Apabila dipuji, timbul juga sedikit rasa bangga secara tidak sengaja. Adakah ada doa khusus yang diajarkan Nabi SAW yang perlu dibaca ketika kita dipuji.
Pertamanya, perlu diingatkan bahawa memuji-muji seseorang secara berlebihan di hadapannya dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.
Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.anh bahawa seorang lelaki telah memuji seorang lelaki yang lain di sisi Nabi S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Celaka kamu. Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memtong leher sahabat kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah S.W.T lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah S.W.T”. Sahih Muslim (3000)
YANG DIPUJI JANGAN RIAK, UJUB DAN TAKABBUR
Puji-pujian sesama manusia secara sederhana tidaklah dilarang, bahkan ia merupakan salah satu bentuk muamalah yang baik sesama manusia. Namun orang yang dipuji hendaklah berhati-hati dan memelihara hatinya daripada merasa riya’, ujub dan takabbur apabila mendengar pujian yang dilontarkan kepada dirinya.
Terdapat satu doa yang baik yang diamalkan oleh seorang sahabat Baginda SAW, di mana diriwayatkan bahawa Adi bin Arthah –rahimahullah – (seorang ulama tabi’in) meriwayatkan:
كَانَ الرَّجُلُ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِذَا زُكِّيَ قَالَ: اللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لا يَعْلَمُونَ
Ads
Maksudnya: Dahulu ada seorang sahabat Nabi SAW, yang apabila dia dipuji mengucapkan: “Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui”. Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (761)
Terdapat juga riwayat daripada sebahagian ulama salaf yang berpesan dengan doa:
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keadaan diriku lebih dari aku sendiri, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku berbanding orang lain. Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang mereka ucapkan, ampunilah aku atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku.”
Ads
Dalam riwayat yang lain, terdapat tambahan lafaz:
وَاجْعَلْنِي خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّونَ
Maksudnya: Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan. Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4524 dan 4534)
Maksudnya: Jangan kalian memuji-muji diri kalian sendiri, Kerana Dia-lah yang paling tahu siapa yang bertaqwa. Surah al-Najm (32)
Sufyan bin Uyainah pernah berkata,
قالت العلماء المدح لا يغر من عرف نفسه
Maksudnya: Para ulama mengatakan: pujian tidak akan menipu orang yang mengenali dirinya sendiri (dia tahu bahawa ia tidak sebaik itu dan sedar akan banyaknya dosa yang dilakukan). (Rujuk Hilyatul Auliya’ 7/302)
Mungkin anda pernah merasakan hubungan anda dan pasangan suam-suam kuku. Apakah anda pernah merasakan pasangan anda kurang memberi perhatian kepada anda? Ya, situasi ini bukanlah janggal berlaku kerana setiap pasangan memiliki rasa bosan dalam hubungan cinta mereka.
Lalu, bagaimana cara agar si dia dan anda selalu saling rindu merindu dan selalu ingat antara satu sama lain meskipun berada jauh antara satu sama lain? Mudah saja. Hanya dengan kekuatan doa maka kita mampu membuatkan pasangan selalu mengingati kita walau di mana jua kita berada.
Doa ini boleh diamalkan agar pasangan selalu merindukan anda. Pasangan yang selalu merindu akan selalu ingin bertemu dan di situlah rasa cinta kasih semakin erat terjalin.
Doa ini mudah anda amalkan setiap hari. Cukup melafazkan doa agar si dia ingat kepada kita. Anda akan dapat merasakan manfaat/barakah dari doa ini.
Lafaz Doa Agar Si Dia Ingat Kepada Kita
(WALQOYTU ALAYKA MAHABBATAM MANNA WALITUSNA A’ ALA AIN)
Maksudnya: “Aku limpahkan kepadamu kasih sayang yang berasal dariNya, agar engkau diasuh di bawah pengawasanNya.”
Cara Mengamalkannya:
Setelah mengetahui lazaf doa agar si dia selalu teringat kepada kita, ketahui tata cara mengamalkannya. Rasailah barakah daripada amalan doa tersebut.
CARA MENGAMALKAN DOA INI:
1. Selalu laksanakan solat lima waktu tepat pada waktunya.
2. Setelah solat, bacalah doa agar si dia ingat kita terus sebanyak 33 kali sebagai wirid doa.
3. Niatkan dalam hati agar pasangan anda selalu setia, selalu rindu dan selalu mengingati anda di mana saja dia berada.
4. Mintalah yang terbaik semoga pasangan anda saat ini adalah jodoh terbaik bagi anda.
Apabila anda mengamalkan doa ini secara rutin dan istiqamah maka Insya Allah anda akan dapat merasakan hikmahnya yang begitu besar.
Pasangan akan selalu ingat, selalu rindu dan tak mampu jauh dari anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Waktu nak gunalah, barang hilang.’ Amalkan doa ini, jangan biarkan waktu solat teringat-ingat di mana kita letak barang yang hilang tersebut. Sebelum solat, puas mencari tak jumpa, time solatlah nak ingat segalanya.
Hilang barang sememangnya buat hari gundah dan tak tenteram, apatah lagi barang yang mempunyai ‘sentimental value’ atau dihadiahkan insan istimewa.
Di sini Ustazah Asma’ Harun kongsikan doa yang boleh kita amalkan apabila menemui jalan buntu bila barang yang dicari tak jumpa.
Kita mesti gelisah ketika ada barang hilang, lagi-lagi barang yang disayangi seperti haiwan peliharaan, barang berharga, barang keperluan, dan lain-lain.
Kerap kali barang itu hilang saat kita benar-benar perlukan, kemudian waktu sedang solatlah asyik teringat mungkin ia di sekian-sekian tempat.
Amalkan Doa Ini
Sebenarnya dalam Islam alim ulama ada mengajarkan satu doa khusus jika ada kehilangan barang.
Antara doa yang boleh dipanjatkan agar Allah menemukan kita dengan barang yang hilang adalah seperti yang disebutkan dalam kitab Maslakul Akhyar fil Ad‘iyah wal Azkar, menurut Sayyid Utsman bin Abdullah:
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang mengumpulkan sekalian orang di hari yang tiada syaknya lagi padanya. Kumpulkanlah antara aku dan barangku yang hilang, kumpulkan dengan kebajikan dan ‘afiyah.”
Jangan Biarkan Waktu Solat Teringat-Ingat
Selain itu boleh berdoa banyakkan menyebut nama Allah ya Wajid yang Maha Menemukan agar Allah memberi kemudahan untuk menemukan barang yang hilang.
Semoga kita dapat beramal dengan doa ini dan menjadi insan yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT.
Tidak dinafikan setiap daripada kita tidak terlepas dari perasan ingin disayangi dan dicintai oleh seseorang. Bertemu dan berkenal-kenalan dengan seseorang hinggalah akhirnya membawa kepada hubungan lebih halal.
Situasi ini tidak ada salahnya tetapi biarlah dengan cara yang betul. Jika mahu bertemu pun eloknya ditemani rakan supaya tidak mendatangkan fitnah pada kedua-duanya.
Jika bebas keluar berdua-duaan akan mendatangkan perasaan yang sukar untuk kita kawal, iaitu hawa nafsu.
Dalam perkongsian Penceramah Bebas, Da’i Wan ada memberi sepotong ayat yang boleh kita gunakan untuk mengawal gelojak hawa nafsu apabila seorang lelaki bertemu perempuan atau sebaliknya.
Menurut Da’i Wan, kata ulama ada satu keadaan syaitan akan dapat mengawal seseorang lelaki mahupun perempuan iaitu apabila syahwat seseorang itu berada naik dan tinggi.
Ayat yang dikongsi oleh Da’i Wan ini boleh diamalkann sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan. Katanya lagi baca ayat ini berulang kali jika rasa tak mampu untuk melawan hawa nafsu.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...