Pengaruh sahabat dalam hidup kita memang sangat besar. Siapa mereka sedikit sebanyak akan mempengaruhi tindak tanduk kita juga. Lumrah, kita cenderung mendapatkan pandangan daripada sahabat tentang pelbagai hal.

Oleh itu, kita perlu menapis dengan siapa kita berkawan. Ada sahabat yang benar-benar ikhlas dan ada memiliki ciri-ciri sahabat munafik.

Awas! 9 Ciri Sahabat Munafik Berhampiran Kita

Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda:

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya di dalam, al-Quran, banyak lagi ciri orang munafik dinyatakan. Ayuh kita lihat andai ada sahabat kita punyai ciri ini.

Artikel berkaitan:Bersalawat Lah Selalu, Rasulullah Rindu Sangat-sangat Dengan Kita Berbanding Sahabatnya!

Artikel berkaitan:Di Retweet Lebih 22K, Lelaki Ini Dedah 30 Kesan Menakukan Lakukan Maksiat Tanpa Sedar. Allahuakbar!

Sahabat Yang Suka Berbuat Kerosakan Di Muka Bumi
Sahabat seperti ini tidak akan pernah mengaku telah melakukan kerosakan atau membawa masalah kepada orang lain. Malah mempercayai apa yang dilakukan adalah betul.

 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab:” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”. Surah Al-Baqarah: 11

Sahabat Yang Menuduh Orang Beriman Sebagai Bodoh

Bagi orang seperti ini, dia hanya berasa dia sahaja yang pandai, manakala yang lain adalah tidak bijak. Malang sekali mempunyai sahabat seperti ini kerana dia tidak akan pernah mengaku silap.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِنْ لَا يَعْلَمُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”.

IKLAN

Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Surah Al-Baqarah: 13

3. Keras kepala dan merasa mulia berbuat dosa

Jika anda masih bersahabat dengan orang keras kepala,cari lah jalan keluar untuk meninggalkannya. Sahabat seperti ini susah untuk dibawa berbincang. Ada waktunya dia tidak berasa bersalah walaupun telah melakukan sesuatu bertentangan dengan ajaran agama. Malah berbangga pula.

Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu).

Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. Surah Al-Baqarah: 206

Awas! 9 Ciri Sahabat Munafik Berhampiran Kita

Lebih selesa berkawan dengan orang-orang kafir

Apabila kita berkawan dengan orang kafir, tidak hairan jika sikap kita juga terikut-ikut dengan mereka yang mana akan menjauhkan lagi kita ke jalan Allah.

IKLAN

الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.

Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). Surah An-Nisa:139

Merujuk kepada taghut dan syaitan

Nauzubillah. Tinggalkan lah segera sahabat seperti ini. Tiada kebaikan yang kita dapat daripadanya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” Nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. Surah An-Nisa’: 61

Sahabat Yang Suka Membuat Onar

Daripada kita ‘simpan’ sahabat yang suka mengeruhkan hubungan sesama sahabat muslim kita yang lain, elok dipulaukan atau ditinggalkan terus.

“Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim” Surah At-Taubah: 47

Sahabat Yang Tidak Mahu Kita Menjadi Baik

IKLAN

Sahabat seperti ini ibarat syaitan bertopengkan manusia. Tidak suka dan benci jika kita menjadi manusia baik dan takut dengan perintah Allah.

“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut).

Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik” Surah At-Taubah: 67

Awas! 9 Ciri Sahabat Munafik Berhampiran Kita
Gambar sekadar hiasan

Suka Mengkhianat dan mungkir janji

Sahabat seperti ini memang akan menyebabkan hati kita sakit dan membangkitkan kemarahan. Apabila berjanji sering dimungkiri yang mana sikap buruk ini akan menyusahkan banyak pihak apatah lagi suka mengkhianati kita.

فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. Surah At-Taubah:77

Mengajak meninggalkan jihad

Manusia seperti ini mampu menggagalkan usaha baik untuk berjihad ke jalan Allah. Dalam dunia moden hari ini berjihad bukan bermaksud pergi ke medan peperangan sebenar. Jihad yang dimaksudkan ialah gerakan bersama untuk kesejahteraan ramai. Atau dalam konteks di tempat kerja, ia merujuk kepada usaha bersama memajukan syarikat.

Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata:

“Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Api neraka Jahanam lebih panas membakar”, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. Surah At-Taubah: 81

Kashoorga: Ringkasnya, sahabat munafik ini ramai di sekeliling kita. Mereka ini merupakan barah dalam perhubungan dan akan merebak pantas. Oleh itu berwaspadalah selalu, jangan kita terikut sama sikap dan akhlak mereka.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI