Haid dikenali juga sebagai menstruasi. Ia satu perubahan tubuh di mana dari seorang kanak-kanak, kita bergelar wanita. Apabila haid berlaku, kita mengalami pendarahan pada faraj dan ia berbeza dari satu wanita ke wanita lain.
Kitaran haid normal adalah antara 3-7 hari dan ada merujuk sehingga hari ke 15 sebelum disebut darah penyakit istihadah.
Bagaimana sebenarnya menentukan tanda berakhirnya haid ini menurut syariat? Dan bila dibolehkan melaksanakan thaharah (bersuci)?
Berdasarkan Fatwa Syaikh Shahih Al-Munajjid, berikut adalah caranya menentukan masa selesainya haid seorang perempuan.
Pertamanya, majoroti ulama berpendapat darah haid adalah tidak lebih 15 hari.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam kitabnya ‘Majmu’ Fatawa’ berpendapat bahawa tidak ada batasan masa mahupun maksimun untuk masa haid namun jika muncul darah yang ciri khasnya seperti yang diketahui (sebagai darah haid) maka itulah masa haid, baik sedikit mahupun banyak. Kemudian ia juga mengatakan, “Allah mengaitkan banyak hukum yang berlaku ketika haid. Dan Allah tidak memberikan batasan. Baik batasan masa dan habisnya. Tidak pula batas hari suci antara dua masa haid.
Kedua :- Ada darah disebut istihadah. Cirinya berbeza dengan darah haid. Ia dapat dibezakan melalui empat perkara iaitu darah haid warna merah gelap sedangkan darah istihadah berwarna merah segar (darah merah). Kekentalan. Darah haid lebih kental sedangkan istihadah agak cair. Ketiganya darah haid agak hamis sedangkan darah istihadah tidak hamis kerana ia darah dari pembuluh darah. Dan terakhir, darah haid tidak mengering ketika keluar sementara istihadah mengering kerana ia darah dari pembuluh darah.
Ketiga, wanita boleh tahu haidnya sudah kering jika cairan putih telah keluar dan darah tidak lagi keluar dari lubang faraj. Untuk memastikan sudah benar-benar tiada darah haid keluar (sebagai contoh waktu azan Zuhur) boleh gunakan cotton bud untuk membuat calitan di bahagian faraj. Jika ada tanda bekas merah, kuning (keruh) atau coklat, jangan solat dahulu kerana masih ada sisa darah haid dan perlu tunggu azan Asar pula.
Hal ini pernah dirujuk pada Syaidatina Aishah RA untuk bertanya:-
Mereka membawa kapas. Pada kapas itu ada warna kuning. Kemudian Aisyah berkata, لا تعجلن حتى ترين القصة البيضاء “Jangan terburu-buru (suci) sampai kamu melihat al-qasshah al-baidha’.” (HR. Bukhari secara mu’allaq. Juga diriwayatkan oleh Malik, no. 130) Al-qasshah al-baidha’
Keempat, jika perempuan tersebut yakin bahawa dia telah suci kemudian darah keluar lagi (ertinya, yang keluar itu adalah darah berwarna merah, bukan sekadar cairan kuning atau cairan keruh) maka darah itu dihukumi sebagai darah haid, selama darah kedua tersebut tidak keluar selama sebulan. Sumber : Kalam Sindownews