Tidak lama lagi kita akan memasuki bulan penuh kerahmatan, keampunan dan juga keredhaan Allah.

Sentiasalah berdoa kepada Allah ﷻ supaya kita diberikan keberkatan, keimanan dan juga keselamatan untuk kita benar-benar mampu untuk menempuhi Ramadan dengan acara-acara ibadah:

Ini selari dengan doa yang kita baca sebaik memasuki Rejab dan kini berada di bulan Sya’ban.

Anas bin Malik RA berkata: “Rasulullah ﷺ berdoa sebaik sahaja datangnya bulan Rejab.”

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadan” Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (2346)
Dalam menanti Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, apa paling penting ialah adakah kita sudah menggantikan puasa-puasa lalu yang telah tertinggal sama ada sengaja atau tidak. Bagaimana kiraan cara mengganti puasa bagi jumlah hari kita tidak ingat jumlahnya selain membayar fidyah?

Bagaimana diselesaikan puasa yang tidak ingat bilangan hari yang ditinggalkan?

IKLAN

Jawapan:

Orang yang lupa dalam hal ibadat, dia diperintahkan untuk mengambil yang lebih meyakinkan. Dasar hukum ini adalah sabda Nabi s.a.w berkait dengan orang yang lupa bilangan rakaat ketika solat:

إذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيُلْقِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى الْيَقِينِ

Maksudnya:-

IKLAN

“Apabila ragu salah seorang dari kamu dalam solat, hendaknya dia buang keraguannya dan dia ambil yang lebih meyakinkan.” (Riwayat Abu Dawud dan disahihkan oleh al-Albani)
Orang yang solat Zohor dan lupa apakah telah mengerjakan dua rakaat atau tiga rakaat, dia wajib pilih dua rakaat kerana itu yang lebih meyakinkan.

Orang yang tawaf dan lupa, adakah sudah melakukan lima kali putaran atau enam kali, dia wajib pilih yang lebih sedikit iaitu lima kali putaran kerana itu lebih meyakinkan.
Dalam kes puasa Ramadan yang ia lupa berapa bilangan hari adakah dua atau tiga hari sebagai contoh, maka ia kena ambil yang tiga hari kerana itu bilangan yang meyakinkannya. Kalau ia puasa terlebih hari, itu tidak sia-sia kerana dia tetap mendapat pahala puasa sunat.

Berkata Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni:-

IKLAN

إذا كَثرَت الْفوائتُ عليهِ يتشاغلُ بالقضَاء فَإِنْ لَمْ يَعْلَمْ قَدْرَ مَا عَلَيْهِ فَإِنَّهُ يُعِيدُ حَتَّى يَتَيَقَّنَ بَرَاءَةَ ذِمَّتِهِ

Maksudnya:-

“Apabila tanggungan puasa sangat banyak, dia wajib terus-menerus melakukan qada’. Jika dia tidak tahu berapa jumlah hari yang menjadi kewajipan puasanya, maka dia wajib mengulang-ulang qada’ puasa sampai dia yakin telah menggugurkan seluruh tanggungannya.”

Kata Ibnu Qudamah lagi sambil menyebutkan riwayat dari Imam Ahmad:

يُعِيدُ حَتَّى لَا يَشُكَّ أَنَّهُ قَدْ جَاءَ بِمَا قَدْ ضَيَّعَ وَيَقْتَصِرُ عَلَى قَضَاءِ الْفَرَائِضِ

Maksudnya:-
“Dia hendaklah ulang-ulang sampai tidak ragu lagi bahawa dia telah melakukan apa yang telah dia lalaikan. Dia hanya melakukan yang wajib sahaja.” Sumber : Pejabat Mufti Terengganu

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI