Oleh sebab terlalu kuat bekerja atau tidak cukup rehat akan menyebabkann badan cepat terasa sakit, bisa, lenguh dan penat.
Jika berlaku keadaan seperti ini, jangan panik, sebaliknya ambil masa untuk berehat.
Artikel Berkaitan: Setiap Kali Anak Bangun Tidur, Elok Ucapkan Doa Cepat & Pendek Ini Agar Sentiasa Dalam Lindungan & Rahmat Allah
Ketahuilah badan kita bukanlah robot yang bekerja 24 jam tanpa berehat. Badan juga perlukan rehat yang secukupnya sebelum kembali cergas untuk bekerja.
Jangan nanti disebakan tidak cukup rehat
membuatkan kita terlantar sakit.Namun begitu perkongsian dari Pencetus Ummah Amin di laman Instagram menasihatkan jika badan terasa bisa-bisa, sakit dan lenguh segerelah berjumpa dengan doktor.
Artikel Berkaitan: Setiap Kali Basuh Beras, Baca Doa Pendek Ini. Selain Rezeki Tak Putus, Kasih Sayang Suami Makin Bertambah!
Menurutnya carilah ubat yang sesuai, makan dan berikhtiar.
Selain itu, PU Amin turut berkongsi amalan atau doa boleh diamalkan jika mengalami situasi begini.
Baca ayat ini dan tepuk perlahan-lahan pada bahagian yang sakit dan bisa. Niatkan dalam hati agar Allah sembuhkannya dan hindarkan dari segala penyakit.
Insya-Allah dengan izinNya akan sembuh. Hanya Allah Maha Menyembuhkan segala penyakit.
Jadi bagi mereka yang ada mengalami badan sakit, bolehlah berbuat demikian kerana kita yakin hanya dengan izin Allah masalah ini dapat diatasi.
“Kadang tension juga bila badan rasa bisa bisa , sakit , lenguh dan sebagainya, sampai semua kerja jadi susah. Jangan lupa jumpa doktor, ambil nasihat pakar , cari ubat yang sesuai, makan dan ikhtiar.
“Dalam masa sama Imam Nawawi dalam Al Azkar sebut baca ayat ini dan tepuk perlahan pada bahagian yang sakit dan bisa. Boleh buat pada orang lain juga.
“Inshaallah sembuh. Ramai DM tanya ada ke cara nya bila sakit, jadi saya share kan ya. Kongsikan pada yang lain, moga ada manfaat..
Yakin lah Allah Maha Menyembuhkan segala penyakit
Kredit Foto: Instagram PU Amin
Artikel Berkaitan: Doa 2 Dalam 1, Yang Belum Jumpa Jodoh & Belum Ada Zuriat, Bacalah Surah Al-Anbiya’ Ayat 89
Kashoorga: Untuk pastikan badan kekal sihat, carilah alat bantuan kecergasan di sini