Asbab Doa Anak, Wanita Sebak Kongsi Pengalaman. Dulu Seksi Kini Tutup Aurat Mengikut Syariat

Share

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya” (Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab Wasiyyah).

Ternyata doa anak yang soleh berjaya membuka hati seorang ibu untuk mengubah penampilan dari memakai pakaian mengikut bentuk tubuh kepada menutup aurat sepenuhnya mengikut syariat.

Dikongsi dari akaun Tik Tok Fazzuliana_lia, ibu ini berkongsi satu kisah yang wajar dijadikan pengajaran buat para ibu di luar sana. Istimewanya kerana doa seorang anak, dirinya akui dia yang dahulunya sangat leka mengejar duniawi kini mengubah penampilannya dan mengenakan pakaian menutup aurat yang mengikut syariat sepenuhnya. Semuanya berkat dari doa seorang anak yang ingin ibunya ke syurga bersama-sama.

Menurut Fazzuliana_lia, ketika dia leka dengan duniawi, mengejar glamor di dunia dengan pakaian indah di pandangan mata bukan mahram dan lelaki-lelaki anjabi sehinggalah dirinya terlupa anaknya yang masih kecil ketika itu (berusia 10 tahun) dan sudah dimasukkan ke pusat tahfiz.

Kongsinya lagi, pada Februari 2018, dia dan ayahnya dijemput menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah. Ketika di Tanah Suci Makkah, Allah menjentik hati saya untuk mulai menyukai pakaian-pakaian menutup aurat seperti di syariatkan agama.

“Balik dari Tanah Suci, mulai 2018-2019, saya sudah berjinak-jinak memakai pakaian menurut syariat yang sebenar-benarnya termasuk mengenakan niqab.

“Tahun 2020 saya mulai mengenakan purdah/ niqab. Masa berlalu dan ketika itu anak sudah mulai tumbuh remaja.

“Apa yang buat hati saya sebagai ibu rasa sebak, anak mula berkongsi rahsia yang disimpannya selama ini. Kata anak, antara doa selama bertahun-tahun dalam solatnya ialah dia memohon kepada Allah SWT agar menganuerahkan ibunya jalan yang diredhai, menutup aurat mencapai kejayaan dengan batas sebagai orang Islam sehinggalah ke hari ini. Bahkan dapat dilihat Fazzuliana dan anaknya sering membaca al-Quran bersama-sama.

Dari perkongsiannya itu, ramai menzahirkan rasa sebak dan terharu kerana dari doa seorang anak, seorang ibu boleh berubah dengan lebih baik dalam kehidupannya.

Published by
almaswa Haji Che Ros