Tak sangka rupanya kita sudah melalui kehidupan dalam kemelut pandemik Covid-19 selama enam bulan. Bermula pertengahan Mac lalu sehingga kini kita masih lagi diselubungi ketakutan yang sama iaitu menjadi pesakit Covid-19.

Namun Alhamdulillah, berkat tindakan segera kerajaan menangani isu ini, Malaysia dilihat sebagai negara yang berjaya mengekang penyebaran dan mengurangkan jumlah kematian. Sehingga artikel ini ditulis sebanyak 128 kes kematian dicatatkan dan 9,167 kes sembuh. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik berbanding negara jiran.

Bagai Tunggu Hukuman Gantung. Pesakit Covid-19 Bersyukur Diberi Nyawa Kedua

Hari ini seluruh rakyat Malaysia berganding bahu menentang musuh senyap Covid-19 ini dan sebagai memberi inspirasi dan semangat, satu dokufilem “Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita bakal disiarkan untuk tontonan umum pada 12 Sep 2020 di Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello dan Astro Awani.

Mengambil kesempatan ini, Kashoorga telah mengadakan satu temubual eksklusif bersama salah seorang bekas pesakit Covid-19 iaitu puan Aiza Syafinaz Shahak, 34 tahun yang disahkan positif Covid-19 empat hari selepas suaminya Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36, meninggal dunia akibat musuh senyap ini pada 17 Mac lalu. Malah hampir seluruh ahli keluarganya juga disahkan positif semasa fasa pertama penularan wabak ini.

Menurut Aiza, walaupun dia telah bebas daripada virus yang menakutkan, dia tidak sesekali mengambil mudah apabila bersangkutan soal kesihatan dan keselamatan diri dan orang sekeliling.

Pengalaman menjadi pesakit Covid-19, telah mengubah 360 darjah gaya hidup dia sekeluarga. Akibat daripada itu, dia mudah paranoid apabila melihat ramai orang di satu-satu tempat. Namun begitu, dia tidak boleh berterusan seperti itu dan perlu belajar mengawal diri dan emosi.

IKLAN

Sebagai bekas pesakit, dia perlu terus bersemangat dan memberi semangat kepada orang lain menjalani kehidupan dalam norma baharu.

Sekarang kita sedang berjihad demi kesejahteraan negara. Baginya, apa yang terjadi ini bagaikan mimpi ngeri. Pengalaman duduk di wad Hospital Kuala Lumpur selama 10 hari kemudian dipindahkan ke pusat kuarantin Pusat Belia Antarabangsa Cheras merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Sepanjang mengharungi kehidupan sebagai pesakit Covid-19, Aiza menjadikan arwah suaminya sebagai sumber kekuatan. Arwah bertahan sehingga ke hujung nyawa dan dia mati syahid kerana wabak ini.

Bagai Tunggu Hukuman Gantung. Pesakit Covid-19 Bersyukur Diberi Nyawa Kedua

Apabila mula-mula disahkan positif, dia rasakan hidup bakal berakhir. Namun siapalah dia untuk menentukan ajal mautnya, Dan apabila kembali pulih, Aiza berasa sangat bersyukur dan menganggap ini sebagai peluang dan nyawa kedua yang Allah berikan kepadanya.

IKLAN

Bercerita lanjut tentang gejala awal yang menyerangnya, Aiza memberitahu bahawa setiap orang mempunyai imun badan berbeza, maka kesan serangan juga tidak sama. Ada yang ringan dan ada yang teruk, yang mana dia hanya diserang rasa tekak yang perit seperti tonsil.

Sepanjang di hospital, beliau dirawat oleh kakitangan perubatan dengan cukup cermat, teliti dan baik. Betapa dia bersyukur, Malaysia memiliki frontliners yang tangkas dan cepat bertindak.

Sepanjang dugaan ini, dia menganggap seakan menunggu saat kematian, seperti akan dihukum gantung lagaknya. Setiap detik sangat berharga. Dan ruang yang ada itu digunakan sepenuhnya oleh Aiza mendekatkan diri dengan Allah.

Artikel berkaitan:Saya Menangis, Ibarat Ini Peluang Kedua Yang Allah Berikan PU Riz Syukur Disahkan Negatif COVID-19

IKLAN

Artikel berkaitan:Lelaki Ini Kongsi Surah Mudahkan Isteri Bersalin, Rupanya Turut Diamalkan Ilmuan Islam Yang Telah Sembuh Dari COVID-19

Setiap hari, dia tidak culas bangun jam 3 pagi bagi mendirikan solat sunat tahajud. Memohon doa dan berbicara dengan Allah, andai ini adalah takdir terakhirnya untuk hidup.

Selesai solat, dia akan membaca surah Yassin dan alhamdulillah dalam 10 hari sahaja, dia telah menghafal surah itu dan terus diamalkan sehingga hari ini. Selain itu, dia turut mengamalkan bacaan ayat Kursi, tiga Kul dan surah at-Taubah.

“Kita tak tahu bila masa Allah nak tarik nyawa kita, apatah lagi dalam keadaan seperti itu,” ulas Aiza dalam nada sayu.

Sebelum mengakhiri perbualan, Aiza, berharap agar rakyat Malaysia terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. Jaga diri, sentiasa ambil tahu tentang tahap kesihatan diri dan sekiranya ada keraguan, segeralah dapatkan rawatan. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan mustahak. Duduk di rumah jauh lebih selamat kerana kita akan rendahkan risiko jangkitan.

Bagai Tunggu Hukuman Gantung. Pesakit Covid-19 Bersyukur Diberi Nyawa Kedua

Sumber foto dari FB Aiza Syafinaz Shahak

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI