kaabah

Tidak dinafikan, dalam sesetengah negara, kudrat dan kelebihan kaum wanita memang akan dipinggrkan dan tidak begitu diperlukan dalam pelbagai aspek.

Namun berlainan pula di Arab Saudi kerana baru-baru ini telah melantik 10 wanita bagi memegang jawatan kanan di dua buah masjid paling suci di Makkah dan Madinah.

Artikel Berkaitan: Impian Wanita Ini Duduk Dekat Nabi Muhammad Dimakbulkan. Takdirnya Meninggal Di Madinah & Dikebumikan Di Baqi’!

Menurut pihak berkuasa berkenaan berikutan pihak kerajaan berusaha meningkatkan bilangan kaum Hawa dalam bidang pekerjaan.

IKLAN
Arab Saudi Iktiraf Peranan Wanita, Lantik 10 Orang Pegang Jawatan Kanan Di Masjidil Haram & Majid Nabawi
Gambar sekadar hiasan.

Pelantikan golongan perempuan menduduki jawatan kanan di institusi keagamaan jarang berlaku di negara beraja itu yang kini mengalami liberalisasi secara meluas dan dipelopori oleh Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman.

Kesemua wanita itu dilantik memegang jawatan dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran dan teknikal, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

IKLAN

Ia menyatakan, pelantikan tersebut adalah untuk memperkasakan golongan Hawa yang mempunyai kelayakan tinggi dan kemampuan di Arab Saudi.

Arab Saudi Iktiraf Peranan Wanita, Lantik 10 Orang Pegang Jawatan Kanan Di Masjidil Haram & Majid Nabawi
Putera Makhkota Arab Saudi, Mohammed Salman. – Foto AFP

Dua buah masjid itu sebelum ini melantik 41 wanita memegang jawatan kepimpinan pada tahun 2018, menurut media negara tersebut.

IKLAN

Putera Mohamed mahu meningkatkan pengambilan kaum Hawa dalam sektor pekerjaan sebagai sebahagian daripada rancangannya iaitu Misi 2030 yang bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi dan menamatkan kebergantungannya terhadap minyak.

Artikel Berkaitan: Masjid Nabawi Ada 100 Pintu, Jemaah Wanita Jangan Sampai Salah Masuk Pintu

SUMBER: SINAR HARIAN

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI