Siapa yang tidak kenal Ayana Jihye Moon. Gadis ini adalah satu-satunya yang beragama Islam di dalam keluarganya. Ayana tetap dengan pendiriannya untuk memeluk Islam dan mengenakan tudung. Di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam daripada 50 juta penduduk.
Ayana memeluk agama Islam pada 2012. Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Baru-baru ini melalui laman Instagramnya, Ayana berkongsi berita gembira. Ia bermaksud Ayana memiliki dua orang ahli keluarganya yang memeluk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas, adik lelakinya pula memeluk Islam.
Hal tersebut dikongsikan Ayana menerusi Instagram peribadinya pada hari Isnin (11/3/2019).
Tulisnya: “Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar?
https://www.instagram.com/p/Bu29ACjH4iS/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/Buvlf3oHTpS/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/Bu06viwndgo/?utm_source=ig_web_copy_link
Moga Ayana terus istiqamah bergelar seorang muslimah.
Sumber kredit: xolovelyayana
VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=fLF5PTR6NMA&t=15s
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sedih Sebab Tak Dapat Puasa Awal Ramadan Sebab Haid? Jangan Kufur Nikmat!
Nikmat yang Allah berikan kepada kita sangatlah banyak. Tidak ada seorangpun diantara kita yang mampu menghitungnya. Baik berupa harta, keluarga, kesehatan dan yang paling besar adalah nikmat hidayah iman dan islam.
Sebagaimana firman Allah:
وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya)” (QS. An Nahl: 53)
Namun seringkali kita kurang menyedari akan nikmat yang telah kita terima tersebut. Sehingga tentu saja membuat kita lalai dari mensyukurinya. Padahal seorang muslim wajib mensyukuri nikmat yang ia peroleh.
Allah Ta’ala berfirman:
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
“Ingatlah kepadaKu, Aku juga akan ingat kepada kalian. Dan bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kalian kufur” (QS. Al Baqarah: 152)
Dalam ayat ini, Allah Ta’ala memerintahkan kepada kita untuk bersyukur atas nikmat yang telah Allah berikan dan melarang kita untuk berbuat kufur. Bahkan di ayat yang lain Allah mengancam orang-orang yang berbuat kufur dengan adzab yang pedih. Sebagaimana dalam firman Nya :
وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“… dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7)
Oleh kerana itu wajib bagi kita untuk beri perhatian terhadap perkara yang penting ini, sehingga tidak menjadi golongan orang-orang yang kufur atas nikmat Allah dan dapat terhindar dari ancaman adzab yang pedih.
Melalui perkongsian di laman Facebooknya, Ustazah Thaniah tentang contoh kufur nikmat yang mungkin kita tidak sedari.
Ada tak siapa yang SEDIH sebab tak dapat nak puasa awal Ramadan ini sebab haid? Jangan kufur nikmat. Jangan lawan hukum Allah. Awak kan wanita..ada hukum untuk wanita..Bersyukur boleh tak?
DEFINISI KUFUR NIKMAT
Kufur nikmat merupakan lawan dari mensyukuri nikmat. Syukur adalah menampakkan pengaruh nikmat yang telah Allah berikan kepada seorang hamba dari hatinya dengan keimanan, dari lisannya dengan pujian dan dari anggota badannya dengan ibadah serta ketaatan.
Seseorang itu dikatakan bersyukur jika terpenuhi tiga unsur ini:
1.Hatinya meyakini bahawa semua nikmat yang didapati adalah ‘pemberian’ dari Allah.
2.Lisannya memuji Allah.
3.Anggota badannya digunakan untuk beramal soleh.
Barangsiapa yang tidak merealisasikan ketiga perkara tersebut, maka ia telah terjatuh dalam kufur nikmat.
Sumber kredit: Muslim.or.id dan Ustazah Thaniah
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
24 Tanda-tanda Seseorang Individu Itu Terkena Penyakit Ain
Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh. Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata: ‘Ain adalah pandangan hasad dari tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya. (Fath al-Baari, 10/200)
Dalam Irsyad al-Hadith Siri Ke-5, pihak mufti berpegang bahawa penyakit ‘ain ini ada asasnya dan ianya disebut dalam hadis dan diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim (Muttafaqun ‘alain) bahkan ianya berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Penyakit ini pernah menimpa sahabat Nabi SAW, Sahl bin Hunaif tatkala terkena ‘ain Amir bin Rabi’ah.
Dalam perkembangan dunia sosial hari ini, semuanya dihujung jari. Masing-masing seronok berkongsi perihal diri masing tanpa sedar ada ‘mata-mata’ yang memerhati. Kehidupan peribadi bukan sahaja menjadi tatapan orang, malah tanpa disedari, kita sebenarnya telah terdedah dengan keburukan-keburukan yang tersembunyi daripada orang lain seperti dengki dan iri hati. Dalam Islam, perkara ini dipanggil ‘ain atau ‘penyakit ‘ain’
Berikut perkongsian Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah tentang penyakit ain.
Ustaz kongsikan ilmu penting tentang penyakit ain dari Group Ruqyah Syar’iyyah Malaysia.
TANDA-TANDA SESEORANG TERKENA PENYAKIT AIN
1. Rasa sakit kepala yang berpindah-pindah dan bertambah sakit ketika diruqyah.
2. Wajah menguning atau pucat.
3. Banyak keringat dan buang air kecil.
4. Tidak bersemangat.
5. Tangan dan kaki kesemutan.
6. Badan terasa panas (gerah) meskipun cuaca tidak panas.
7. Jantung berdetak cepat.
8. Rasa sakit yang berpindah-pindah antara leher dan punggung.
9. Sedih tanpa sebab.
10. Sulit tidur di malam hari.
11. Emosi tidak stabil, marah yang meledak-ledak atau muncul rasa takut yang berlebihan tanpa sebab.
12. Sering mimpi buruk.
13. Sering sendawa dan menguap.
14. Rasa sempit (sesak) di dada.
15. Ujung-ujung mata terasa sangat pedih.
16. Tiba-tiba menangis dan mengeluarkan air mata tanpa sebab yang jelas.
17. Jari jari gemetar dan bergerak-gerak sendiri.
18. Kejang otot.
19. Merasa lemas dan lemah.
20. Kadang-kadang muncul rasa dingin di ujung-ujung jari.
21. Muncul bekas warna kebiruan atau kehitaman tanpa sebab medis.
22. Kehilangan harta dan barang dagangan (bisnes hancur).
23. Dibenci oleh keluarganya, teman-temannya dan orang-orang yang mengenalnya.
24. Kehilangan kedudukan, jabatan dan pekerjaan.
Tanda-tanda ini akan ditemukan semua atau sebahagiannya tergantung kekuatan pengaruh Ain tersebut dan jumlah orang yang melakukannya.
Tanda-tanda ini ada yang muncul sebelum dibacakan ayat-ayat ruqyah dan ada yang muncul ketika proses ruqyah syariah.
Jika diperhatikan sebahagian tanda-tanda itu sama dengan tanda-tanda gangguan jin dan sihir. Memerhatikan tanda-tanda ini dan membezakannya memerlukan pengalaman.
Tidak semua perkara perlu dipertontonkan kepada umum. Bersederhanalah dalam setiap perkara itu lebih baik dan dapat menjauhkan diri kita dari keburukan-keburukan di sekeliling.
Jika di dapati ada tanda-tanda seperti di atas, segeralah mencari penawarnya melalui cara perubatan Islam. Jangan terus dibiarkan tanpa sebarang rawatan pemulihan.
Rujukan utama:
Buku Sembuh Dengan Ruqyah oleh Husain Al Mubarak dan Bukhari Abdul Muid. Ms 227-228.
Buku Sembuhkanlah Penyakitmu Dengan Ruqyah Syar’iyyah oleh Abdullah bin Muhammad As-Sadhan. Ms 87-88.
Buku Setan Di Antara Dengki & Ain oleh Syaikh Abu Baraa Usamah bin Yasin Al-Maani. Ms 131-132.
Sumber kredit: Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah dan tzkrh.com
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Meninggal Di Hari Jumaat Mulia” – Adik Viral Yang Bercita-Cita Jadi Bomba, Akhirnya Telah Dijemput Illahi
Mati itu sudah pasti, cuma kita tidak tahu bila dan di mana. Urusan rezeki, ajal dan maut ini terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dan sangat beruntung jika seseorang itu meninggal dunia pada hari Jumaat nan mulia.
Tidak kiralah seseorang itu masih kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Sangat beruntungnya dijemput Illahi pada Jumaat mulia dan juga penghulu segala hari.
Seperti perkongsian di laman sosial SR Islam Al-Irsyad Balok memberitahu bahawa hari ini adik Ahmad Daniel Muhammad Ahmad Suhairi telah bertemu Illahi pada jam 4 pagi tadi.
Adik Ahmad Daniel sebelum ini telah di sahkan menghidap kanser otak jenis Diffuse Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat pada Mac yang lalu.
Malah kisahnya juga menjadi viral kerana hasrat untuk mengenakan pakaian seragam anggota bomba lengkap dengan tanda nama tercapai.
Pada awal Oktober lalu, hasrat arwah telah ditunaikan apabila berpeluang menyarung baju uniform itu dan turut menaiki jentera bomba.
Menurut bapanya, arwah Danial memang sangat berhajat untuk menjadi angota bomba. Malah setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.
Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْن
Pagi Jumaat yang hening. Pihak @SR Islam Al Irsyad Balok mendapat perkhabaran duka perginya anak didik kami yang tercinta, Adik Muhammad Daniel b Muhammad Suhairi bertemu Ilahi lebih kurang pukul 4 pagi tadi.
Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Almarhum Ahmad Daniel disahkan menghidap DIPG iaitu sejenis kanser otak pada Mac yang lalu.
Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana.
Tenanglah kamu di sana wahai anak syurga..
02022012-25102019
KASHOORGA: Semoga Adik Daniel tenang dan berehatlah di sana. Dan kepada ahli keluarga bersabarlah dalam menghadapi dugaan ini. Ternyata Tuhan lebih menyayangi arwah dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI