
Isi Kandungan
ToggleMalam tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman merayu orang ramai supaya duduk sahaja di rumah dan jang balik ke kampung.
Ini adalah untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius kerana setakat ini telah mengorbankan dua nyawa.
Jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita sama-sama menurut perintah PM ini untuk tempoh dua minggu sehingga akhir Mac ini.
Walau bagaimanapun jika terpaksa juga keluar untuk membeli barangan keperluan harian, dibolehkan tetapi perlu berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan diri.
Sekiranya perlu berbuat demikian (untuk bekerja atau membeli barangan keperluan), anda masih boleh keluar dengan mengamalkan zikir yang diajar oleh Rasulullah.
Perkongsian menarik ini dari pengguna laman sosial Facebook, Ustaz Khairul Anuar Basri boleh kita jadikan panduan.
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
– Bahaya dan malapetaka.
– Keracunan makanan.
– Sihir dan santau.
– Gangguan makhluk halus.
– Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.

So, itu saja yang saya nak kongsi pagi ini. Semoga bermanfaat.
– semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan –
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Walaupun Baru Empat Tahun Peluk Islam, Wanita Ini Muncul Johan Hafazan Peringkat Kebangsaan

Isi Kandungan
ToggleWalaupun baru empat tahun peluk islam, wanita ini muncul johan hafazan peringkat kebangsaan. Biarpun baru empat tahun, ianya tidak menjadi penghalang pada mualaf ini membuktikan kemampuan dirinya.
Tahniah anda memang hebat dan telah berjaya mengalahkan peserta-peserta lain.
Artikel Berkaitan : Pilih Islam Sebagai Agama Baru. Gadis Mualaf Syukur Perjalanan Ucap Kalimah Syahadah Dipermudahkan!
Walaupun Baru Empat Tahun
Seorang mualaf membuktikan tempoh singkat bergelar saudara baharu sejak empat tahun lalu tidak menjadi penghalang baginya muncul johan hafazan al-Quran kategori wanita sempena Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M di sini, semalam.
Qaseh Qhatijah Tan, 28, membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 tajaan Lembaga Tabung Haji bagi kejohanan itu yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) Kampus Besut di sini.
Peluk Islam
Menceritakan perjalanan hidupnya sebagai mualaf, Qaseh Qhatijah dari Melaka berkata, dia terdetik untuk memeluk Islam sejak 2017 kerana sering bergaul dengan rakan beragama Islam ketika masih belajar.
“Saya berasal dari Sabah dan agama asal Buddha. Ketika masih belajar, saya ramai kawan Islam dan sering melihat mereka mengaji serta melakukan aktiviti keagamaan yang lain.
“Kadang kala saya ikut sekali aktiviti mereka. Hati saya rasa tenang dengar orang berselawat dan mengaji,” katanya ketika ditemui pada majlis penutupan kejohanan itu.
Baca Juga Di Sini:
Niat Peluk Islam Sejak 7 Tahun Lalu, Kini Rasmi Bergelar Mualaf & Sanggup Mati Demi Islam
Wanita Ini Muncul Johan
Menurut Qaseh Qhatijah, meskipun proses penghijrahan sebagai saudara baharu banyak rintangan, dia bersyukur keluarga menerima keputusannya memeluk Islam.
“Pesan saya kepada saudara baharu yang lain, jaga hati dengan baik, kental dan sentiasa pesan pada hati nak ubah kehidupan ke arah lebih baik.
“Sepanjang proses berhijrah kena beri ruang pada diri untuk belajar terlebih dahulu apabila bersedia baru boleh berkumpul semula dengan rakan lama,” katanya.
Hafazan Peringkat Kebangsaan
Terdahulu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis penutupan kejohanan itu.
Baginda mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Mahrajan Amal Islami Mualaf adalah program dwitahunan disertai semua negeri untuk mencungkil bakat saudara Muslim daripada pelbagai etnik.
Kashoorga : Walaupun baru empat tahun memeluk agama Islam, Qaseh Qhatijah Tan berjaya menghafaz dengan baik berkat kegigihan dan kesabarannya. Salute!
Sumber : myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bersedekah Antara Pahala Yang Mengalir Berterusan Selepas Kematian

Isi Kandungan
ToggleBersedekah antara pahala yang mengalir berterusan selepas kematian. Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam sememangnya akan mendapat ganjaran pahala yang besar.
Sedekah ialah pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar semata-mata kerana mendekatkan diri kepada Allah.
Hukum bersedekah itu adalah sunat. Ketika melakukan amalan bersedekah, kita perlulah ikhlas kerana Allah bukan disebabkan sesuatu seperti kerana nama atau asal bersedekah sahaja.
Supaya perbuatan bersedekah itu tidak menjadi sia-sia dan sentiasa ‘mengalir’ ada sedekah-sedekah yang boleh dijadikan saham akhirat.
Artikel Berkaitan:
‘Nak Sedekah, Jangan Bagi Saki-Baki.’ Dapat Gaji Terus Sedekah, Jangan Guna Dulu
Bersedekah Antara Pahala
Secara umumnya, amal jariah adalah cara untuk mendapatkan pahala yang berterusan dan pahala itu umpama sungai yang terus mengalir airnya tanpa henti yang mana air adalah sumber yang amat diperlukan oleh setiap orang di dunia ini. Ini dibuktikan dengan hadis yang amat terkenal dari Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga jenis perbuatan iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim).
Yang Mengalir Berterusan
Berikut perkongsian Najmi Farisham tentang bagaimana untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berterusan melalui bersedekah.
Ada seseorang hantarkan nasihat ini di grup WhatsApp kami. Jadi aku terjemahkan ke bahasa Melayu mengikut kesesuaian masyarakat kita.
Selepas Kematian
Katanya ada ENAM cara untuk memastikan pahala sentiasa mengalir masuk walaupun setelah kita meninggal dunia nanti:
1. Wakafkan mushaf al-Quran di mana-mana surau, masjid, sekolah tahfiz dan agama.
2. Dermakan kerusi roda untuk kegunaan di rumah kebajikan atau rumah sakit.
3. Ambil bahagian dalam pembinaan masjid walaupun sekadar infak RM10.
4. Sediakan air mineral di tempat awam seperti taman, pantai dan lain-lain kawasan orang berkumpul. Mudah jika mereka dahaga, dapat melegakan kering tekak.
Di Arab Saudi, mereka mengagihkan air mineral ketika kereta berhenti di lampu isyarat. Letakkan di depan pintu masjid, kedai-kedai dan juga di jalanan.
5. Tanam pokok untuk kemudahan orang ramai mengambil manfaat daripadanya seperti berteduh dan memetik buah. Bahkan haiwan pun dapat merasa tempiasnya juga dengan membuat sarang di atasnya.
6. Anak yang soleh. Mereka atau ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang diberikan didikan yang baik dan berpengetahuan agama yang sering membuat kebaikan di dunia serta memperbanyakkan ibadat dan ibadah, yang sering beristighfar dan juga sering mendoakan kebaikan untuk kedua-dua ibu bapanya.
Dan yang paling senang lagi adalah, kongsi dan sebarkan kepada rakan kalian semua. Mereka baca dan amalkan hasil perkongsian kita. Mudah-mudahan dikira sebagai amalan baik oleh Tuhan yang Maha Berkuasa.
Kebaikan Bersedekah
Sebenarnya dengan bersedekah dapat membantu diri kita setelah kita meninggal dunia iaitu di alam kubur yang mana kita terhindar daripada panasnya keadaan kubur malah terasa lapang dan diberikan keistimewaan kerana berkatnya bersedekah ketika hidup di dunia.
Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya ; “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan haba panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya oranng mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya.” (Hadis Riwayat Al-Tabrani)
Walau bagaimanapun, harus diingat setiap sedekah yang ingin kita berikan haruslah dengan penuh keikhlasan bukannya atas sebab untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau mempunyai sebab-sebab tertentu. Jika tiada keikhlasan pastinya setiap sedekah anda itu hanyalah sia-sia malah mendapat dosa.
Islam menegah umatnya yang mempunyai sifat kedekut atau bakhil, terlalu mencintai nikmat dunia sehingga alpa asal usul dan juga tidak prihatin terhadap golongan-golongan yang memerlukan bantuan daripada kita. Jika anda salah seorang daripadanya, buangkanlah sifat-sifat yang tidak baik ini dengan segera kerana semuanya masih belum terlambat.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Tidak kiralah kita miskin atau kaya, bersedekahlah ikut kemampuan. Bersedekah tidak hanya wang ringgit.
Sumber: Najmi Farisham, ilmualam.com
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Simpan Kemas Aib Diri. Hentikan Posting Luahan Hati Di Sosial Media Pasca Perceraian”-Kaunselor

Isi Kandungan
ToggleMengapa jika ada masalah, seperti perceraian, posting luahan hati di sosial media menjadi pilihan? Lihat sahaja di facebook, twitter,blog dan aplikasi digital hari ini ada sahaja coretan luahan hati tanpa memikirkan kesannya kelak.
Bagi pemilik akaun, itu adalah hak dia untuk bersuara atau melepaskan apa yang terbuku di hati dan termasuklah perihal kepincangan rumahtangga.
Hal perceraian adalah sesuatu yang sangat peribadi dan ia melibatkan aib diri, keluarga malah pihak ketiga jika ada. Seboleh mungkin ia disimpan kemas dan hanya keluarga dan sahabat terdekat sahaja yang tahu. Tidak perlu hebohkan satu dunia tentang nasib diri.
Artikel berkaitan: “Selepas Perceraian Kami Berpura Bahagia, Tapi Naluri Anak Dapat Hidu Semuanya”-Ibu Tunggal
Artikel berkaitan: Jika Perceraian Jalan Terbaik, Lepaskanlah. Jangan Seksa Isteri Gantung Tak Bertali”- Peguam
Ikuti nasihat puan Hajah Safura Hj. Ahmad Sharkawi, Ketua Penolong Pengarah, Unit Kaunseling, Jabatan Agama Islam Serawak khas buat pasangan yang telah bercerai, hasil daripada pengamatan beliau.
Bagi yang sudah bercerai, saya sarankan sebaik baiknya elakkan posting yang berbentuk refleksi atau pengeluahan perasaan kepada umum buat beberapa ketika yang mungkin agak lama. Ia adalah atas beberapa sebab:
Perceraian sepatutnya umpama gencatan senjata.
Ia menamatkan pertingkahan, pertengkaran yang merosakkan emosi diri sendiri dan juga orang-orang penting yang berada di sekitar perkahwinan itu.
Posting berunsur refleksi terbuka untuk tanggapan yang subjektif. Ia boleh memanjangkan lagi perbalahan, persengketaan, menyukarkan interaksi neutral yang masih perlu di masa hadapan seperti urusan anak-anak, ziarah menziarahi keluarga mentua dan sebagainya.
Pengeluahan itu membuka ruang kepada pelbagai interpretasi umum.
Bagi mereka yang berada dalam circle anda, mereka akan membuat interpretasi yang menjurus kepada perkara sekitar isu rumahtangga anda.
Ia boleh jadi datang dalam bentuk sokongan, tohmahan, kejian, umpatan dan lain-lain yang lebih banyak mudarat dan tidak membantu anda pulih daripada trauma mahupun kelukaan.
Interpretasi adalah subjektif.
Anda mungkin maksudkan lain tapi anda tak boleh jangka dan menahan orang mentafsir dengan fahaman dan sudut pandang berbeza.
Lebih lagi bila anda membuat posting umum di media sosial. Jika 5000 orang membacanya, setiap seorang boleh membuat interpretasi yang tidak sama bergantung di posisi mana mereka berada.
Apabila mereka komen, komen mereka pula diinterpretasi oleh 4999 orang lain yang juga dari sudut berbeza.
Memecah belahkan circle yang anda kongsikan selama perkahwinan.
Anda berkongsi keluarga, berkongsi kawan-kawan, berkongsi saudara mara, berkongsi kawan facebook, berkongsi kelab atau persatuan, berkongsi followers, berkongsi rakan pejabat, berkongsi kejiranan, berkongsi kawan-kawan anak dan juga ibubapa kepada anak-anak, berkongsi rakan jemaah masjid surau dan sebagainya.
Apabila anda membuat posting yang hiba sayu atau berbentuk amarah yang menjurus kepada isu sekitar perkahwinan dan perceraian anda, ia akan mendorong kepada terpecahnya circle yang anda kongsi tadi.
Puak A menyokong anda, puak B menyokong bekas pasangan anda sedangkan puak A dan puak B mungkin adalah kalangan rakan rapat anda suami isteri sebelum ini.
Senario di circle perkahwinan anda akan jadi begini:
- Mereka simpati pada anda dan marah pada bekas pasangan anda- sedangkan mereka ahli keluarga anda dan dia.
- Mereka simpati pada pasangan anda dan marah kepada anda, sedangkan mereka ibubapa kepada kawan anak anak anda.
- Mereka mengkritik perkahwinan anda dan buruknya sifat perangai anda sepanjang berada dalam perkahwinan sedangkan mereka adalah ipar duai anda.
- Komuniti ini yang anda berada dan tinggal di dalamnya tidak berhenti berkata dan membuat interpretasi selagi ada bahan di depan mata. Bahan itu adalah posting umum anda.
Jadi, apa yang perlu dilakukan?
- Hentikan semua ini. Jika anda seorang yang ekspresif dan perlu mengeluarkan apa isi hati agar ia tidak berlegar legar dalam kepala, anda boleh buat catatan di facebook yang anda assignedkan ‘only me’.
- Anda juga boleh catatkan dalam jurnal, tulisan dan mungkin juga boleh buat voice record.
- Sebaiknya jika anda mahu memenuhi wall anda sekalipun sebagai hiburan hati, post saja tentang makanan, kucing, tumbuh-tumbuhan, PKP, Covid19, Puteri Hang Li Po dan sebagainya. Tak ada orang dapat kaitkan Puteri Hang Li Po dengan kisah anda.
Anda tenang, bekas pasangan tenang, keluarga tenang, circle anda pun tenang. Nak move on pun senang. Tak mahulah jadi seperti kata pepatah: “Rumah siap, pahat masih berbunyi”. Lontarkan luahan hati itu eksklusif untuk tatapan sendiri sahaja.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI