Manusia tidak akan terlepas dari ujian. Ia satu bentuk menaikkan darjat manusia di mata Allah. Ujian juga sebagai “satu peringatan” dari Allah untuk mengajak hambanya kembali pada Sang Pencipta. Walau Allah menurunkan ujian, masa yang sama Allah memberi jalan kepada setiap masalah tersebut.
Dalam surah Al Anbiya ayat 87-88, kita disarankan untuk memperbanyak doa dan bertaubat kepada Allah saat sedang tertimpa musibah agar Allah memperkenankan semua doa-doa kita.
Dibaca dalam rumi surah Al-Anbiya ayat 87:
Wadzaannuuni idz dzahaba mughaadhiban fazhanna an lan naqdira ‘alaihi fanaada fiizh-zhulumaati an laa ilaha ilaa anta subhaanaka innii kuntu minazh-zhaalimiin(a)
Ertinya: Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahwa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap, “Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim.”
Sementara Al Anbiya ayat 88:
Faastajabnaa lahu wanajjainaahu minal ghammi wakadzalika nunjiil mu’miniin(a) Ertinya: Maka Kami kabulkan (doa)nya dan Kami selamatkan dia dari kedukaan. Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.
Dalam surah tersebut, dikisahkan bahawa Nabi Yunus telah pergi meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah kerana kaumnya tidak mahu mengikut perintah Allah. Sedangkan ketika itu, Allah tidak memerintahkan Nabi Yunus untuk pergi meninggalkan kaumnya.
Kesan tindakannya itu, Allah memberikan “pengajaran” kepada Nabi Yunus yang ditelan hidup-hidup oleh ikan paus atau Zun Nun.
Dalam keadaan kegelapan, kesushan, kesempitan di dalam perut ikan paus, Nabi Yunus bertaubat dan mengakui kezalimannya meninggalkan kaumnya. Nabi Yunus kemudian berdoa kepada Allah:-
Tidak ada sesiapa yang berhak disembah melainkan Allah, Maha Suci Allah. Maha Suci Allah. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berbuat kezaliman”.
Ads
Kemudian, Allah pun menyelamatkannya dari musibah tersebut. Itulah mukjizat dari doa ketika sedang mengalami musibah. Selalulah ingat bahawa dalam satu kesulitan, Allah menghadirkan ribuan kemudahan untuk umatnya yang sedang diuji.
Selain doa dibaca Nabi Yunus itu, surah Al Mukminun ayat 97-98 juga boleh dijadikan doa saat diuji.
Wa qur rabbi a’uzu bika min hamazaatisy-syayaatiin Ertinya: Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.”
Wa a’uzu bika rabbi ay yahdurun Ertinya: “Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.”
Sentiasalah berdoa saat kita diuji dengan kesakitan dan kesusahan
Doa saat dilanda musibah agar diganti dengan lebih baik
Inna lillahi wa inna ilahi raji‘un. Allahumma ‘indaka ahtasibu mushibati, fa’ajirni fiha, wa abdilni biha khoiram minha. Ertinya: ” Kami milik Allah dan akan kembali kepada-Nya. Ya Allah, aku gantungkan (pahala) musibahku. Berikanlah aku pahala dan gantikan dengan nikmat yang lebih baik sebab musibah itu.”
Doa agar sabar saat menerima musibah
Allahumma radldlini bi qadlaika wa shobbirni ‘ala balaika wa awzi’ni syukra ni’amaika. Ertinya: ” Ya Allah, jadikan aku redha dalam menerima qada (ketentuan)-Mu, dan jadikan aku sabar dalam menerima bala dari-Mu, dan tunjukilah diriku untuk mensyukuri semua nikmat-nikmat-Mu.”
Ads
Doa untuk orang lain yang ditimpa musibah
An Ibni umaro qoola qoola rosulullahi shollallahu alaihi wasallama man fajiahu shoo hibubalaa im faqoo lalhamdulillahilladzi aafaa nii mimmaabtalaa kabihi wafadndolanii ala kasiirin mimman kholaqo tafndiilan uufiya min ndalikal balaa ikaa inanmaa kaana
Ertinya: Dari Ibnu Umar dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa dikejutkan oleh orang yang tertimpa musibah, kemudian dia mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkanku dari musibah yang menimpamu, dan memberi kelebihan kepadaku atas semua yang di ciptakan-Nya dengan kelebihan yang sempurna.” Maka dia akan diselamatkan dari musibah itu bagaimanapun juga.” (Hadis Sunan Ibnu Majah No. 3882)
Demikian bacaan beberapa doa saat tertimpa musibah yang dapat perlu kita amalkan termasuk saat negara diuji dengan pandemic yang telah meragut banyak nyawa orang tersayang. Sumber : Lolita Valda Claudia (Suara.com)
Ads
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Setiap manusia berhak bahagia, Allah izinkan perceraian untuk beri peluang yang lebih baik buat hamba-Nya. Memang tidak dinafikan rumah tangga ini tak selamanya bahagia dan setiap daripada kita miliki pilihan.
Sama ada memilih untuk setia biarpun diperlakukan yang tidak-tidak oleh pasangan atau hendak move on mencari peluang yang lebih baik.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali dan hadam baik-baik pesanannya:
Soalan klien saya, seorang isteri pertama yang dimadukan secara rahsia awal tahun ini. Ketika hanya dia sahaja sebagai isteri pun, suami sudah gagal laksanakan tanggungjawab dan selepas ada yang kedua, suami janji hendak berubah tapi janji hanya tinggal janji.
“Berdosakah mohon cerai kerana suami tak mampu dalam poligami?”
Allah Izinkan Perceraian
Saya kongsikan jawapan buat anda dengan isu serupa:
Perkahwinan adalah amanah, bukan saja kepada pasangan tetapi kepada Allah Maha Kuasa. Tika anda bersetuju untuk menerima seseorang sebagai teman hidup, anda sebenarnya telah berjanji dengan Allah untuk membahagiakannya.
Untuk Beri Peluang
Fitrah manusia tidak akan sunyi daripada melakukan kesilapan. Bila pasangan tersilap, tugas anda untuk membetulkannya. Kekurangannya untuk ditampung dan diatasi bersama kelebihan kita. Sama juga, kekurangan kita perlukan dia untuk menampungnya.
Jika kekurangan yang boleh diperbetulkan tersebut secara sengaja enggan dibetulkan, nyatalah hikmah perkahwinan yang ditetapkan bukan saja oleh agama Islam malah agama-agama lain iaitu untuk kebahagiaan bersama suami isteri, tidak berjaya diperolehi lagi.
Yang Lebih Baik
Lantas, jalan terakhir yang boleh dipilih ialah keluar daripada perkahwinan iaitu cerai.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
“Mana-mana perempuan yang memohon cerai tanpa sebab yang munasabah, dia tidak akan mencium bau syurga.” – Hadis riwayat Abu Daud.
Allah SWT tidak sukakan perceraian tetapi DIA halalkan sebab DIA tahu, makhluknya yang bernama manusia ini feelnya tak serupa; ada yang baik malah ramai juga sebaliknya.
Buat Hamba-Nya
Merujuk kes ini, si isteri telah dianiayai sejak awal, sejak suami belum berkahwin lain lagi. Ironiknya wanita berstatus isteri, akan kekal bertahan selagi dia tidak dicurangi.
Hikmah suami curang pula sebenarnya adalah untuk wanita yang butakan mata sendiri dengan cinta suami ini agar sedar betapa suami tak sayangkan dia sangat pun sebaliknya dipergunakan. Kalau sayang, kebajikan anda akan dijaga sebaiknya bukan?
Setiap manusia berhak untuk bahagia dan DIA izinkan perceraian bagi berikan peluang untuk setiap makhluknya bahagia dengan pilihan yang lebih baik.
Paling penting, sentiasa dapatkan bantuan-Nya dalam membuat keputusan agar hidup sentiasa dalam reda-Nya! Tak guna bertahan sedangkan anda dan pasangan sedang menambah dosa kepada-Nya, nauzubillah!
Bacalah doa ini di kala menjelang subuh agar Allah permudahkan kita beribadah. Setelah selesai tunaikan solat tahajud dan mahu menanti azan subuh, sudah tentu kita akan bertasbih, berzikir, tahmid, bermunajat dan tidak lupa berdoa.
Doa yang dipohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan kehidupan harian dan memohon pertolongan agar sentiasa sihat dan kuat untuk beribadah kepadaNya.
Dalam kitab Al-Riqqoh wa Al-Buka’, Ibnu Abi Al-Dunya menyebutkan bahawa di antara munajat dan doa para salafus soleh saat menjelang terbit fajar agar mereka selalu mendapat kemudahan dan pertolongan untuk senantiasa senang beribadah kepada Allah adalah sebagai berikut;
Mawlaaya, ‘abduka yuhibbul ittishoola bithoo’atika fa a’inhu ‘alaiha bi taufiiqika ayyuhal mannan. Mawlaaya, ‘abduka yuhibbu ijtinaaba sakhothika fa a’inhu ‘alaa dzaalika bi mannika ‘alaihi ayyuhal mannaan. Mawlaaya, ‘abduka ‘azhiimur rojaa-i li khoirika falaa taqthoo’ rojaa-ahuu yawma yafrohul faa-izuun.
Wahai Tuhanku, hambaMu senang menyatu dengan taat kepadaMu, maka bantulah dia dengan pertolonganMu, wahai zat Pemberi Nikmat. Wahai Tuhanku, hambaMu senang menjauhi murkaMu, maka bantulah dia atas itu dengan anugerahMu padanya, wahai zat Pemberi Nikmat. Wahai Tuhanku, hambaMu sangat mengharap kebaikanMu, maka jangan putus harapannya pada hari di mana orang-orang beruntung mendapat kebahagiaan.
Kashoorga: Amalan berdoa merupakan salah satu cara kita mendekatkan diri dengan Tuhan. Memohon pertolongan melalui doa boleh sahaja dilakukan ketika di atas sejadah usai solat fardhu dan sunat atau walau di mana kita berada dan bila-bila masa sekalipun.
Bangunlah untuk bersolat tahajud kemudian berdoa lah merendahkan diri kepada Allah. kita memohon apa sahaja yang diinginkan atau diharapkan.
Malaikat yang turut sama bertahajud akan mengangkat doa-doa kita agar diterima Allah SWT. InsyaAllah agar segalanya dimakbulkanNya.
Dalam kes kematian yang meningkat, ramai juga membabitkan dari golongan jemaah tabligh yang sebelum itu menyetai ijtimak di Masjid Seri Petaling Februari lalu.
Sejak itu ramai menunding jari menyalahkan golongan ini tanpa mengetahui kisah sebenarnya.
Namun sebenarnya golongan jemaah tabligh ini tidak seburuk yang disangka. Malah mereka memang ikhlas dalam menyampaikan dakwah mengikut sunnah Rasulullah.
Dalam satu posting di laman sosial Instagram berkongsi satu posting pengalaman jururawat yang bertugas menjaga jemaah ini.
Ternyata perkongsian ini sebenarnya menyedarkan warganet untuk melihat sendiri hikmah yang cuba disampaikan di sebalik ujian maha hebat dari Allah ini.
Menurut jururawat berkenaan, wad pengasingan membabitkan jemaah ini sentiasa bergema dengan bacaan suci ayat Al-Quran, zikrullah dan tidak pernah lalai menjaga solat berjemaah dan solat sunat.
Biarpun kebanyakan pesakit jemaah sudah berusia, namun mereka sesekali tidak menyusahkan kakitangan hospital.
Malah menurut frontliner ini lagi, situasi dalam wad juga cukup menyenangkan. Kesemuanya berjubah, berserban dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir.
Dengan pertuturan yang lembut dan sentiasa bertanya andai perlukan pertolongan mengubat keletihan mental dan emosi petugas di situ.
Tambahnya lagi, tingkah laku dan amalan ditunjukkan oleh jemaah ini cukup terkesan di hati kerana majoriti mereka terlalu baik.
Menurut pemilik Instagram, Azuan Mazlan Allah sebenarnya mahu beri kita ujian supaya masyarakat hari ini belajar balik cara kehidupan Rasulullah SAW.
Tambahnya kehidupan Islam kita banyak dipengaruhi adat orang Melayu (nenek moyang) kita berbanding cara kehidupan Islam yang diajar oleh Rasulullah.
Dan katanya lagi inilah masanya belajar cara akhlak Rasulullah dan Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan.
“Luahan Nurse2 yang menjaga jemaah tabligh.. Allah bagi ujian pada kita supaya Masyarakat dan kita semua belajar balik cara kehidupan Rasulullah saw.
Hari ini sebenarnya kehidupan Islam kita banyak di pengaruhi dgn adat orang melayu (datuk nenek moyang) kita berbanding cara kehidupan Islam yg di ajarkan oleh Rasulullah saw.
Inilah masanya belajar cara akhlak Rasulullah saw dan Sunnah Nabi saw dalam kehidupan”
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...