Bagi yang perasan, dalam dua tiga hari ini, warna biru digunakan dalam carta statistik jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan di negara ini oleh pihak Kementerian Kesihatan. Malah setakat semalam, jumlah mereka yang positif mencecah lebih 21,000 dengan lebih 1.3 juta secara keseluruhan. Malah semalam turut dilaporkan 93 kematian melibatkan Brough In Dead (BID) yang bermaksud kematian secara tiba-tiba sama ada di rumah dan sebagainya menjadikan ia jumlah paling tinggi pernah dicatatkan dalam negara.
Di sebalik penggunaan warna biru, pada sebahagian kita ia mungkin hanya warna sahaja tetapi istilah Code Blue ini sebenarnya menggambarkan situasi “cemas / kritikal” bagi petugas di hospital. Ini kerana biasanya apabila “code blue”dilaungkan di hospital, ia menandakan ada berlaku kes kecemasan yang memerlukan para doktor dan lain-lain petugas bergegas ke tempat tersebut dengan sepantas mungkin.
Memandangkan kes sudah mencecah angka lebih 21,000 dalam sehari selain berlaku jangitan Covid-19 melibatkan jumlah yang besar melibatkan varian delta, ia seharusnya dibimbangi oleh orang ramai untuk sentiasa kekal di rumah dan sentiasa membersihkan tangan seperti diajar sebelum ini.
Namun masa yang sama, sebagai umat Islam, kita digalakkan berdoa kepada Allah SWT agar dijauhi dari penyakit Covid-19 ini yang sedang mengganas kala ini.
Bacalah doa ini untuk mengelak dari dijangkiti Covid-19.
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)