Ibu mana sekalipun, saat mengetahui diri hamil, maka dia akan mula melakukan persiapan rohani dan jasmani untuk menerima kehadiran zuriat yang dinanti.
Bukan sahaja sang ibu, sokongan daripada suami juga sangat baik membantu ibu selesa mengharungi tempoh hamil selama 40 minggu. Dan sudah tentu juga, kita mahukan anak yang bakal lahir nanti sihat dan sempurna tubuh badan selain kelahiran yang mudah dan tiada implikasi lain.
Bagi mengharungi tempoh kehamilan, banyak yang ibu boleh lakukan untuk memastikan kandungan selamat dan semuanya berjalan lancar. Salah satunya ialah dengan kerap membaca al-Quran bagi mendapatkan ketenangan dan kekuatan rohani.
Para ibu hamil amat digalakkan membaca surah Maryam di samping surah-surah lain. Surah yang mengandungi 98 ayat ini menceritakan kisah Maryam (ibu Nabi Isa) yang telah melahirkan puteranya tanpa digauli seorang lelaki.
Surah ini juga mengisahkan semangat kental Maryam yang berjuang melalui fasa-fasa kehamilan berseorangan tanpa bantuan sesiapa pun. Menambah lagi tekanan cemuhan masyarakat sepanjang kehamilan dan selepas kelahiran Nabi Isa a.s.
Semua itu dilalui dengan tabah dan menunjukkan betapa kuat dan teguhnya iman Maryam yang patut kita jadikan contoh meminjam semangat luar biasanya. Hasil bacaan dan penghayatan surah istimewa buat ibu hamil ini, beberapa fadilat dapat dikenal pasti.
Keadaan hormon badan yang tidak stabil sepanjang kehamilan menyebabkan ibu berasa cepat letih, hilamg selera makan,tidak selesa dan emosi tidak stabil.
Apabila membaca surah Maryam ini konsisten dan penuh yakin dengan pertolongan Allah, ibu mampu menjalani fasa mencabar kehamilan dengan lebih tenang kerana ia mampu menstabilkan emosi.
2. Meningkatkan rasa yakin diri
Kisah Maryam yang terpaksa mengharungi tempoh kehamilan seorang diri ditambah pula dengan fitnah dan cemuhan masyarakat sekeliling, bagai satu suntikan padu kepada ibu hamil agar tabah semasa hamil.
Ads
Kisah Maryam akan meningkat keyakinan diri ibu bahawasanya, dia juga mampu mengharungi kesulitan sepanjang kehamilan.
3. Husnuzon dengan perancangan Allah SWT
Ibu-ibu, bersabar lah ya. Sesungguhnya Surah Maryam akan mendidik ibu agar lebih berhusnuzon dengan perancangan Allah. Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang pasti akan bersama ibu mengharungi perasaan bercampur baur sepanjang kehamilan apatah lagi saat kelahiran hampir tiba.
Dalam Surat Maryam diceritakan bahawa sebelum pertolongan Allah, Maryam sempat putus asa sebab rasa sakit selama persalinan.
“Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, Dia berkata: “Aduhai, Alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak bererti, lagi dilupakan. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih hati, Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu”
4. Dimakbulkan doanya
Pastinya kelebihan membaca surah Maryam ini menjadi senjata ampuh buat ibu hamil. Ibu hamil yang rajin membaca surah Maryam akan diangkat doanya oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah. Berdoa lah agar dipermudahkan kelahiran dan agar segalanya dalam keadaan baik-baik sahaja.
5. Memperoleh anak yang berjasa kepada orang tua dan sekelilingnya
Salah satu doa yang terkandung dalam Surat Maryam adalah doa bagi ibu hamil agar anaknya kelak menjadi anak yang berjasa kepada orang tunaya dan masyarakat sekeliling. Bunyi ayat tersebut adalah sebagai berikut:
وَبَرًّا بِوَالِدَيْهِ وَلَمْ يَكُنْ جَبَّارًا عَصِيًّا “Dan seorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi durhaka” (QS. Maryam: 14)
Selepas melalui begitu banyak episod “duka” kerana dianggap melakukan salah laku melanggar Perintah Kawalan Pergerakan yang diguna pakai bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan kebanyakan kesnya masih didengari di mahkamah termasuk masih dalam siasatan, terbaru Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempelawa Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor mengikut misi kemanusiaan di Gaza.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Aktivis Kemanusiaan Mapim, Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery memuat naik status gesaan di dalam Facebooknya untuk Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) menyahut cabaran berkhidmat dalam misi kemanusiaan di ‘ground zero’ selepas ini.
“Ke hadapan Hajah Neelofa, daripada ke penjara, lebih baik ke Gaza,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Ahmad Sani ketika dihubungi berkata, pasangan itu yang kini didesak netizen untuk dikenakan tindakan penjara lebih wajar dihantar berperang khidmat kebaikan di kawasan yang memerlukan seperti Gaza.
Beliau yang juga Ketua Misi Khas WakeUp4Gaza berkata, Neelofa sendiri pernah bekerjasama di belakang tabir bersama Mapim dalam misi kemanusiaan di Syria beberapa tahun lalu.
Selain itu, dia juga terbabit dalam bantuan domestik ketika penularan Covid-19 tahun lepas yang memberikan manfaat kepada ummah dan Islam.
“Sebab itu saya kata, daripada masuk penjara, lebih baik santuni dan selami penderitaan saudara kita di Gaza.
“Saya harap Neelofa dan Haris sahut cabaran dan pelawaan saya untuk berperang khidmat di Gaza,” katanya.
Beliau berkata, pengalaman aktif di 40 negara termasuk yang bergolak dirasakan cukup untuk melatih pelakon itu dan suaminya.
Semalam Neelofa dan suami, Muhammad Haris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Seremban, atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pasangan itu didakwa atas pertuduhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis di Nilai 3, Seremban, Negeri Sembilan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika suami tidak pandai mengaji. tidak ada salahnya jika isteri mengajar suami mengaji. Tidak ada soal ‘jatuh air muka’ kalau isteri mengajar suami mengaji malah ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bukankah suami dan isteri itu saling melengkapi.
Selain solat berjemaah dengan pasangan, kita juga dituntut supaya sama-sama mengaji al-Quran. Hal ini membawa kepada hubungan harmoni dalam rumahtangga. Betapa indahnya jika anda berdua dapat mengalunkan kalam Allah ini dengan baik.
Di samping itu, ajarkanlah al-Quran kepada anak-anak. Semaikan semangat cintakan al-Quran dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Jika boleh, biarlah al-Quran sentiasa ada dalam diri mereka. Mudah-mudahan mereka mampu menghafaz al-Quran.
Jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak mengaji al-Quran. Jika tidak mampu mengaji satu juzuk, mengajilah separuh juzuk. Jika tidak mampu, 10 muka surat cukuplah. Jika tidak mampu juga, mengajilah satu muka surat. Jika tidak juga berkemampuan, mengajilah sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran sehari. Begitulah pentingnya al-Quran dalam hidup kita.
Carilah masa. Masa paling sesuai ialah selepas mendirikan solat fardu maghrib. Selepas solat, duduk sebentar di atas sejadah dan bukalah al-Quran. Mengajilah bersama pasangan anda. Anda pasti terasa harmoni dalam hati. Malah suasana kediaman anda juga pasti lebih tenang apabila penghuninya selalu mengaji al-Quran.
Tip mudah mengaji:
1) Jadikan mengaji sebagai amalan setiap hari. Jadi jika tidak mengaji anda akan rasa kekurangan.
2) Beli al-Quran kecil supaya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Misalnya ke destinasi percutian. Jadi tiada alasan untuk tidak mengaji jika berada di luar rumah.
3) Beli al-Quran yang ada terjemahan supaya anda faham maksud ayat yang dibaca.
4) Beli al-Quran yang ada panduan tajwid supaya anda membaca mengikut tajwid yang betul.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Gaji RM1800, 1K bagi isteri.’ Ikut fakta memang tak cukup, alhamdulillah rezeki Allah tak salah alamat. Boleh sara anak, bini hingga ke hujung bulan.
Memang ikut logik tak cukup, tapi bila kita ada perancangan memang segalanya jadi mudah. Selain bergantung pada duit gaji, lakukan bisnes kecil-kecilan yang mampu membantu di saat-saat getir.
Bukan hanya tahu nak meminjam duit orang, buat sesuatu, usahakan agar keperluan anak dan isteri terjaga apatah lagi di saat segala harga barang naik, bukan sesuatu yang mudah.
Bagi pasangan yang baru berkahwin pasti bab kewangan ini sangat menguji dan silap-silap mampu menggangu hubungan suami, isteri.
Ikuti perkongsian Khairol Azry ini dan fahami apa yang dia lakukan untuk pastikan keperluan keluarganya mencukupi dengan gaji RM 1800.
1K Bagi Isteri
Macam biasa 25 haribulan tarikh gaji, RM1,800
Bagi isteri RM1,000 (tiap-tiap bulan). Itu pun tak cukup untuk beli pampers dan susu.
Kemudian bayar bil elektrik dan air
Untuk makan dan minum
Bayar duit kutu RM150 (tiap-tiap bulan)
Repair atau service moto RM100/RM150 (tiap bulan)
26 haribulan, balance hanya tinggal RM479..
Ikut Fakta Memang Tak Cukup
Belum tolak duit minyak dan makan minum aku (kau rasa cukup tak?)
Kalau ikut fakta atau logik akal memangg tidak cukup! Alhamdulillah rezeki Allah pasti akan cukup..
Dalam masa yang sama, masih lagi ramai kawan yang nak meminjam dengan aku. Malah yang pinjam buat tak tahu, itu tak payah cakap lah…
Orang nampak aku ada duit sebab jual macam-macam, jual pokok-pokok hiasan, menjual emas, jual diecast, jam pun jual dan jual duit lama .
Tapi sebenarnya aku menjual asset-aset kecil aku untuk aku teruskan kehidupan aku dan tanggungjawab aku…
Bagi yang suka meminjam cukup-cukuplah. Usahalah cari duit. Juallah apa yang ada, dari kita meminjam dan berhutang. Jangan kita memikirkan kesusahan kita tanpa memikirkan kesusahan orang yang kita hendak meminjam.
Alhamdulillah gaji aku kecil.
Aku bahagia dengan isteri aku dan dua orang anak aku. Rezeki tak salah alamat. Jangan mengeluh teruskan berjuang!
Kashoorga : Bagi pasangan yang baru membina rumah tangga, sebelum melakukan perbelanjaan bulanan, sebaiknya berbincanglah dengan pasangan agar tiada pembaziran berlaku.
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...