“Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar.” (QS. Al Baqarah: 255) (Dibaca 1 x).
Kelebihan membaca ayat kursi ini ialah sesiapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang.
Selepas itu boleh memulakan baca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas.
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah ilah yang bergantung kepada-Nya segala urusan. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.” (QS. Al Ikhlas: 1-4) (Dibaca 3 x)
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb yang menguasai Shubuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan-kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”. (QS. Al Falaq: 1-5) (Dibaca 3 x)
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.” (QS. An Naas: 1-6) (Dibaca 3 x)
Siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya.
Masa yang sama, di saat matahari hampir terbenam, kita disarankan membaca doa ini.
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.”
“Barangsiapa mengucapkan ketika matahari terbenam; ‘A’uzu bikalimatillahit tammati min syarri ma kholaqa (Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk, maka insya Allah pada waktu malam, dirinya akan selamat.
Doa ini bersumber dari hadis riwayat Imam Thabrani dari Abu Hurairah, dia berkata bahwa Nabi saw bersabda;
Soal rezeki, ajal maut itu semuanya terletak di tangan Allah. Kita tidak tahu rezeki banyak mana Tuhan akan beri dan bila nyawa akan dijemput.
Kadang-kadang kita lihat sehari sebelum, si dia kelihatan sihat tetapi pagi ini dengar dirinya pula sudah di jemput Ilahi.
Dan hari ini kita dikejutkan dengan pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia awal pagi ini.
Menurut laporan Astro Awani, Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak.
Menurut isteri arwah, Nor Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Siti Norhidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
Dalam pada itu rakan karib dan juga anggota kumpulan Bocey, Fad Bocey turut terkejut menerima berita kehilangan temannya itu.
Dia yang sedang bercuti di Jepun bersama keluarga tidak dapat menahan sebak dan menangis apabila mendapat tahu berita itu.
Dalam kapsyen di laman Instagramnya, Fad menulis kenapa abam pergi dulu sebelum dirinya.
Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam?kenape tak tunggu aku,aku jauh ni,aku nk peluk cium kauuuuuuuuu
Sebaik muat naik perkongsian ini, ramai warganet yang terkejut dengan berita kehilangan pelawak berbakat ini.
Masing-masing mengucapkan takziah dan mendoakan roh Abam ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Siapa tidak mengenali pelakon berbakat Datuk Farid Kamil. Umum mengetahui beliau sebelum ini dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan menampar seorang anggota polis dan seorang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Walaupun hukuman ini dianggap berat tetapi sebenarnya banyak memberi pengajaran berguna kepada pelakon ini.
Menurutnya dalam artikel di Berita Harian Farid Kamil memberitahu lebih dua bulan dipenjara dia mengakui masanya banyak dihabiskan dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Bukan itu sahaja, malah beliau juga turut selesai khatam Al-Quran dalam tempoh sebulan. Penerbit dan pengarah ini juga turut memberitahu banyak terbabit dalam aktiviti kerohanian yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Farid juga bersyukur kerana kehadirannya dalam sana diterima baik.
“Berada di dalam penjara adalah satu pengalaman yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Saya belajar menilai diri sendiri. Lebih membuatkan saya terharu adalah cara orang di sana menerima kehadiran saya.
“Saya juga melakukan perkara yang jarang saya buat ketika di luar iaitu bangun tengah malam untuk menunaikan solat Tahajud. Saya juga mengaji al-Quran hingga khatam dalam tempoh sebulan.
“Saya tak rasa apabila kita berada di luar dunia luar, kita mampu melakukan perkara seperti itu,” katanya selepas ditemui di majlis pelancaran Sifu International Enduro Championship 2020 dan treler Remp-it 2.
Walaupun peristiwa itu memberi kesan pada jiwanya, namun beliau melihatnya dari sudut yang positif.
“Saya mengaku hukuman dilalui menerbitkan sedih, terkilan dan rasa ‘terbang’ jauh. Namun, saya mengaku ini adalah cara Tuhan menunjukkan sesuatu kepada saya.
“Saya kena lalui detik mencemaskan sebelum Tuhan memberikan sesuatu yang lebih baik. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi,” katanya lagi yang turut mendapat sokongan penuh dari keluarga di atas apa yang berlaku.
KASHOORGA: Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga Farid Kamil tabah menerima dugaan ini dan terus istiqamah dengan apa yang telah ditakdirkan kepadanya.
Dikurniakan anak dengan dua atau tiga pusar di kepala seharusnya tidak dilihat sebagai satu bala. Berlegar nitos atau kepercayaan karut di kalangan ibu bapa, anak-anak yang mempunyai lebih daripada satu pusar di kepala diyakini akan membesar menjadi anak yang nakal, degil dan sukar diatur.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mempercayai anak ini menjadi rebutan dua roh yang ingin menguasai badan anak tersebut. Dan menambahkan lagi kegelisahan, ada juga yang percaya, anak-anak ini apabila dewasa akan berkahwin lebih daripada satu.
Mitos seperti ini sebenarnya tidak menyumbang kepada perkembangan positif baik kepada anak itu atau ibu bapa yang tertekan dengan kepercayaan yang diperturunkan dari zaman moyang kita lagi.
Menurut Doktor Abdul Rahim dari Klinik Abdul Rahim, Bayan lepas Pulau Pinang, kejadian ini sebenarnya bukanlah perkara pelik dalam dunia perubatan.
“Pusar rambut di kepala adalah sejenis rambut yang tumbuh mengikut pattern arah jam atau lawan arah jam membulat dengan titik pusat kelihatan di tengah-tengahnya.
“Pusar ini terjadi kepada manusia atau haiwan yang berbulu; di atas badan dan di kepala sejak dalam kandungan ibu lagi. Mempunya pusar rambut satu, dua atau lebih mengikut genetik. Dan tiada kaitan langsung menentukan tabiat atau perangai anak,” jelasnya.
Manakala dari sudut pandang Islam, tidak sepatutnya sebarang mitos timbul dalam perkara ini.
Semua ibu bapa harus tahu dan faham bahawa Islam adalah agama sempurna, ilmiah yang dibangunkan di atas bukti dan dalil-dalil; samada dari ayat suci al-Quran atau pun sunnah nabi SAW atau boleh juga diterima secara penemuan hasil kajian saintifik oleh pakar yang boleh menjelaskan perkara ini.
Kita sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran, perlu berpegang dan mengamalkan dua perkara ini sahaja bagi menjawab apa sahaja persoalan tentang kehidupan:
Dalil Al Quran atau hadis yang menunjukkan hal tersebut
Bukti material yang jelas sebab dan akibatnya dan boleh diuji.
Kalau tidak ada satu dari keduanya, maka itulah yang dikenal dengan khurafat (cerita bohong tanpa bukti) atau Tathoyur (menganggap sial kerana sesuatu) dan yang sejenisnya.
Maka jelas di sini dari penjelasan seorang doktor dan juga dari sudut pandang agama, mempercayai mitos tentang pusar di kepala ini adalah sesuatu yang tidak benar; bercanggah dari ajaran Islam. Mempercayainya akan jatuh khurafat yang boleh membawa kepada syirik.
Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Berikut adalah di antaranya yang mana terdapat dalam hadis sahih.Perkara...