Rajin Amalkan Baca Surah Al Insyirah Lepas Solat, Insya-Allah Rezeki Tak Sempit & Jadi Berganda-Ganda

Share

Lain orang lain rezeki yang diberikan oleh Allah. Namun janganlah kita berputus asa dan teruskan berdoa agar Allah terus murahkan rezeki kita.

Lebih-lebih lagi untuk pasangan yang mahu berkahwin, pastinya perlukan bajet yang mencukupi untuk menampung kos majlis kenduri nanti.

Ada beberapa ayat al-Quran dalam Islam yang boleh kita amalkan untuk membolehkan rezeki masuk mencurah-curah dan jadi berganda-ganda (jika diizinkan oleh Allah).

Salah satunya membaca Surah Al Insyirah yang boleh diamalkan selepas solat. Bukan sahaja menggandakan rezeki, banyak lagi kelebihan lain jika kita rajin mengamalkannya.

Kelebihan membaca Surah Al Insyirah…Rugi Kalau Tidak Di Amalkan..JOM SHARE!!!

Terjemahan Surah Al-Insyirah :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)

dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)

Keterangan Surah al Insyirah

Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya, dan tenteram jiwanya, kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahkan Allah kepadanya. Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah, iaitu namanya mahsyur di mana-mana. Tiap-tiap azan terdengar nama Muhammad. Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad.

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, jika ditimpa musibah, ia teringat akan firman Allah ini, iaitu, “Di samping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan. Sesudah bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu. Kerana ia mempunyai kepercayaan, bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika tidak hari ini mungkin esok hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala, kadang-kadabg ia membinasakan dirinya sendiri. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.

Kelebihan Surah Al Insyirah

1. Sesiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyirah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

2. Dilapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

3. Membaca Surah Al-Insyirah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

4. Menjadikan Surah Al-Insyirah wirid pada tiap lepas solat fardhu, nescaya hilang dukacita dan dikurniakan oleh Allah s.w.t. akan rezekinya melimpah-limpah.

5. Sesiapa yang sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyirah nescaya mudah mendapat rezeki dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

6. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah tujuh kali pada tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan dimudahkan oleh Allah akan rezekinya.

Sesiapa yang sedang dalam kesusahan, hendaklah dia melakukan solat sunat

1. Solat sunat dua rakaat.

2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah).

3. Selesai solat, duduk menghadap kiblat dengan bersungguh-sungguh mengingati Allah dan bacalah Surah Al-Insyirah.

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyirah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati.

SUMBER: FACEBOOK

Published by
Siti Zurina