Kerohanian

Awas Perangkap Dasim, Iblis Yang Tak Suka Suami Isteri Bahagia

Share

Perasan tak dalam rumah tangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar.

Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Bila keadaan ini berlaku, salah satu puncanya adalah daripada jin atau syaitan penghasut yang bernama “Dasim”.

PERLU TAHU MENGENAI DASIM

1.Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri dan keluarga aman dan bahagia. Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.

2. Syaitan ini akan cuba mengapi-apikan suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!

3. Dasim ini suka buat pasangan terasa hati. Bila terasa hati sikit saja terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras. Kesannya rumah tangga yang dibina akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.

4. Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.

5. Dasim ini terlalu jahat hingga ia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga boleh hancur lebur tanpa sebab.

Pergaduhan dan perselisihan di dalam rumahtangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.

6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM

1. Bila sedang marah pada pasangan MENGUCAP DAN BERISTIFAR, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat.

2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri.

3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA.

4. Ramai tak sedar perkara yang satu ini. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil & selimut akan buatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab itu Rasullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur dan kerapkan juga solat & berzikir di dalam bilik-bilik yang tak berpenghuni.  Buka pintu.. biar bila azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong itu.

5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang di dalam rumah.Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumahtangga.

6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam Jumaat dan lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3.  Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita!

Iblis dan syaitan laknatullah ini tak akan tenang selagi ruma htangga yang dibina hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekik melolong! Kalau kita bercerai-berai syaitan ini akan berpesta gembira!

Sumbert: Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group

 

Published by
Team Kashoorga