Berita

Arab Saudi Terima Dua Juta Jemaah Haji Tahun Ini. ‘Jumlah Sama Seperti Sebelum Pandemik.’

Share

Arab Saudi sedia terima dua juta jemaah haji tahun ini. ‘Jumlah jemaah ini sama seperti sebelum pandemik Covid-19 menular. Alhamdulillah sudah tentu lebih ramai jemaah akan mendapat tempat untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima pada tahun ini.

Jika tahun lalu, hanya jemaah yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan saja layak menunaikan haji kerana tempat terlalu terhad, mudah-mudahan pada tahun ini ianya berbeza.

Artikel Berkaitan:

Raja Salman Taja 20 Jemaah Malaysia Tunai Haji, Himpun Jemaah Haji Seluruh Dunia

Arab Saudi Terima Dua Juta

Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan bahawa kerajaan Arab Saudi bersedia menerima seramai dua juta jemaah untuk musim haji tahun ini, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Menurut beliau, angka tersebut menyamai bilangan jemaah haji yang diterima sebelum pandemik Covid-19.

Jemaah Haji Tahun Ini

Tambahnya, kementerian berkenaan dan semua agensi berkaitan haji dan umrah akan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan logistik terbaik untuk semua jemaah dalam cara yang menjamin penjimatan masa dan usaha.

Beliau turut merujuk kepada kepelbagaian perkhidmatan disediakan oleh platform Nusuk dalam cara yang dapat menambah baik pengalaman jemaah ketika berada di Arab Saudi, terutamanya selepas mereka memanjangkan tempoh visa dari 30 kepada 90 hari.

Jumlah Sama Seperti Sebelum Pandemik

Ia sekali gus membolehkan umrah dilaksanakan menggunakan semua jenis visa dan mengurangkan kos insurans yang komprehensif. – Agensi.

Baca Di Sini:

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik Untuk Dapatkan Visa Umrah Elektronik

Subhanallah! Jemaah Wanita Lahirkan Anak Di Perkarangan Masjid Nabawi Secara Tiba-Tiba

Kashoorga : Semoga bakal jemaah yang bakal menunaikan haji pada tahun ini dipermudahkan urusan.

Sumber/ Foto: Kosmo Online

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Published by
Syazwani Mehat