Sepatutnya isteri usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri melahirkan anak kelimanya pada hari Ahad ini, tetapi lain pulak jadinya bila isteri beliau, Datin Seri Shahida membuat pemeriksaan di hospital.
Semalam, pasangan ini telah selamat menimang cahayamata kelima, iaitu seorang bayi perempuan di sebuah hospital swasta.
Dalam perkongsian di laman instagram DS Shahidah, beliau memperkenalkan baby barunya yang dipanggil ‘baby hajah’ kepada umum.
Menurut beliau, ‘baby hajah’ yang belum ada nama inilah yang menjadi kawannya dalam perut sepanjang menunaikan ibadah haji pertengahan tahun ini.
Ads
Beliau yang pada mulanya sekadar mahu membuat pemeriksaan biasa, tetapi apabila doktor memberitahu sudah ada bukaan, terus dirinya dimasukkan dalam wad hinggalah selamat proses melahirkan pada usia kandungan 37 minggu.
Walaupun kita dalam fasa Perintah Kawalan Peregerakan Bersyarat (PKPB), namun tidak membataskan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.
Jika sebelum ini ada yang menggunakan cara kaedah online untuk majlis akad nikah terutama untuk pasangan di Lembah Klang.
Dan terbaru pasangan yang berada di Negeri Kedah juga diberi kelonggaran untuk tidak menghadiri kursus perkahwinan. Sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temuduga ringkas.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata temu duga ringkas selama kira-kira 15 minit itu dijalankan oleh pegawai pejabat agama daerah dan pasangan tidak dikenakan sebarang bayaran.
“Kelonggaran yang diberikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) itu mampu menjadi alternatif terbaik menyelesaikan masalah pasangan yang mahu berkahwin disebabkan kursus praperkahwinan tidak dapat diadakan buat masa ini.
“Sesi ini akan berlangsung pada hari akad nikah di pejabat agama daerah. Jadi maksudnya, mereka boleh bernikah walaupun tiada sijil (kursus praperkahwinan),” katanya di sini.
Jadi kepada pasangan menetap di negeri Jelapang Padi ini boleh mengambil kesempatan berbuat demikian dan hanya menjalankan acara wajib sahaja seperti akad nikah.
Mahkamah Tinggi semalam memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.
Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.
Keputusan kes itu semalam, mengambil masa selama 13 tahun dua bulan, sejak difailkan pada 2008.
Terdahulu pada prosiding itu, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan tiga pengisytiharan deklarasi oleh seorang wanita keturunan Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill.
Nor Bee dalam penghakimannya, membenarkan deklarasi dalam mengamalkan kebebasan beragama yang terlindung mengikut Perkara 3, 8, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.
"Satu deklarasi bahawa arahan kerajaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dalam KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertarikh 1986 adalah salah di sisi udang-undang dan tidak berperlembagaan.
"Selain itu, satu deklarasi berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan bahawa pemohon dijamin hak kesamarataan di sisi undang-undang dan dilindungi dari diskriminasi antara warga negara antara lain, atas alasan-alasan keagamaan dalam pentadbiran undang-undang," katanya.
Nor Bee berkata, Kabinet pada 1986 tidak mengenakan sekatan penuh terhadap keempat-empat perkataan itu, namun KDN melangkaui kuasanya.
Katanya, penggunaan kalimah Allah ketika itu boleh digunakan oleh gereja dengan syarat penerbitan itu hanya untuk orang Kristian.
"Dalam kes ini, pihak kementerian bertindak secara tidak rasional, menyalahi undang-undang dan tidak wajar.
"Jill Ireland juga menyediakan afidavit daripada tiga orang Islam yang menyatakan bahawa mereka tidak terkeliru dengan penggunaan perkataan itu oleh orang Kristian," katanya.
Katanya, sudah dibuktikan bahawa apabila orang Kristian menggunakan Allah untuk tujuan keagamaan, ia tidak menimbulkan sebarang kekacauan kepada keselamatan awam.
"Masyarakat Kristian di Sarawak dan Sabah juga sudah menggunakan perkataan Allah hampir 400 tahun," katanya (sumber Berita Harian).
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Institut Sains Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi berkongsi dari sudut pandangannya di fbnya mengenai isu ini.
Mengapa Kristian Bersungguh Ingin Menggunakan Kalimah Allah?
1. Sinar Harian melaporkan semalam keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama itu. Mereka juga dibenarkan untuk menggunakan perkataan Solat, Kaabah dan Baitullah.
2. Timbul persoalan di sini, mengapa sebahagian penerbitan Kristian bersungguh menterjemahkan perkataan God kepada Allah sedangkan ia di sisi umat Islam memberikan makna yang berbeza? Bukankah ia akan menimbulkan lebih keraguan? Mengapa Kristian ingin menggunakan perkataan Solat sedangkan kita tahu Prayer dan Solat mempunyai pemaknaan yang berbeza?
3. Perkara yang sama pernah diutarakan oleh Prof Syed Naquib al-Attas pada rombongan Kristian yang datang bertamu ke ISTAC. Prof al-Attas mengajukan soalan tentang mengapa kamu ingin menggunakan kalimah Allah setelah sekian lama menggunakan perkataan God atau Tuhan?
4. Mereka menjawab: “Kami ingin bersikap lebih patriotik dan kami akan berdoa menggunakan Bahasa Malaysia.” Anehnya perkataan Allah bukanlah berasal dari Bahasa Malaysia bahkan konsep ketuhanan dalam kedua agama ini sangat berbeza.
5. Umat Islam meyakini Allah itu satu melalui konsep Tauhid sedangkan Kristian percaya pada doktrin Trinity yang menampilkan tiga elemen dalam perkara ketuhanan. Kedua konsep ini amat jauh bertentangan.
6. Malah penggunaan Kalimah Allah pernah dibantah dperingkat antarabangsa oleh paderi Kristian sendiri kerana ia menimbulkan keraguan terhadap konsep ketuhanan dalam agama Kristian sendiri. Sebagai contoh:- [a] Rob Phillips iaitu Pengarah Komunikasi Missouri Baptist Convention dan mubaligh Gereja Baptis melalui artikelnya bertajuk “Yahweh (the God of the Bible) vs Allah (the God of the Koran)” menyatakan bahawa Allah bukanlah Tuhan yang dinyatakan dalam Al Kitab. [b] Dr. R. Albert Mohler Jr. iaitu Presiden The Southern Baptist Theological Seminary mempertikaikan saranan penganut Kristian menggunakan nama Allah kerana al-Quran secara jelas menegaskan Allah tidak mempunyai anak dan menolak prinsip triniti yang dibawa oleh Kristian. [c] Dave Armstrong tokoh dari Gereja Roman Katolik dalam artikelnya berjudul “Does the Catholic Church Equate Allah and Yahweh?” menegaskan bahawa Allah dan Tuhan yang dimaksudkan dalam Kristian adalah entiti yang tidak sama.
7. Biarpun sebahagian tokoh Kristian antarabangsa tidak bersetuju dalam isu terjemahan perkataan God kepada Allah, kesungguhan gerakan Kristian di Malaysia dalam memperjuangkan kalimah Allah ini menimbulkan pelbagai pertanyaan.
8. Dari aspek positifnya, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan Kristian membuka dimensi baharu dalam medan dakwah. Kita berpeluang memahamkan kepada pelajar atau sahabat Kristian kita tentang Allah dari perspektif Muslim.
9. Allah adalah Tuhan yang sama buat Muslim mahupun Kristian. Namun kita harus tegaskan kepada mereka bahawa ajaran Trinity yang dibawa oleh Kristian adalah bercanggah dengan konsep Tauhid yang jelas ditegaskan oleh al-Quran bahawa Tuhan itu satu, Dia tidak mempunyai anak dan Nabi Isa (Jesus) hanyalah seorang Nabi.
Terkenal kerana banyak berkongsi cerita-cerita menarik mengenai alam akhirat, seperti apa yang ada di syurga dan neraka membuatkan nama Ustaz Ahmad Dusuki bukanlah asing di kalangan warga maya. Melalui ceramah-ceramah disampaikannya, Ustaz Ahmad Dusuki kala ditanya tentang bagaimana mahu berehat di kubur tanpa menjalani seksaan kubur. nasihatnya agar kita tidak melebihkan tidur di dunia. Dan dirinya berkongsikan apa amalan yang dilakukan untuk berasa selesa di kubur. Katanya kita perlu amalkan tiga perkara ni:
1. Baca Al-Quran sebelum Subuh
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.
2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.
3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat
Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?
Kawan-kawan, kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa. Tapi tulah, dah bersediakah kita, tanyanya?
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...