‘Bab hubungan intim tak boleh dibincang secara terbuka.’ Layan suami umpama pelacur menyimpang syarak, perkara ini bukan ajaran Islam yang sebenar.
Isteri mana boleh disamakan dengan pelacur. Isteri adalah wanita dihalalkan melalui akad nikah, tidak layak jika dikasari atau didekati dengan kekerasan.
Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita didakwa menyebarkan fahaman menyimpang daripada syarak berkaitan perhubungan suami isteri serta menggunakan platform kumpulan Telegram untuk menyebarkan dakyah berkenaan.
Difahamkan, wanita itu menggunakan platform Telegram sebagai medium utama penyebaran fahaman berkenaan dan ia disedari sejak beberapa minggu lalu.
Antara dakyah yang dipromosikan oleh wanita itu adalah menyuruh suami merogol isteri serta melayani suami umpama pelacur.
Selain itu, terdapat kiriman di dalam kumpulan Telegram berkenaan yang menyuruh suami untuk menyakiti isteri mereka bagi yang enggan melayani ‘hajat’ si suami.
Tak Boleh Dibincang
Dakyah terbabit menggunakan agama kononnya menyuruh si isteri melayani hajat suami tidak mengira masa dan keadaan.
Wanita itu juga mempunyai kumpulan di platform Telegram yang mempunyai mengikut lebih 24,000 dan difahamkan terdapat satu lagi kumpulan di platform sama namun bagi individu berminat perlu membayar suatu harga ‘keahlian’ untuk diterima masuk.
Ads
Admin kumpulan berkenaan banyak berkongsi tentang tip hubungan suami isteri namun dalam perspektif yang lebih ekstrem.
Ia termasuk membenarkan si suami merogol isteri mereka bagi yang enggan bersama malah menggalakkan suami untuk menyakiti isteri kononnya sebagai bentuk pengajaran kepada yang enggan menuruti kehendak suami.
Namun semalam, wanita itu tampil memohon maaf kepada semua atas keterlanjuran sikapnya. Wanita tersebut melalui satu hantaran di Facebooknya menjelaskan, dia memohon maaf kerana perkongsiannya yang melampau itu telah menimbulkan kekecohan.
Secara Terbuka
Manakala, menurut Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin, kumpulan berkenaan jelas menggunakan topeng Islam kononnya mahu mengajar wanita menjadi isteri terbaik namun dalam kerangka kefahaman yang salah.
“Ini adalah bentuk penderaan fizikal serta seksual kepada isteri atas nama ketaatan sedangkan ia sangat jauh menyimpang daripada maksud sebenar yang sudah digariskan di dalam Islam.
“Saya sangat mengharapkan pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) melaksanakan siasatan dengan segera termasuk memanggil wanita serta pentadbir kumpulan berkenaan.
Ads
“Difahamkan juga wanita yang menyebarkan dakyah itu melakukan video siaran langsung di media sosial (Facebook) dan kefahaman ekstrem ini perlu dibendung di peringkat awal,” katanya.
Tambah Zamihan, kefahaman wanita ini jelas terlalu menyimpang dan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan berkenaan, banyak kefahaman yang tidak mencerminkan hakikat sebenar.
Layan Suami
Pada masa sama, pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed turut menggesa pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan segera terhadap kumpulan ini.
Katanya lagi, asas ajaran yang diberikan kepada pengikutnya adalah lebih cenderung kepada penderaan seksual serta fizikal kepada isteri dengan menjual nama ketaatan.
“Kumpulan ini juga membuat dorongan iaitu boleh memukul isteri jika tidak mahu melayani suami dan ini sudah menyimpang daripada agama,” katanya.
Umpama Pelacur Menyimpang Syarak
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah.
Ads
Dalam masa yang sama, Dr Mohd Na’im turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat pertemuan bersama pihak berkaitan termasuk meminta agensi itu untuk membimbing serta memberi nasihat.
“Saya sudah mengarahkan Jakim untuk membuat laporan kepada pihak SKMM berkaitan kandungan yang terkandung dalam media sosial untuk diambil tindakan lanjut.
“Ada perkara yang tidak perlu kita bincang secara terbuka termasuklah dalam bab hubungan intim suami isteri.
“Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah, ini bukan akhlak Islam,” katanya.
“5 waktu solat di masjid, setiap hari baca 40 kali Surah Al-Ikhlas.’ Bekas Ketua Cawangan Pas meninggal dunia ketika solat jemaah.
Bekas Ketua Cawangan Pas Kampung Kenor meninggal dunia ketika menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Mukim Kenor, di sini, pada Khamis lalu.
5 Waktu Solat Di Masjid
Mohd Radzi Ibrahim, 63, secara tiba-tiba rebah ketika rakaat pertama solat di masjid itu pada jam 7.20 malam.
Menurut Imam Tua Masjid Mukim Kenor Ahmad Fadhil Zamani, ketika hendak rukuk, beliau yang sedang mengimamkan solat Maghrib itu tiba-tiba terdengar bunyi kuat seperti objek jatuh.
Katanya, berdasarkan pemerhatian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Mohd Radzi tidak sempat rukuk tetapi terlebih dahulu rebah dalam keadaan bersujud sebaris dengan jemaah lain yang sedang solat.
Setiap Hari Baca
“Seorang jemaah berhenti daripada solat dan segera membantu membaringkan Mohd Radzi yang sudah tidak sedarkan diri.
“Saya menghubungi talian kecemasan 999 dan pegawai perubatan yang tiba memeriksa Mohd Radzi mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Menurut Ahmad Fadhil, mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung.
40 Kali Surah Al-Ikhlas
Dalam pada itu, katanya, arwah seorang yang sangat pemurah dan sentiasa berebut membayar harga makanan dan minuman sahabat-sahabatnya semasa di kedai makan.
“Arwah memang solat berjemaah lima waktu di masjid dan setiap hari mengamalkan membaca 40 kali surah al-Ikhlas selain seorang yang sangat berpegang teguh pada janji.
Bekas Ketua Cawangan Pas Meninggal Ketika Solat Jemaah
“Kita tidak tahu amalan rahsia arwah hingga membawa kepada kematiannya secara husnul khatimah (mati dalam keadaan beribadat dan pada malam Jumaat),” katanya.
Menurutnya, jenazah lelaki itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah Kuala Krai selepas solat Jumaat.
Kashoorga: Pemergian yang dicemburui. Meninggal dunia ketika solat di malam jumaat. Al-Fatihah.
Rasulullah pesan jangan marah, buruk kesannya. ‘Isteri dan anak setahun ini jadi mangsa simbahan asid suami panas baran.’ Bila seseorang tak dapat mengawal kemarahan, beginilah akibatnya.
Perasaan marah, sedih dan gembira merupakan sifat yang terdapat dalam jiwa setiap yang bergelar manusia. Ia merupakan emosi semula jadi yang bersifat negatif dan kebiasaannya bermula daripada sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal.
“Jangan marah”… Larangan ini telah diulang oleh baginda nabi beberapa kali. Di dalam sebuah hadis: seorang laki-laki berkata kepada Nabi,
“Berilah aku wasiat?” Beliau bersabda,”Janganlah kamu marah.” Laki-laki itu mengulangi kata-katanya, beliau tetap bersabda,”janganlah kamu marah.” – [HR Bukhari 5651].
Jangan Marah
Gara-gara sikap panas baran, seorang suami tergamak menyiram asid ke arah isteri dan anaknya yang berusia setahun lapan bulan sehingga kedua-dua mangsa meninggal dunia. Kejadian itu berlaku di Cengkareng, Jakarta Barat.
“Kedua-dua mangsa meninggal dunia,” kata seorang pegawai polis Cengkareng, Ardhie Demastyo.
Ardhie kemudian menjelaskan kronologi kejadian tersebut dengan menyatakan insiden itu diketahui penduduk setempat selepas si isteri berlari keluar dari rumah sambil menjerit meminta tolong.
Buruk Kesannya
Si isteri datang ke rumah jirannya dan menyatakan bahawa dirinya telah disiram dengan asid oleh suaminya, Rizal. Dia dan anaknya kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Berikutan kejadian itu, si isteri mengalami luka melecur di bahagian muka dan tangan manakala anaknya mengalami cedera parah di bahagian muka dan badan. Kedua-dua mereka kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Isteri & Anak Ini Jadi Mangsa
Menurut Ardhie, suspek menyiram isterinya dengan asid ketika dia gagal mengawal kemarahannya, yang menyebabkan anaknya turut terkena siraman itu.
Sementara itu, suspek masih diburu polis manakala motif dia berbuat demikian masih belum diketahui.
Simbahan Asid Suami Panas Baran
Malah, Rasulullah pernah berkata di dalam sabdanya:
Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. – [HR Bukhari 3281 dan Muslim 2175].
Apabila syaitan mula membisikkan dengan bisikan kejahatan disebabkan seseorang yang tidak dapat menahan kemarahannya maka seseorang itu akan melakukan tindakan-tindakan di luar batasan seperti memaki hamun, memukul dan ada yang sampai ke tahap membunuh disebabkan kemarahan yang tidak dapat dibendung.
Kashoorga : Beginiah kesannya bila seseorang tak dapat mengawal kemarahannya dan terlalu mengikut kata hati. Bila kejadian sebegini berlaku, menyesal pun tiada gunanya lagi.
Islam itu sebenarnya satu agama yang sangat indah. Malah dalam Islam itu di setiap sisinya mempunyai adab.
Tidak kiralah ketika kira mahu tidur, makan, masuk kenderaan dan sebagainya.
Dengan adab yang diajarkan ini menjadikan kehidupan setiap insan itu jadi lebih teratur dan sempurna. Malah untuk masak nasi pun ada, cara ini boleh kita praktikkan.
1. Pastikan anda dalam keadaan bersih dan sebaiknya ketika memasak nasi. Satu hal lagi, pastikan anda dalam keadaan tenang dan tidak marah. Ia bertujuan mengelak anda memasak dalam keadaan terburu yang akhirnya mengundang masalah lain pula
2. Gunakan tangan kanan ketika mencuci beras. Walaupun anda seorang yang kidal, usahalah untuk mencuci dengan menggunakan tangan kanan.
3. Cucian dilakukan dalam putaran arah lawan jam atau pusingan tawaf. Kita memang dianjurkan melakukan apa pun pusingan sama ada menyapu ubat, memasak dan sebagainya mengikut pusingan tawaf
4. Sambil membasuh beras bacalah “Laisa la ha min dunillahi katsyifah” maksudnya “Tiada penyembuhan selain daripada Allah”
5. Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau selepas anda yakin beras sudah bersih.
6. Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.” – At-Tarmizi
7. Satu lagi doa yang bagus diamalkan ketika membasuh beras adalah “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agama-Mu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini sehingga menjadi nasi.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...