
Isi Kandungan
ToggleSelama ini, Ashraf Muslim tak pernah menabung, tapi Allah makbulkan doa dapat tunai haji di usia muda.
Rupa-rupanya asbab arwah bapanya menabung di Tabung Haji melalui potongan gaji sedari Ashraf Muslim kecil lagi membolehkan Ashraf tunaikan haji pada 2019 pada usia 37 tahun.

Ashraf Muslim Tak Pernah Menabung
‘Ayah potong gaji RM 50 setiap bulan ketika dia berkerja dahulu, bukan untuk saya seorang. Untuk adik-beradik lain pun ayah lakukan perkara yang sama.
‘Tentu saja bila dapat surat panggilan haji, perasaan teruja dan sebak bersilih ganti. Maklumlah Allah mendengar doa saya yang hendak pergi tunaikan haji sangat-sangat.
‘Memang setiap kali solat berdoa, saya minta doa dengan Allah untuk dapat peluang tunaikan haji. Tapi dalam masa yang sama timbul perasaan tertanya-tanya apa ujian Allah untuk saya di sana kelak,’ luah Ashraf Muslim satu-persatu.
TAPI Allah Makbulkan Doa
Menurut selebriti, diberi peluang untuk menunaikan haji dan umrah sebenarnya cukup berbeza. Biarpun sebelum itu, Ashraf Muslim pernah menunaikan umrah, namun tatkala dipanggil menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji, perasaan amat sukat digambarkan dengan kata-kata dan perasaan pula bercampur-baur.
Malah, pada peringkat awal kongsi Ashraf dia banyak bertanya pendapat kepada kedua isterinya, apakah perkara terbaik yang perlu dia lakukan sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Buat masa itu, dirinya banyak memberi fokus kepada persediaan diri. Sebenarnya bila kita serahkan segalanya pada Allah, Dia akan permudahkan segalanya.

Dapat Tunai Haji Di Usia Muda
“Allah layan saya macam VVIP, dari hantar luggage. Kemudian ketika naik flight sehinggalah sampai ke mekah. Rasa semuanya dimudahkan, sebab Allah sudah susun cantik.
“Tapi setiap orang pasti akan berdepa dengan ujian setiap kali menunaikan. Saya juga tak terkecuali, saya pula buat haji Ifrad. Dugaannya kita kena pakai ihram lebih lama berbanding orang lain.
‘Perjalanan 10 hari berihram, ada saja ujian tapi dalam diam dia mendidik hati untuk bersabar. Alhamdulillah apa yang dapat saya katakana, perjalanan haji pertama yang cukup indah biarpun berdepan dengan pelbagai ujian,’ tambah Ashraf Muslim.
Ikuti perkongsian lanjut bersama Ashraf Muslim dalam Tetamu Haramain:
Kashoorga: Masing-masing ada pengalaman yang tersendiri dalm mengerjakan ibadat haji, begitu juga dengan Ashraf Muslim. Namun percayalah, apa yang berlaku adalah ujian untuk meningkatkan keimanan kita pada yang Maha Esa.
Sumber: Tetamu Haramain Episod 4
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jangan Main-Main, Haram Hukumnya Minta Kembali Hadiah Pertunangan

SOALAN :
Andainya pasangan yang bertunang telah memutuskan pertunangan adakah boleh masing-masing kedua belah pihak meminta kembali hadiah pertunangan yang telah diberikan tempuh hari seperti gelang dan cincin dan kasut dan bag tangan dan kek atau seumpamanya?
JAWAPAN :
Jika berlaku putus tunang dan masa bertunang masing-masing saling memberikan hadiah nescaya tidak boleh lagi diminta kembali hadiah yang telah diberi itu dan hukum meminta kembali hadiah yang telah diberikan kepada orang itu adalah haram.
Ada pun harta yang diberi pinjam ketika dalam pertunangan maka yaitu wajib dikembalikan.
Ada pun pihak yang menerima hadiah tidak wajib mengembalikan hadiah tersebut kerana telah menjadi milik nya.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili :
ورأى الشافعية والحنابلة: أنه ليس للخاطب الرجوع بما أهداه؛ سواء أكانت موجودة أم هالكة لأن للهدية حكم الهبة ولا يجوز عندهم للواهب أن يرجع في هبته بعد قبضها إلا الوالد فيما أعطى ولده
Ertinya : “Dan pendapat mazhab Syafie dan Hanbali sungguhnya tidak boleh bagi pihak yang melamar meminta kembali akan hadiah yang telah dia berikannya samada hadiah itu masih wujud atau telah rosak kerana sungguhnya hadiah itu sama hukumnya dengan hibah. Dan tiada harus disisi mereka orang yang telah memberi sesuatu meminta semula pemberiannya selepas dari diterima oleh pihak yang diberikan melainkan pada masalah bapa memberikan kepada anak.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
KESIMPULAN
Jika masa bertunang saling memberikan hadiah maka apabila putus tunang tidak harus meminta kembali hadiah yang telah diberi.
Pihak yang menerima hadiah itu tidak wajib mengembalikan hadiah yang telah diterimanya kerana telah menjadi miliknya.
Ada pun jika segala harta pemberian masa bertunang itu atas nama pinjam sahaja maka wajib dikembalikan semula kepada yang memberi pinjam.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rupanya Penyebab Kematian Itu Sama Dosanya Seperti Membunuh, Ini Penjelasan Lengkap Mufti Perlis Elak Keliru

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan sejak isu wabak koronavirus menjadi serius, ramai orang bijak pandai mula membuat andaian sendiri.
Malah ada juga sesetengahnya yang tidak menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh Perdana Menteri sehingga hujung bulan ini.
Mereka menganggap slogan ‘Takut Allah, jangan takut virus’ dan tidak menghiraukan larangan sementara seperti tidak boleh bekerja, pergi ke Masjid atau ke tempat awam lain.
Namun sebenarnya menurut kenyataan penuh oleh Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerangkan secara terperinci Fatwa Penyebab Kematian itu sama dosanya seperti membunuh.
Ayuh, kita fahami kupasannya mengenai perkara ini yang di muat naik dalam laman rasmi Facebook beliau.
FATWA PENYEBAB KEMATIAN SAMA DOSA SEPERTI MEMBUNUH
SS Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis
Dalam kegawatan serangan wabak COVID 19 ini, kita mendapati sejumlah golongan yang kelihatan beragama mengeluarkan pandangan-pandangan hukum yang boleh menyebabkan kemudaratan menimpa orang-orang yang terpengaruh dengan mereka. Antaranya, mereka menyatakan tiada kelonggaran untuk tidak menghadiri Solat Jumaat dan solat jemaah sekalipun dalam keadaan penyebaran wabak ini. Ada pula yang menyatakan dengan pergi berdakwah tidak akan terkena virus tersebut. Slogan mereka “Takut Allah, jangan takut virus”. Hasilnya, berapa ramai telah terkena virus yang bahaya ini, dan merebak pula kepada orang-orang lain. Bahkan ada ‘ustaz selebriti’ dan artis selebriti yang turut mengeluarkan pandangan yang ke arah tersebut. Padahal telah dikeluarkan arahan Ulul Amri dan para pakar dalam bidang kesihatan. Untuk menjawab hal tersebut, saya ingin menyebutkan perkara-perkara berikut;
1. Mengeluarkan pandangan atau pendapat atas nama agama sehingga mempengaruhi pihak yang mendengar lalu membawa kepada kematian, dosanya seperti membunuh mangsa yang terpengaruh tersebut. Ini yang pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w apabila ada seorang yang tercedera di kepala, kemudian dia berjunub, dia bertanya apakah ada kelonggaran bagi dirinya untuk tidak mandi. Mereka yang ditanya memberikan pendapat bahawa hukumnya dia tetap wajib mandi. Maka, dia pun mandi lalu mati. Berita itu sampai kepada Nabi s.a.w, baginda menyatakan bahawa mereka telah membunuh lelaki tersebut dan Allah akan membunuh mereka kembali. Kisah ini diriwayatkan oleh Jabir dan Ibn ‘Abbas. Dalam riwayat Jabir:
خَرَجْنَا فِي سَفَرٍ فَأَصَابَ رَجُلًا مِنَّا حَجَرٌ فَشَجَّهُ فِي رَأْسِهِ، ثُمَّ احْتَلَمَ فَسَأَلَ أَصْحَابَهُ فَقَالَ: هَلْ تَجِدُونَ لِي رُخْصَةً فِي التَّيَمُّمِ؟ فَقَالُوا: مَا نَجِدُ لَكَ رُخْصَةً وَأَنْتَ تَقْدِرُ عَلَى الْمَاءِ فَاغْتَسَلَ فَمَاتَ، فَلَمَّا قَدِمْنَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُخْبِرَ بِذَلِكَ فَقَالَ: «قَتَلُوهُ قَتَلَهُمُ اللَّهُ أَلَا سَأَلُوا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوا فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ
“Kami keluar dalam satu perjalanan. Seorang lelaki dalam kalangan kami telah ditimpa batu lalu cedera di kepalanya. Dia kemudiannya bermimpi (keluar mani). Lalu dia bertanya sahabat-sahabatnya: “Adakah bagiku rukhsah (kelonggaran) untuk bertayammum?”. Mereka menjawab: “Kami tiada dapati untuk engkau kelonggaran sedangkan engkau mampu menggunakan air”. Maka dia pun mandi dan (akibatnya) dia mati. Apabila kami datang kepada Nabi s.a.w, baginda diberitahu hal tersebut. Baginda bersabda: “Mereka telah membunuhnya, Allah membunuh mereka. Mengapa tidak mereka bertanya jika mereka tidak tahu?!! Ubat bagi kejahilan itu hanyalah bertanya”. (Hadis hasan, riwayat Abu Daud. Diriwayatkan juga oleh al-Imam Ahmad, Ibn Majah, al-Daraqutni, Ibn Hibban, al-Hakim dll daripada Ibn ‘Abbas. Al-Hakim dan al-Zahabi mensahihkannya. Al-Albani dan Syu’aib al-Arnaut menilainya hasan).
Kata al-Imam Abu Sulaiman al-Khattabi (meninggal 388H) dalam Ma’alim al-Sunan mengulas hadis ini:
أنه عابهم بالفتوى بغير علم وألحق بهم الوعيد بأن دعا عليهم وجعلهم في الإثم قتلة له
“Nabi s.a.w menyalahkan mereka disebabkan fatwa tanpa ilmu. Baginda memberikan janji azab dengan berdoa (azab) ke atas mereka dan menjadikan mereka dalam dosa membunuh lelaki tersebut” (1/104. Syria: al-Matba’ah al-‘Ilmiyyah).
2. ‘Amr bin al-‘As sahabat Nabi s.a.w. pernah berjunub, kemudian bertayammum dan menjadi imam semasa musim sejuk. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang lain tidak bersetuju dengan perbuatan beliau.
عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ: احْتَلَمْتُ فِي لَيْلَةٍ بَارِدَةٍ فِي غَزْوَةِ ذَاتِ السُّلَاسِلِ فَأَشْفَقْتُ إِنِ اغْتَسَلْتُ أَنْ أَهْلِكَ فَتَيَمَّمْتُ، ثُمَّ صَلَّيْتُ بِأَصْحَابِي الصُّبْحَ فَذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «يَا عَمْرُو صَلَّيْتَ بِأَصْحَابِكَ وَأَنْتَ جُنُبٌ؟» فَأَخْبَرْتُهُ بِالَّذِي مَنَعَنِي مِنَ الِاغْتِسَالِ وَقُلْتُ إِنِّي سَمِعْتُ اللَّهَ يَقُولُ: {وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا} [النساء: 29] فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَقُلْ شَيْئًا
Daripada ‘Amr bin al-‘As, kata beliau: “Aku telah bermimpi (keluar mani / berjunub) pada satu malam yang sejuk semasa Peperangan Zat al-Sulasil. Aku bimbang jika aku mandi maka aku akan binasa (mudarat). Maka aku pun bertayammum. Kemudian aku solat menjadi imam Solat Subuh bagi sahabat-sahabatku. Mereka menyebut hal itu kepada Nabi s.a.w . Baginda bertanya: “Wahai ‘Amr! Engkau solat mengimami sahabat-sahabatmu sedangkan engkau berjunub?” Maka aku pun memberitahu baginda apa yang menghalangku untuk mandi. Aku juga berkata bahawa aku mendengar ALLAH berfirman “Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih kepada kamu” -Surah al-Nisa 29- . Lantas Nabi s.a.w pun ketawa dan tidak berkata apa-apa”. (Riwayat sahih, Ahmad dan Abu Daud -lafaz Abu Daud-)
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w telah iqrar (mengiktiraf) tindakan ‘Amr bin al-‘As bertayammum semasa sejuk untuk mengelakkan sakit atau mudarat. Inilah antara contoh kelonggaran yang diberikan oleh agama ini kepada penganutnya. Nabi s.a.w tidak berkata: “Engkau kalau mati pun dapat pahala sebab nak solat. Jangan takut sejuk, takutlah ALLAH”. Sebaliknya, baginda ketawa tanda setuju dengan tindakan ‘Amr bin al-‘As r.a.
3. Tabiat atau sifat syariat Islam dalam perkara-perkara fekah atau hukum hakam amali adalah memberikan kelonggaran dan tidak membebankan apabila berlaku keadaan yang memerlukan kelonggaran atau rukhsah. Lihat apa yang ALLAH firman dalam al-Quran berhubung dengan orang yang sakit atau musafir semasa Ramadan. Ada kelonggaran. Bahkan ALLAH memberitahu kita bahawa DIA tidak mahu kita terbeban. Firman Allah:
مَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر
(maksudnya): “..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
4. Dalam hadith Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنَ الدُّلْجَة
“Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka” (Riwayat al-Bukhari).
Dalam hadith lain Umm al-Mukminin ‘Aisyah menyebut:
مَا خُيِّرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلَّا أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ إِثْمًا
Rasululah tidak diberi pilihan antara dua perkara kecuali baginda mengambil yang paling mudah. Ini selagi ia tidak merupakan dosa”.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5. Sesuatu fatwa itu boleh berubah jika berlaku perubahan keadaan. Umpamanya, Solat Jumaat dan jemaah memang memang dituntut untuk kita tunaikan di masjid. Namun, keadaan wabak COVID 19 ini telah menuntut kita melihat semula hukum tersebut kerana jika terus dilaksanakan akan mendatangkan mudarat yang besar dan sudah terbukti. Al-Imam Ibn Qayyim (meninggal 751H) dalam karyanya yang terkenal I’lam al-Muwaqqi’in meletakkan satu fasal
فَصْلٌ فِي تَغْيِيرِ الْفَتْوَى، وَاخْتِلَافِهَا بِحَسَبِ تَغَيُّرِ الْأَزْمِنَةِ وَالْأَمْكِنَةِ وَالْأَحْوَالِ وَالنِّيَّاتِ وَالْعَوَائِدِ
(Fasal yang membincangkan perubahan fatwa dan perbedaannya berdasarkan perubahan zaman, tempat, keadaan, niat dan adat).
Bahkan al-Imam Ibn Qayyim memberikan amaran yang keras terhadap mereka yang memberikan fatwa tanpa memahami realiti atau sasaran fatwa. Kata beliau:
وَمَنْ أَفْتَى النَّاسَ بِمُجَرَّدِ الْمَنْقُولِ فِي الْكُتُبِ عَلَى اخْتِلَافِ عُرْفِهِمْ وَعَوَائِدِهِمْ وَأَزْمِنَتِهِمْ وَأَمْكِنَتِهِمْ وَأَحْوَالِهِمْ وَقَرَائِنِ أَحْوَالِهِمْ فَقَدْ ضَلَّ وَأَضَلَّ، وَكَانَتْ جِنَايَتُهُ عَلَى الدِّينِ أَعْظَمَ مِنْ جِنَايَةِ مَنْ طَبَّبَ النَّاسَ كُلَّهُمْ عَلَى اخْتِلَافِ بِلَادِهِمْ وَعَوَائِدِهِمْ وَأَزْمِنَتِهِمْ وَطَبَائِعِهِمْ بِمَا فِي كِتَابٍ مِنْ كُتُبِ الطِّبِّ عَلَى أَبْدَانِهِمْ، بَلْ هَذَا الطَّبِيبُ الْجَاهِلُ وَهَذَا الْمُفْتِي الْجَاهِلُ أَضَرُّ مَا عَلَى أَدْيَانِ النَّاسِ وَأَبْدَانِهِمْ
(Sesiapa yang berfatwa kepada orang ramai hanya sekadar memetik dari buku-buku yang berbeza uruf, kebiasaan, waktu, tempat, keadaan dan kaitan suasana maka dia telah sesat lagi menyesatkan. Jenayahnya terhadap agama lebih besar dari jenayah seseorang yang mengubati tubuh orang ramai yang berbeza negeri, kebiasaan, waktu dan tabiat mereka dengan (hanya berdasarkan apa yang ada dalam ) satu kitab dari kitab-kitab perubatan. Bahkan, ini tabib yang jahil dan ini pula mufti yang jahil yang lebih mudarat untuk agama dan badan manusia) (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin, 3/66. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.)
6. Tidaklah mungkin agama menyuruh kita melakukan satu ibadah yang memusnah diri kita sedangkan kita mempunyai pilihan untuk melakukannya atau menggantikan dalam keadaan atau dengan gantian yang tidak memusnah diri. Bahkan ada hukum yang gugur kewajipannya apabila hilang keupayaan seperti haji dan zakat. Segala pendapat yang menjadikan orang Islam kelihatan tidak cerdik, tidak wajar disandarkan kepada agama ini. Kata al-Imam Ibn Qayyim juga dalam I’lam al-Muwaqqi’in:
فَإِنَّ الشَّرِيعَةَ مَبْنَاهَا وَأَسَاسُهَا عَلَى الْحِكَمِ وَمَصَالِحِ الْعِبَادِ فِي الْمَعَاشِ وَالْمَعَادِ، وَهِيَ عَدْلٌ كُلُّهَا، وَرَحْمَةٌ كُلُّهَا، وَمَصَالِحُ كُلُّهَا، وَحِكْمَةٌ كُلُّهَا؛ فَكُلُّ مَسْأَلَةٍ خَرَجَتْ عَنْ الْعَدْلِ إلَى الْجَوْرِ، وَعَنْ الرَّحْمَةِ إلَى ضِدِّهَا، وَعَنْ الْمَصْلَحَةِ إلَى الْمَفْسَدَةِ، وَعَنْ الْحِكْمَةِ إلَى الْبَعْثِ؛ فَلَيْسَتْ مِنْ الشَّرِيعَةِ وَإِنْ أُدْخِلَتْ فِيهَا بِالتَّأْوِيلِ
“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kerahmatan, kemaslahatan dan hikmat. Maka setiap perkara yang berubah dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ia bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).
7. Maka dengan itu, sesiapa sahaja yang mengeluarkan pandangan agama sehingga mengorban nyawa orang lain atau memudarat orang lain, padahal hukum syarak tidak sedemikian rupa, maka dia menanggung dosa. Jika sekiranya ada yang mati kerana terpengaruh dengan pendapatnya, maka dosanya seperti membunuh. Jika ada yang sakit atau cedera, maka dosanya seperti menyakitkan atau mencederakan orang lain. Maka, berhati-hatilah menyandar sesuatu hukum kepada agama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Wanita Kongsi Pengalaman Nikah Sepupu Sendiri. Walau Kenal Dari Kecil, Hanya Pernah Jumpa Sekali Sebelum Diijab Kabul

Sejak dulu lagi, kita sering mendengar orang tua melarang pernikahan dengan sepupu sendiri. Alasannya kalau berkahwin nanti anak dilahirkan cacat serta banyak lagi alasan diberikan khususnya bab zuriat.
Satu perkongsian di Tik Tok, @dinanur2397 berkongsi dirinya berkahwin dengan sepupu sendiri di mana ayahnya dan ibu mentuanya adalah adik beradik. Dirinya kini berada dalam fasa bahagia dan menyulam cinta dengan izin Allah selepas diijabkabulkan baru-baru ini.
Tulisnya, “suamiku sepupuku” membuktikan cinta selepas berkahwin amat bahagia dan pasangan ini mengharapkan kehadiran cahayamata secepat mungkin.
Menariknya walau ada ikatan sepupu, namun mereka amat jarang bertemu kerana masing-masing merantau jauh menuntut ilmu bahkan suaminya juga lulusan dari Universiti Al Azhar, Mesir.
Jelas Dina yang kini berusia 24 tahun, jarak usianya dan suami berbeza enam tahun. Kebanyakan keluarga besar mereka merantau keluar dari kampung untuk menimba ilmu agama di seluruh tempat sebaik habis sekolah rendah.
Dirinya sendiri belajar hingga ke Bogor Jawa Barat dan menetap di sana selama tujuh tahun dan suami berkelana di bumi Mesir selama 11 tahun.
“Walau sepupu, pertemuan pertama kami berlangsung pada tahun 2017 dan pertemuan kedua pada 2021 di saat pernikahan kami berlangsung,” katanya memaklumkan baru lapan bulan mendirikan rumahtangga.
Di saat ramai tertanya-tanya bolehkah menikahi sepupu sendiri di dalam hukum islam perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah SWT. Di dalam firman Allah SWT yang menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang membawa maksud:
“Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”
https://www.tiktok.com/@dinanur2397/video/7028930178000637210?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI