
Keluar pejabat pada waktu bekerja untuk melakukan urusan peribadi ibarat satu kebiasaan. Ada yang memberitahu majikan tapi ramai juga yang keluar senyap-senyap hingga berjam-jam lamanya.
Selain itu ada juga yang menipu dalam membuat tuntutan atau pun membuat tuntutan berlebihan apabila diminta bekerja di luar waktu kerja atau di luar pejabat.
Mungkin ada kalangan kita yang pernah melakukan semua ini dan berasa menyesal. Dalam masa yang sama timbul kebimbangan tentang rezeki yang diperoleh tidak diberkati.
Justeru apa yang perlu dilakukan untuk ‘membersihkan’ duit gaji yang kita peroleh dari perbuatan yang dilarang ini.
Kena sedekah untuk ‘bersihkan’ gaji
Mengulas tentang perkara ini, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata mereka yang terlibat dalam perbuatan sebegini dianjurkan untuk bersedekah menggunakan gaji yang diperoleh.
“Bagaimana nak ‘basuh’ duit gaji? Dia kerja makan gaji, tapi kadang-kadang ponteng… patut masuk pukul 2 petang tapi pergi membeli dengan isteri.
“Sejam setengah curi masa orang, 3.30 petang baru masuk kerja kemudian 30 minit lagi balik.
“Kalau begitu, hendaklah dia bersedekah kerana tidak ada pada mana-mana majikan menerima ganti rugi,” jelasnya UAI.
Katanya lagi, disebabkan hal ni melibatkan masa, para ulama menganjurkan supaya bersedekah supaya apa yang dilakukan itu menjadi kafarah.
Bagaimanapun, hukum berbeza bagi tuntutan kewangan kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai mencuri atau menipu.
“Kalau tipu claim, itu tidak boleh sedekah tapi kena ganti, claim itu dikira mencuri atau menipu.
“Ini banyak makan duit haram sebab claim kerja pejabat, contoh, dia patut balik pukul 5 petang, tapi dia tidak keluar dan balik pukul 10 malam, sejam, RM5.
“Ada yang pergi 100 kilometer, tapi claim 150 kilometer atau naik bas tapi claim kapal terbang… itu semua adalah haram dan dosa besar, wajib bayar semula,” tegas beliau.

Menurut UAI, kedua-dua amalan ini biasa dilakukan kebanyakan pekerja dan mungkin dianggap sama namun hakikatnya ia berbeza.
“Tadi curi masa, ini (claim) ambil ‘barang’… sebab apa, kalau makan haram macam tu, solat tidak diterima.
“Apabila solat tidak diterima, (amalan) selain daripadanya tidak diterima. Ini kerana, perkara pertama yang Allah kira pada hari kiamat adalah solat, kemudian perkara lain,” jelasnya lagi.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus Official
Baca Lagi: Doa & Amalan Ketika Hari Gaji Supaya Bertambah Keberkatan Rezeki
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI