Setiap kali sebelum membaca sesuatu surah, kita biasanya akan menyebut "Auzubillah Minashaitan Nirajeem (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.") Jika kita menyangka makna Himinashaitan itu adalah syaitan yang sifatnya adalah makhluk yang amat kita takut iaitu jin, istilah itu tidak tepat sama sekali. Dalam satu perkongsian berinteraski dengan al-Quran bersama Dr Solah Al Khalidi, dirinya berkongsi perbezaan di antara jin, iblis dan syaitan walau pun nampak seperti sama sahaja. Namun ia membawa makna berbeza setiap satunya.
A) TENTANG JIN
Antara ciri-ciri jin adalah:-
1-Jin adalah makhluk yang diciptakan daripada api. Firman Allah:
“Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.” (Al-Rahman: 15)
“Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, daripada angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”(Al-Hijr: 27)
2- Jin adalah makhluk yang diciptakan daripada lidah api yang menjulang-julang. Oleh itu ia tersembunyi disebabkan asap kehitaman dari api tersebut kerana asap hitam mengaburi apa yang terdapat di belakangnya.
3- Jin adalah makhluk yang diciptakan daripada lidah api yang menjulang-julang, manakala manusia adalah makhluk yang diciptakan daripada tanah. Kedua-dua unsur api dan tanah ini merupakan dua makhluk yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka dan tinggal di atas muka bumi.
4- Jin mempunyai alam dan kehidupan mereka yang tersendiri dan bergerak bersama kita di atas muka bumi. Mereka melihat kita sedangkan kita tidak dapat melihat mereka. Firman Allah:-
“Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al-‘Araf: 27).
5- Jin dipertanggungjawabkan seperti kita, diperintahkan untuk beriman dan beribadat kepada Allah. Antara mereka ada yang memeluk Islam dan diberikan hidayah manakala ada juga di antara mereka yang menyeleweng dan kafir. Bagi yang muslim tempat mereka adalah di syurga manakala bagi yang kafir tempat mereka adalah di neraka. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa jin terbahagi kepada dua iaitu yang beriman dan yang kafir.
Ads
B) TENTANG IBLIS
1-Iblis adalah makhluk pertama yang tidak beriman dan ingkar dengan perintah Allah dan ia tergolong dalam golongan jin. Ia bukanlah dalam golongan malaikat seperti dakwaan sesetengah pihak. Firman Allah: “Kecuali iblis, ia berasal dari jin lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.” (Al-Kahf: 50).
2- Ia adalah makhluk yang diciptakan sebelum Nabi Adam alaihissalam yang diperintahkan untuk tunduk sujud kepadanya seperti mana yang diperintahkan kepada malaikat yang lain. Apabila ia ingkar, lalu Allah keluarkannya dari syurga dan melemparkannya ke bumi bersama Nabi Adam.
3-Ia adalah makhluk Allah yang paling tua umurnya tetapi akan mati sebelum hari kiamat, kemudian akan dibangkitkan seperti manusia dan jin yang lain.
4- Ia adalah bapa jin manakala Nabi Adam adalah bapa manusia.
Ads
C) TENTANG SYAITAN
1-Syaitan adalah sifat umum dan bukannya nama khas. Ia adalah istilah bahasa Arab yang berasal daripada perkataan syathona (menjauhi). Oleh itu syaitan adalah sesuatu yang jauh dari iman, kebaikan dan rahmat Allah. Tetapi ia hampir dengan azab Allah, kejahatan dan kekufuran.
2- Syaitan adalah sifat tercela yang diberikan kepada semua yang kafir sama ada dari kalangan jin atau manusia.
3- Setiap yang kafir adalah syaitan kerana kafir terbahagi kepada dua iaitu kafir dari kalangan jin dan kafir dari kalangan manusia. Setiap yang kafir dalam kalangan jin adalah syaitan. Begitu juga setiap yang kafir dalam kalangan manusia juga adalah syaitan.
4– Ini bermakna syaitan adalah sifat umum bagi tiga kategori berikut:–
Ads
Pertama: Iblis
• Ia tergolong dalam kalangan jin yang merupakan makhluk pertama yang kafir.
• Sifatnya adalah syaitan.
Kedua: Jin yang kafir
• Setiap yang kafir dalam kalangan jin adalah syaitan kerana ia adalah sifat yang diberikan kepada semua yang kafir.
Ketiga: Manusia yang kafir
• Setiap yang kafir dalam kalangan manusia adalah syaitan sama ada mereka adalah yahudi, nasrani, majusi atau atheis. Berinteraksi Dengan Al-Quran:-
Dalil bahawa setiap yang kafir dari kalangan jin dan manusia adalah syaitan berdasarkan firman Allah:
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari syaitan-syaitan, manusia dan jin. Sesetengahnya membisikkan kepada yang lain kata-kata dusta yang indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.” (Al-An’am: 112)
Kesimpulannya, iblis berasal dari kalangan jin yang merupakan ketua setiap yang kafir sama ada jin atau manusia. Syaitan pula adalah sifat yang diberikan kepada setiap yang kafir sama ada manusia adatu jin. Manakala jin tidak semua di antara mereka yang kafir dan setiap yang beriman di antara mereka adalah sama degan manusia yang solehn dan beriman.
Wallahua’lam – Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hidup berumah tangga adalah detik terindah dalam hidup setiap pasangan bercinta. Lagi-lagi apabila baru berkahwin, rasa rindu sentiasa bertandang dalam hati.
Malah kalau boleh setiap masa mahu melihat pasangan di depan mata. Kata orang bercinta selepas nikah itu lebih indah dan manis.
Namun kesibukan kerja dan urusan masing-masing menyebabkan rasa rindu hanya bertandang seketika.
Jadi bagi memastikan pasangan sentiasa merindu, amalkan doa ini dan sebut namanya ketika mengucapkannya.
Doa Ikat Hati Pasangan, Sebut Namanya Dalam Doa Ini
Perkongsian hari ini adalah tentang cinta suami. Mahukah anda mejadi isteri yang sentiasa dikasihi? Tentu mahukan? Sapa lah…. yang tidak ingin cinta dari suami. Tahukah anda bahawa cinta antara suami isteri adalah tunjang utama sebuah keluarga.
Doa ini adalah yang terbaik, selain dapat cinta suami, pahala baca Quran pun dapat!!
Caranya; 1. Al-Fatihah 2. Al-Insyirah 3. Hembus ke ruang tengah kening sambil usap perlahan. 4. Pastikan ketika itu, suami sudah tutup mata dan tidur lena 5. Niatkan – Ya Allah, lebarkanlah cinta suamiku padaku.
ok! Selamat mencuba.. ! Amalkan selama seminggu.. dan lihatlah hasilnya!
AMARAN!!!! Hanya untuk yang telah sah bernikah dan suami isteri yang halal sahaja!!! Yang tengok mabuk cinta, bertunang dilarang sama sekali… Sebab tak boleh tidur sekali pun lagi kan… Jangan dan jangan haram ye…
Kashoorga: Jika sayangkan isteri, dapatkan segala keperluannya di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Nampaknya hari Jumaat ini insyaAllah kita akan menyambut Ramadan nan mulia. Dan kali ini kelainannya kita akan memyambut dalam keadaan negara masih berdepan wabak COVID-19.
Dan pastinya selagi masalah ini tidak selesai selagi itulah kita akan terus melakukan ujian saringan swab jika mempunyai tanda-tanda kepada masalah diserang virus ini.
Ramai bertanya bagaimana dengan situasi kita jika melakukan ujian berkenaan sewaktu berpuasa, adakah akan membatalkan puasa berkenaan.
Jawatankuasa Fatwa Perlis hari ini memutuskan ujian swab yang dilakukan bagi menyaring individu terbabit kes COVID-19 tidak membatalkan puasa bagi orang Islam yang sedang berpuasa.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata dua kaedah yang ketika ini diguna petugas Kementerian Kesihatan untuk melakukan ujian berkenaan didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.
Katanya, kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu didapati bukan tindakan makan dan minum sehingga membatalkan puasa.
“Maka puasa individu sah secara yakin tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul sesuatu yang syak atau wujud sesuatu andaian.
“Malah alasan memasukkan sesuatu ke al-jauf (rongga dalam) sebagai sebab pembatalan puasa turut menimbulkan perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab.
“Pandangan yang menguatkan ujian swab tidak membatalkan puasa adalah bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi kerana syarat bagi sesuatu yang masuk ke rongga dalam mestilah bersifat kekal di dalamnya (rongga) serta tidak mempunyai sambungan dengan alatan lain di luar badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Asri berkata, di dalam al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami sudah menyenaraikan beberapa isu dan mekanisma di dalam bidang perubatan yang diklasifikasikan sebagai tidak membatalkan puasa.
“Ini (perkara tidak membatalkan puasa) termasuk perbuatan memasukkan ‘gastroscope’ (teropong perut) ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya.
“Maka demikian, sepatutnya ujian swab yang hanya membabitkan proses memasukkan alat khusus ke dalam rongga hidung atau mulut bagi mendapatkan sampel yang diperlukan lalu dikeluarkan semula juga tidak membatalkan puasa,” katanya lagi.
Beriman dengan qadha’ dan qadar merupakan usul bagi kesempurnaan Iman. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattab RA, Jibril AS bertanya kepada Nabi SAW, Beritahu akan aku berkenaan dengan Iman. Lalu Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: Beriman kepada Allah SWT, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya dan Hari Akhirat, serta beriman kepada takdir yang baik dan buruk (40 Hadis Nawawi (2)
Allah SWT telah menjelaskan di dalam al-Quran, setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan merupakan ketentuan Allah SWT, ini seperti firman Allah SWT:-
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (Surah al-Qamar, 49)
Takdir sudah tertulis dalam kehidupan manusia dan sejauh mana kita berlari, ia akan terus mengejar. Dikongsikan oleh Ustazah Said Sahida di fbnya, Ustazah ini berkongsi kisah takdir sahabatnya. Awalnya kenderaannya terselamat di Shah Alam namun takdir itu berlaku berlaku ke Pahang. Dan benarlah, takdir itu sudah tertulis buat hamba-hamba-Nya.
Ini kisah TAQDIR yang tertulis.
Sehari sebelum banjir besar, yakni Jumaat. Sahabat saya yang tinggal di seksyen 23 Shah Alam telah ke Bentong Pahang kerana suaminya berkursus.
Maka ketika hujan mulai membanjiri kawasan perumahan nya, kami bersyukur dia terselamat daripada banjir.
Walaupun rumahnya separuh tenggelam tetapi kereta nya terselamat.Itu kata kami. SubhanAllah pada hari AHAD jam 2.30am, kami terima whatsapp, sahabat kami terperangkap di dalam hotel.
KUASA ALLAH.
Air hujan lebat telah memenuhi hingga ke tingkat dua hotel! Mereka semua terperangkap di tingkat 3 hotel dan memohon doa dan mengharap pertolongan pihak berwajib.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
TAQDIR ALLAH tetap sama cuma di berlainan tempat dan masa. Apakah TAQDIR untuk nya?
TAQDIR untuknya.
Tetap kena ujian banjir.
Rumah dimasuki banjir.
Dan hebatnya TAQDIR itu mengejarnya adalah KERETANYA TETAP TENGGELAM BANJIR TETAPI DI PARKING HOTEL JAUH BERATUS KILOMETER DARI RUMAHNYA.
Maka ketahuilah kita adalah hamba. Ada TAQDIR masing masing. Kita tak boleh lari dari TAQDIR namun boleh merayu meminta kelembutan TAQDIR.
Kelembutan TAQDIR ALLAH kepada sahabat saya. Walaupun rumah dan kereta tenggelam namun mereka selamat di hotel.
Alhamdulillah mereka tidak terkepung dek banjir, tidak mengalami trauma ketakutan melihat air memenuhi rumah dan perlu selamatkan diri dan keluarga.
Maka janganlah kita mengatakan #kalaulah…sesungguhnya TAQDIR itu telah tersurat.
Bersyukurlah dengan TAQDIR ALLAH TAALA. Dia pemilik sekalian alam. Dia telah lama meminjamkan pelbagai ni’mat. Dan Dia berhak untuk mengambil semua pinjamanNya.
Dialah zat Maka Berkuasa.
Dia lah zat maha pemurah lagi maha penyayang.
الحمد لله على كل حال
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Cara buat rayuan haji! Baru-baru ini Tabung Haji telahpun mengeluarkan surat haji kepada mereka yang terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun 2025. Begitu pun...