“Assalamualaikum Suamiku” – Lepas Tukar Lokasi Nikah Dua Kali, Akhirnya Eyra Hazali & Suami Selamat Diijab Kabulkan

Share

Setelah hampir setahun menjalin ikatan pertunangan, akhirnya pelakon cantik Eyra Hazali, 21 tahun dan suaminya Muhammad Haziq Nadzli, 21 tahun selamat diijab kabulkan dalam satu majlis penuh sederhana tetapi meriah.

Pasangan merpati dua sejoli ini selamat dinikahkan pada Jumaat lalu oleh bapa pengantin perempuan dengan bersaksikan Abdul Jamel Jaafar selaku Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Cukup istimewa majlis pernikahan yang diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC dengan pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.

Sebaik sah diijab kabulkan, Eyra mengucap syukur dengan kelancaran majlis berkenaan walaupun sebelum itu diuji pelbagai dugaan.

Menurut Eyra, banyak dugaan dilalui menjelang hari pernkahan termasuklah lokasi untuk bernikah. Tambahnya lagi majlis ini adalah lokasi kedua yang ditukar sebelum majlis diadakan.

Dalam majlis yang dihadiri saudara dan kenalan rapat kedua belah pihak ini, Eyra kelihatan cantik dan tampil sopan mengenakan persalinan berwarna putih hasil rekaannnya sendiri dan dijahit oleh ibunya, Puan Qhuzie Johari.

Untuk majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal Damansara Ahad nanti.

KASHOORGA: Mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia till jannah. Walaupun masih muda, tetapi diharapkan agar keduanya dapat bersama-sama mengharungi dugaan selepas ini. Apa yang penting kejujuran, sayang menyayangi dan saling bekerjasama dalam membina masjid yang baru dibina.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM EYRA HAZALI

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman