Sekarang ini ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian. Sebahagian dari kita suka memandu sebelah malam. Selain cuaca tidak panas, ia untuk mengelak kesesakan di jalan raya.
Dalam perjalanan ke kampung, kita akan menempuh jalan-jalan agak sunyi dan disyaki lokasi kemalangan yang biasanya pernah meragut banyak nyawa. Kata orang kawasan lintasan makhluk halus yang membuatkan bulu roma tegak tiba-tiba.
Bukan saja di jalan raya, banyak juga rumah-rumah tinggal selain bangunan lama yang menyimpan 1001 cerita misteri di mana banyak misteri di dalamnya.
Agar dilindungi dari bahaya dan gangguan makhluk halus, ada baiknya kita membaca doa ini ketika melalui lokasi seram atau melintasi kawasan-kawasan sunyi ini.
Membaca Doa Perlindungan
Dari Khaulah binti Hakim As-Sulamiyyah berkata bahawa ia pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang singgah di suatu tempat lantas ia mengucapkan “A’udzu bi Kalimaatillahit Taammaati min syarri maa Kholaq” (Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya), maka tidak ada sama sekali yang dapat memudharatkannya sampai ia berpindah dari tempat tersebut.” (HR Muslim)
Ya ardha Rabbi wa Rabbukallahu a’udzu Billaahi min Syarrika wa min Syari ma fika wa syarri ma Khuliqa fika wa syarri ma Yadubbu ‘alaika a’udzu bika min Asadin wa Aswada minal hayyati wal ‘qrabi wa min Sakinil Baladi wa min walidin wa ma Walad.
Ertinya: Wahai bumi, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah. Aku berlindung kepada Allah dari keburukanmu, dari keburukan yang terdapat padamu, dari keburukan segala sesuatu yang diciptakan padamu, dari keburukan makhluk yang merayap padamu, dan aku berlindung kepadamu dari kebuasan singa, ular hitam, kala jengking, dari penduduk negeri dan dari kalangan makhluk manusia dan jin dan keturunannya.” (HR Abu Daud, an-Nasa’i dan Imam Hakim)
Ads
Doa Nabi Ketika Mengusir Jin Ifrit
Doa ini diajarkan secara terus oleh Malaikat Jibril kepada Baginda Nabi Muhammad SAW pada kejadian Isra’ Mikraj. Ketika itu Nabi diganggu oleh Jin Ifrit dengan membawa api. Lalu Jibril berkata, bacalah:
A’udzu biwajhillahil Kariimi wa bikalimaatillahit Tammaat Allatii Laa yujaawizu Hunna barru wa Laa Faajirun min syarri Ma yanzilu minassamaai wa min syarri ma ya’ruju fiiha wa minsyarri ma dzaro fil ardhi wa min syarri ma yakhruju minha wa min fitanil laili wannahari wa min thowaariqil laili wannahaari illa thoriqon yathruqu bikhoirin Ya Rohman.
Ertinya: Aku berlindung dengan kemuliaan Allah Yang Maha Pengasih dan dengan firman-firman Allah yang sempurna yang tidak boleh ditembus oleh orang baik mahupun orang jahat, dari keburukan yang turun dari langit, dan dari keburukan yang naik ke langit, dan dari keburukan makhluk yang ada di bumi, dan dari keburukan yang keluar dari bumi, dan dari fitnah siang dan malam, dan dari kejadian yang datang tiba-tiba di siang dan malam, kecuali sesuatu kejadian yang datang membawa kebaikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Sumber : Kalam Sindownews
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kematian itu menjemput kita tidak kira masa sama ada cepat atau lambat. Kalau memang Dia sudah mengkehendakinya, siapalah kita hambaNya yang mahu menolak ketentuan Illahi.
Seperti perkongsian di laman twitter apabila seorang remaja lelaki, Ilyas Munzir Isahak yang meninggal dunia akibat kemalangan sebaik setelah menunaikan solat Subuh di Masjid Pangkalan Balak, Masjid Tanah Melaka Ahad lalu.
Ternyata pemergian remaja yang baru berusia 17 tahun ini amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga serta rakan-rakannya. Mereka turut muat naik ucapan takziah di laman sosial kepada arwah.
Masing-masing meluahkan rasa rindu terhadap kehadiran Allah dan rata-rata teman-temannya mengakui arwah seorang insan yang baik budi pekertinya.
Kematian yang menghidupkan haji yang lama mati.
Kemalangan sebab langgar tiang lampu. Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Pemergian teramat mulia.
Serah rindu pada Allah.
Rehatlah dengan segala permainan dunia.
Moga tenang di sana & tunggu di syurga.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar.
Ketika hayatnya, arwah juga merupakan ahli kelab remaja Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Alor Gajah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Alam perkahwinan adalah satu fasa di mana kita mencurahkan sepenuh kepercayaan kepada bakal suami yang layak untuk membimbing kita hingga ke jannah.
Justeru kalau boleh janganlah sampai tersalah pilih kerana boleh menyebabkan mahligai dibina berantakan sebelum sempat mengecap bahagia.
Untuk elak menjadi wanita yang malang, kita berhak membuat pilihan dan pastikan calon Imam memenuhi kriteria diimpikan.
Paling tidak bakal suami kita itu adalah mereka yang mempunyai budi pekerti baik serta menjaga solatnya.
Seperti peringatan lelaki ini di laman sosial Facebook, Encik Matt yang memberitahu sebelum wanita itu berkahwin kena pastikan beberapa perkara terlebih dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari nanti.
Sebelum kahwin ini Biasanya akan dijanjikan oleh lelaki yang membuatkan semua wanita percaya:
Akan jadi suami BERTANGGUNGJAWAB.
Akan jadi suami PRIHATIN.
Akan jadi suami PENYAYANG.
Akan jadi suami MITHALI.
Betul?
Namun sebaliknya SESETENGAH isteri dapat. Semua di atas itu hilang setelah kahwin bertahun-tahun.
Mula jadi suami yang PEMARAH.
Mula jadi suami yang abaikan banyak perkara.
Mula jadi suami kaki lepak waktu malam.
Mula jadi suami ikut perangai lama.
Mula jadi suami kaki pukul, kaki maki hamun.
Pesan saya kepada anak gadis. Jika mahu lihat bakal suami kamu itu baik. Bukan janji-janji dia, tapi Lihatlah waktu malam dia dimana, 5 waktu dia dimana, selepas magrib apa dia buat. Tanya dia satu tahun berapa kali dapat khatam Al-Quran.
“Jangan jadi wanita yang malang”
-EncikMatt- #LelakiBurQk
KREDIT FOTO: INSTAGRAM (UNTUK TOP IMAGE – SEKADAR HIASAN)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap hari kita ada 24 jam dan dari 24 jam itu biasanya sekurang-kurangnya 6 jam akan dihabiskan untuk tidur. Setelah penat bekerja seharian, mesti badan pun perlukan rehat.
Tapi tahukah anda bahawa anda boleh dapat pahala ketika tidur?
Caranya mudah saja, iaitu dengan berwuduk!
Tanpa wuduk, anda hanya akan baring dan tidur mengikut rutin harian anda. Walau bagaimanapun apabila anda berwuduk sebelum baring untuk tidur, in shaa Allah anda akan mendapat pahala dengan sangat mudah.
Rasulullah SAW bersabda;
“Bersihkanlah badan-badan ini, dan Allah akan menyucikan kamu. Tak ada seorang hamba yang menghabiskan malamnya dalam keadaan suci kecuali malaikat menghabiskan malam itu bersamanya. Dan apabila hamba itu berpusing di waktu malam, malaikat itu berkata: “Ya Allah, ampunkan hambaMu, kerana dia tidur dalam keadaan bersuci.” (HR Tabarani, al-Mu`jam al-Kabir)
Hadis ini merupakan satu peringatan yang mudah tapi berkuasa. Ia menunjukkan bagaimana Allah SWT memberikan kita pelbagai peluang dan cara untuk mendapat pahala dan keampunan.
Ramai di antara kita yang minta orang lain doakan kita di saat kesusahan, tapi sayangnya kita tidak ambil peluang untuk malaikat mendoakan kita setiap malam ketika kita tidur.
Marilah kita hidupkan semula Sunnah yang semakin dilupakan ini. Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian kita dan jadikan masa rehat kita sebagai masa malaikat mendoakan kita dengan izinNya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?