Tidak pernah terlewat atau tercepat. Segalanya sudah tertulis di luh mahfuz.
Bagai menyedari ajalnya sudah menghampiri, tindakan seorang wanita memuatkan naik rakamannya menaiki motosikal secara live ternyata meninggalkan kenangan terakhir buat anak kecil dan suaminya. Ini kerana ketika video livenya masih berlangsung, dalam suaminya sudah mahu memasuki satu simpang, tiba-tiba datang kenderaan pacuan SUV memotong sebuah kenderaan lain lalu melanggar motosikal dinaikinya sekaligus mengakibatkannya meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam satu perkongsian berita di fb Tawau Syurga memaklumkan, seorang pembonceng wanita maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah jip dan motorsikal di Kilometer 10, Jalan Kunak-Tawau, Kunak, semalam.
Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Sabarudin Rahmat berkata, mangsa, 38-tahun merupakan warga Indonesia itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, sementara suami mangsa yang menunggang motosikal 39-tahun, juga warga Indonesia dan anak lelakinya, 7-tahun, mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira pukul 4.45-petang.
Katanya, semasa kejadian, jip jenis Proton X70 dipandu seorang lelaki, 54-tahun itu datang dari arah Tawau menuju ke Kunak.
Setibanya di tempat kejadian, jip berkenaan telah memotong sebuah kenderaan lain dihadapannya dan telah terlanggar motorsikal dinaiki mangsa yang berada dihadapan kenderaan dipotong tadi yang pada masa sama sedang mengubah laluan membelok memasuki simpang di kanan jalan.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.