskipun ketika kesempitan kerana bersedekah sewaktu sempit itu adalah sebaik-baik perbuatan dan tentunya akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Saat ingin berpindah ke rumah baru tentunya hati berbunga bahagia. Walau bagaimanapun berpindah ke rumah baru sama ada rumah sewa atau pun rumah sendiri, mencuci rumah sahaja tidak cukup. Ada beberapa amalan yang harus dilakukan sebelum melangkah masuk ke rumah baru tersebut.
Sama ada rumah sewa yang sudah lama ditinggalkan kosong atau rumah baru siap, beberapa amalan ini wajar dilakukan.
AZAN
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
MEMBACA SURAH AL-BAQARAH
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
PAGAR RUMAH SECARA ISLAM
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
IKUT PANDUAN BERIKUT:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah. Mulakan dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…
Sumber: Koleksi Kata-kata Ustaz Kazim Elias
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Keluar pejabat pada waktu bekerja untuk melakukan urusan peribadi ibarat satu kebiasaan. Ada yang memberitahu majikan tapi ramai juga yang keluar senyap-senyap hingga berjam-jam...