Kita mempunyai banyak ikhtiar yang dapat melindungi kita daripada sebarang perkara-perkara buruk terjadi. Salah satunya dengan doa, kita telah menyerahkan segala-galanya pada ketentuan Allah.
Baik doa kita, maka baiklah nanti kesudahannya kerana apa yang kita sangka adalah apa yang Allah akan berikan. Salah satu doa yang patut kita hafal seisi keluarga ialah amalan membaca doa Wazifah.
Artikel berkaitan:Doa Elak Anak Terjebak Perkara Buruk, Baca Semasa Bersedekah
Artikel berkaitan:Pengakuan Bersalah Merupakan Doa Paling Indah Di Sisi Allah Imam Muda Asyraf
Doa ini juga dikenali sebagai doa penggerak setiap pagi dan petang InsyaAllah akan menghindarkan kita daripada perkara-perkara buruk. Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, doa yang dinamakan sebagai ”Ayat Penggerak” ini, apabila dibaca, ia boleh menggerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak apabila hendak melakukan sesuatu kerja yang berbahaya.
Doa Wazifah adalah sebagaimana berikut:
Apabila hendak memulakan perjalanan; dekat atau jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun belum pernah dikunjungi atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan biasa atau berisiko makan sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali.
Insya’Allah, Allah SWT akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti telefon berdering, anak-anak mengganggu, rakan-rakan yang menyapa dan apa sahaja yang menyebabkan tumpuan bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu.
Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.
Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada di hadapan kita.
Perlu diingatkan di sini bahawa, Insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepadaNya.
Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati, maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Makanan dan minuman yang masuk ke tubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang.
Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman.
Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman.
Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah SWT. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut.
Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap.
Dengan mengamalkan doa ini, InsyaAllah kita akan merasa makanan asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasik, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama ditinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini.
Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini Insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, menakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari.
Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Sumber Tambahan : Mohd Ibrahim