Hidup ini satu persimpangan yang memaksa kita membuat pilihan. Ada kalanya ia cukup membingungkan; tak tahu nak pilih yang mana.
Kita pun tak pasti apakah keputusan yang bakal kita buat itu nanti betul atau tidak. Tidak hairanlah apabila ada yang buat keputusan berdasarkan rasa berani, agak-agak dan berdasarkan pandangan orang lain. Boleh pening dan gundah jadinya.
Andai kita berada dipersimpangan itu, hanya satu amalan yang berkesan perlu kita ambil dan dilakukan secara istikomah iaitu berdoa dan memohon perlindungan daripada Allah SWT agar semuanya berjalan lancar.
Di antara doa yang kita boleh amalkan ialah:
تَوَكَّلْتُ عَلَى اْلحَيِّ الَّذِيْ لَا يَمُوْتُ اَبَدًا والْحَمْدُ للهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَداً وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيراً
Aku pasrah terhadap zat yang tidak akan mati selamanya. Dan, segala puji bagi Allah, zat yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaanNya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.
Ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-Thabaqatusy Syadziliyah Al-Kubro berikut;
تَوَكَّلْتُ عَلَى اْلحَيِّ الَّذِيْ لَا يَمُوْتُ اَبَدًا والْحَمْدُ للهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَداً وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيراً
Jika kamu hendak ingin selamat dari perkara yang membingungkanmu, maka bacalah; Tawakkaltu ‘alal hayyil ladzii laa yamuutu abadan. Walhamdu lillaahil ladzii lam yattakhidz waladan walam yakullahuu syariikun fil mulki walam yakullahuu waliyyun minadz dzulli wa kabbirhu takbiiro.
Kashoorga: Selain doa, kita disunatkan mendirikan solat istikharah.Buat dengan istikomah dan yakin akan petunjuk Allah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
4 Tanda Ibu Ayah Derhaka Ini Tak Layak Miliki Anak
Apa gunanya ada anak jika sebagai ibu dan ayah awal-awal lagi kita sudah derhaka terhadap mereka? Ibu ayah derhaka adalah mereka yang gagal memegang amanah dan mencurahkan kasih sayang tanpa syarat kepada anak-anak?
Ada pasangan yang suda lama berkahwin namun tidak dikurniakan cahaya mata. Maka alangkah bertuahnya kita yang dikurnikan anak tanpa perlu menunggu lama atau terpkasa menjalani sebarang siri rawatan kesuburan.
Justeru itu, wajib sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab melunaskan hak-hak anak agar mereka membesar dengan baik; menjadi anak soleh dan solehah.
Artikel berkaitan:“Tak Selesa Ibu Sebumbung. Jangan Derhaka, Kamu Dan Seluruh Hartamu Adalah Milik Ibumu”-Syeikh
Artikel berkaitan:Ciri-ciri Isteri Derhaka; Takut Tidak Bau Harumnya Syurga
Sekiranya telah dikurniakan anak, tetapi memiliki sikap dan sifat keji ini maka sewajarnya anda tidak dikurniakan anak langsung bagi mengelakkan menjadi ibu ayah derhaka.
Jika tidak mahu digelar sebagai ibu ayah derhaka, maka elakkan daripada 4 sikap buruk ini.
1. Menghina Dan Memaki Anak
Perbuatan ini memang sering kita saksikan walaupun di tempat awam sekalipun. Kawal lah emosi atau amarah diri.
Niatnya mungkin ingin sang anak berubah, namun jika sering kali dihina dan dimaki, ia akan menyebabkan keyakinan diri anak merudum.
Seorang lelaki pernah datang kepada Umar bin Khattab seraya mengadukan kederhakaan anaknya. Umar lalu memanggil putera orang tua itu dan mengherdiknya atas kederhakaannya. Tidak lama kemudian anak itu berkata,
“Wahai Amirul Mukminin, bukankah sang anak memiliki hak atas orang tuanya?”
“Betul,” jawab Umar.
“Apakah hak sang anak?”
“Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya Al-Qur’an,” jawab Umar.
“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; ia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajariku satu huruf pun dari Al-Qur’an,” kata anak itu.
Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya, “Engkau datang untuk mengadukan kederhakaan anakmu, padahal engkau telah derhaka kepadanya sebelum ia menderhakaimu. Engkau telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berbuat buruk kepadamu.”
2. Tidak Adil Dan Pilih Kasih
Sama ada sengaja atau tidak, perbuatan tidak berlaku adil dan pilih kasih ini memang terjadi. Ramai ibu ayah lebih menyayangi anak yang satu dibandingkan yang lain.
Penyebabnya mungkin anak yang lain tidak lebih cerdas, cantik atau comel dan sebagainya. Perbuatan ini sebanarnya satu bentuk penderhakaan orang tua terhadap anak.
Nu’man bin Basyir bercerita, “Ayahku menginfakkan sebagian hartanya untukku. Ibuku –’Amrah binti Rawahah—kemudian berkata, ‘Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehingga menemui Rasulullah.’ Ayahku kemudian berangkat menemui Rasulullah SAW sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku.
Rasulullah SAW berkata kepadanya,
“Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?”
Ia berkata, ‘Tidak.’
Rasulullah SAW. berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anakmu”
Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.” (HR. Muslim dalam Kitab Al-Hibaat, hadis: 3055)
Perbuatan ini juga dianggap sebagai salah satu perbuatan zalim orang tua kepada anak.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Rahimallahu waalidan a’aana waladahu ‘ala birrihi”. Semoga Allah mengasihi orang tua yang membantu anaknya di atas kebaikan.” (HR. Ibnu Hibban)
3. Mendoakan Keburukan Bagi Anak
Diriwayatkan Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Ada tiga doa yang dikabulkan: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah: 1828)
Doa adalah bentuk permintaan terindah yang boleh kita lakukan kepada Allah SWT, bukti kita memerlukan pertolongan Allah SWT.
Namun apa jadinya apabila orang tua mendoakan hal buruk menimpa anaknya, padahal sejatinya doa orang tua adalah doa yang dikabulkan oleh Allah SWT? Ini merupakan bentuk kejahatan lisan orang tua kepada anaknya.
4. Tidak Memberikan Pendidikan
Ibu ayah yang derhaka adalah bilamana tidak memberikan didikan agama kepada anak mahupun ilmu pengetahuan sosial padahal kita mampu memberikannya.
Memberi pendidikan merupakan bentuk perhatian orang tua yang paling tertinggi. Oleh kerana itu, ibuayah yang tidak memberikan pendidikan sebenarnya melakukan kejahatan tahap tinggi terhadap anaknya.
Perintah untuk memberikan pendidikan kepada anak diberikan langsung oleh Allah SWT. Dalam firmannya:
“Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim: 6)
Rasulullah SAW. bersabda, “Ajarilah anak-anakmu solat saat mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila tidak melaksanakan solat) pada usia sepuluh tahun.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Shalah, hadis 372).
Sebaik – baik pemberian daripada orang tua adalah memberikan anak pendidikan yang layak dia dapatkan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tak ada yang lebih utama yang diberikan orang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah, hadis 1875. Tirmidzi berkata, “Ini hadis mursal.”)
Hubungan orang tua dan anak haruslah terikat dan dinaungi ilmu-ilmu agama dan psikologi yang penuh rahmat Allah SWT. Jangan lah sampai tahap kita sebagai ibu bapa melakukan kezaliman atau kejahatan terhadap anak-anak.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Suami Tak Faham Hukum, Bab Nafkah Pun Berkira. ‘Minggu Lepas Bagi RM200, Takkan Dah Habis?’
Suami tak faham hukum, bab nafkah pun berkira. “Minggu lepas bagi rm200, takkan dah habis?’ Masyallah geram betul kalau dapat suami spesis begini, bagi RM200 macam RM2000.
Tetapi itulah realitinya sekarang bila harga barang makin mahal, memang isteri tak mampu nak berjimat macam dulu-dulu. Jika suatu ketika dahulu RM100 boleh bertahan seminggu, sekarang tidak lagi.
Suami Tak Faham Hukum
Wahai suami, kasihanilah isteri yang tidak bekerja dan tugasnya menguruskan rumah tangga. Jangan sesekali minta berjimat kerana keadaan sekarang amat mendesak, tak percaya pergi beli barang sendiri.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Nurul Izzah Zainol dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Tak nampaklah bang sebab sudah masuk perut engkau abang… haha…
Bagi pemahaman orang lelaki, RM200 dia bagi cash untuk beli barang dapur kira sudah bagi nafkah dekat bini (isteri).
Bab Nafkah Pun Berkira
Hakikat kronologinya:
Dia bagi duit.
Bini pi beli barang dekat pasar,angkut seorang diri.
Masuk dapur siang ikan ayam, masakkan lauk, hidang masuk perut suami, siap pakej tolong angkatkan pinggan basuh.
Bajet macam terlebih bagi, minta buat beli rokok dan isi minyak motor.
Itulah sebenarnya NAFKAH yang dia sudah bagi.
Hahahahahahahahaha.
Minggu Lepas Bagi RM200
Padahal servis bini tolong jadi runner, rider, chef, tukang cuci semua dia tak kira.
Itupun bajet-bajet macam terlebih bagi lagi. Lawak nak mam**s. Tapi itu ok lagilah.
Kalau dapat bini berkerjaya, satu habuk pun bini tak dapat apa.
Siap dia pakai mazhab bini bekerja, sudah tak layak dapat nafkah.
Baca Di Sini:
Tinggal Isteri Tanpa Nafkah, Adakah Jatuh Talak? Ini Hukumnya Suami Abaikan Tanggungjawab
Bila Berjodoh Dengan Duda, Isteri Baru Jangan Sekat Suami Beri Nafkah Pada Anaknya
Takkan Dah Habis?’
Lagi dahsyat, gaji bini pun dikatakan hak dia juga disebabkan dia izinkan pergi kerja.
So jadilah bini ni babu balaci dan segala macam pengabdian dari segi tenaga, jadi ATM laki, pelayan, pengasuh dan sebagainya.
Dekat mana dia boleh perah, dia perah sampai lunyai. Siap pakej scam duit bini lagi tapi tak rasa bersalah.
Kalau isteri itu pun bodoh hukum, dia pun percaya mantera suami.
Kashoorga: Sebagai isteri, kadang-kadang dia berjimat sehabis baik semata-mata tak mahu bebankan suami.
Sumber: Peguam Syarie, Nurul Izzah Zainol
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kita Tak Sempurna, Pasangan Kita Pun Tak Sempurna, Sebab Itu Suami Isteri Kena Saling Melengkapi
Persefahaman dan sikap toleransi suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan rumah tangga.
Setiap pasangan berkahwin pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina.
Suami isteri harus bersikap terbuka dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan dengan positif.
Penciptaan manusia bermula daripada Nabi Adam dan Siti Hawa, membawa kepada keturunan yang mempunyai jantina lelaki serta perempuan untuk berganding hidup menerusi perhubungan yang halal.
Dalam rumah tangga yang dibina, perlu ada sikap kerjasama dan toleransi. kedua-dua sikap ini perlu diadun dengan sebaik mungkin bagi menjamin kerukunan rumah tangga yang dibina.
Tiada insan yang sempurna maka sebab itulah suami dan isteri fungsinya untuk melengkapi antara satu sama lain.
Berikut perkongsian Asyrafiah Sabri di laman Facebooknya tentang keperluan melengkapi dalam rumah tangga.
(RUMAHTANGGA BAHAGIA ITU DATANGNYA DARIPADA DUA JIWA YANG BERTOLERANSI)
Kita ni semua ada kelemahan dan kekurangan masing-masing. Sebagai pasangan suami isteri, tugas kitalah melengkapkan kekurangan pasangan kita.
Contohnya macam suami saya, dia kalau cakap ada macam berulang-ulang sikit. Tapi saya tak pernah ejek atau gelakkan dia. Sesekali menyakat tu adalah. Dah dia pun kaki menyakat saya ?
Ada masa suami saya speaking dengan saya, tapi adalah beberapa words yang dia salah. Saya tegur terus, bagitau ni salah. Sama juga kalau masa kitorang baca Quran sama-sama, ada dia tersalah atau saya tersalah, kami terus tegur on the spot. Tapi saya selalu minta maaf kat suami saya, harap dia tak terasa hati bila saya tegur dia. Sebab saya tak nak dia buat salah berulang.
SALING BAGI KATA SEMANGAT
Suami saya tak berani nak drive asalnya. Saya support dia bagi kata-kata semangat walaupun kita sendiri seram dia drive masa tu ?
Suami saya dia selalu kalau nak beli baju untuk dia, atau beli apa-apa barang dia, dia suruh saya pilih untuk dia. Padahal dekat sejam dia pilih tu ???? Nak menangis mak tunggu. Walaupun macam saya pernah cakap sebelum ni, taste kami tak sama. Saya pulak jenis jujur, bang ni tak cantik. Yang ni cantik. Walaupun yang saya kata tak cantik tu dia suka ?. Tapi at last saya akan cakap, abang pilih mana yang abang suka, sayang just bagi pandangan. Apa-apa pun, dia akan ikut apa yang saya pilihkan.
Dalam rumahtangga ni, formula dia begitu. Kita tak sempurna, pasangan kita pun tak sempurna. Dan, saya berani cakap, selain Allah, hanya suami atau isteri je yang tau ketaksempurnaan pasangan tu secara total.
TERIMA KEKURANGAN PASANGAN
Jadi, untuk yang dah ada pasangan halal, saling melengkapi itu lebih baik daripada mencari salah. Berlapang dada atas kekurangan pasangan.
Untuk yang sedang mencari pasangan, dalam fasa berkenalan itu, terimalah seadanya. Jangan kita nak Mr Perfect ke Mrs Perfect macam drama melayu, sampai kiamat takkan jumpa.
Kita nampak rumahtangga orang lain sempurna sebab mereka saling melengkapi kekurangan pasangan masing-masing.
Terima kasih buat suamiku. Sepanjang hidupnya, menunaikan tanggungjawab sebagai suami yang sempurna untuk aku. Al-Fatihah abang, Fikri Hamiz bin Hamidun.
Sumber Kredit: Asyrafiah Sabri
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI