Apakah Mahar Nabi Adam Ketika Menikahi Hawa? Bukan Emas Atau Berlian Dan Saksinya Ialah Para Malaikat

Share

Diciptakan dari rusuk Nabi Adam dan kemudian disatukan sebagai suami isteri, tentu ramai yang tertanya-tanya apakah mahar diberikan oleh Nabi Adam kepada Saidatina Hawa?

Mahar berasal dari perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut sebagai Al-Sadaq, Al-Saduqah, Al-Nihlah, Al-Ajr, Al-Faridah dan Al-‘Aqd.

Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4:-
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “.

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
“Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu) maka berikanlah mereka maharnya (ajr ) sebagai satu ketetpan yang difardhu (diwajibkan oleh Allah Taala )”.

Jadi apakah mahar manusia pertama Allah ciptakan iaitu Nabi Adam kepada Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk lelaki?

Allah ciptakan Nabi Adam sebagai persiapan menjadi khalifah di bumi. Bahkan sebelum ini tinggal di syurga dan dididik secara langsung oleh Allah.

Nabi Adam diajarkan nama-nama benda sebagaimana diterangkan dalam Al-Qur’an:

وَعَلَّمَ اٰدَمَ الۡاَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى الۡمَلٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ اَنۡۢبِــُٔوۡنِىۡ بِاَسۡمَآءِ هٰٓؤُلَآءِ اِنۡ كُنۡتُمۡ صٰدِقِيۡنَ‏

Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para Malaikat, seraya berfirman, “Sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini, jika kamu yang benar!” (QS. Al-Baqarah: 31)

Terkait mahar Nabi Adam diterangkan dalam Kitab Bada’i al-Zuhur Fi Waqa’i al-Duhur karya Syekh Muhammad bin Ahmad bin Iyas al-Hanafi sebagaimana dipetik dari Pustaka Ilmu Sunni Salafiyah. Dikisahkan, ketika Nabi Adam turun dari mimbar terus beliau duduk di antara para Malaikat. Kemudian Allah menidurkan Adam kerana tidur adalah istirehatnya badan.

Saat tidur, Nabi Adam bermimpi melihat Syaidatina Hawa sebelum diciptakan. Setelah melihatnya, Nabi Adam jatuh hati padanya. Kemudian Allah menciptakan Sayyidata Hawa dari tulang rusuk bahagian kiri Adam sama bentuknya dan mempercantik ciptaan-Nya melebihi 1.000 bidadari.

Bahkan Hawa dan keturunannya secantik-cantiknya perempuan sampai di hari Kiamat nanti. Allah memberi gelang dan perhiasan dari syurga yang mengilau melebihi cahaya matahari.

Mahar adalah pemberian wajib lelaki kepada perempuan di hari pernikahan mereka.

Setelah itu, Nabi Adam terbangun dan tiba-tiba Hawa sudah ada di sampingnya. Nabi Adam hairan, kagum dan jatuh cinta padanya. Lalu syahwat pun merasukinya terus dikatakan pada Nabi Adam: “Jangan engkau lakukan sehingga engkau mendatangkan maharnya”.

Nabi Adam bertanya: “Apa maharnya?” Allah berfirman: “Aku mencegah kalian dari pohon gandum, maka janganlah kalian makan dan itulah maharnya.”

Allah kemudian berfirman: “berikanlah dia mahar.” Adam bertanya, “apa maharnya?” Allah menjawab: “Bacakan SELAWAT pada Nabiku dan kekasihku MUHAMMAD shallallahu ‘alaihi wasallam.

Lalu Adam bertanya, siapakah Muhammad itu? Allah menjawab: “Dia adalah anak cucumu nanti dan dia adalah penutup paraNabi. Andai bukan kerana dia (Muhammad), Aku (Allah) tidak akan menciptakan makhluk.”

Kemudian Allah menikahkan Adam dengan Hawa dan ia bertepatan pada hari Jumat setelah tergelincirnya matahari. Kerana itulah pasangan pengantin disunatkan menikah pada hari Jumaat. Setelah Nabi Adam menikah, Allah memberi wahyu kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga surga untuk membuatkan perkemahan dan merias para wildan atau pelayan surga dan para bidadari.

Nabi Adam dan Hawa lalu berkeliling menaiki unta dan akhirnya sampai di pintu syurga dan mereka terdiam sebentar. Kemudian Allah memberi wahyu pada Adam, ini syurgaku dan istana kemuliaanku. Masuklah kalian dan makanlah apa yang ada sesuka hati kalian. Dan janganlah mendekat pada pohon ini nescaya kalian tergolong orang-orang zalim. Malaikat yang jadi saksi atas pernikahan mereka kemudian menghantar Adam dan Hawa masuk ke syurga sebelum keduanya dikeluarkan dari syurga kerana melanggar perintah Allah agar tidak makan buah khuldi.

Jadi mahar Nabi Adam kepada Saidatina Hawa adalah SELAWAT Nabi sahaja, bukan intan permata. Sumber : Kalam Sindownews. Gambar sekadar hiasan.

Published by
almaswa Haji Che Ros