Mimpi ialah suatu pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan, atau deria lain ketika tidur terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat.
Tidak semua mimpi itu benar kerana ada individu yang terpedaya dengan bisikan syaitan namun dirinya mentafsirkan mimpi itu sebagai benar dan kemudian berkongsi dengan orang ramai. Bahkan sebelum ini negara dikejutkan dengan penahanan tetua Perjalanan Mimpi Yang Terakhir atas nama Sittah Annur yang kini dibebaskan atas jaminan polis berikutan mimpi dikongsinya di media sosial.
Bagaimana mahu memastikan bahawa mimpi seseorang itu benar? Ikuti kupasan Dr Ahmad Sanusi Azmi mengenai mimpi yang dinasihati Rasulullah.
وَالرُّؤْيَا ثَلاثَةٌ : فَالرُؤْيَا الصَّالِحَةِ بُشْرَى مِنَ اللَّهِ وَرُؤْيَا تَحْزِينٌ مِنَ الشَّيْطَانِ وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ الْمَرْءُ نَفْسَهُ ، فَإِنْ رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يَكْرَهُ فَلْيَقُمْ فَلْيُصَلِّ وَلا يُحَدِّثْ بِهَا النَّاسَ
“Dan mimpi itu tiga jenis, mimpi yang soleh iaitu berita gembira dari Allah. (Kedua) mimpi yang datang dari syaitan untuk mengundang rasa sedih manusia dan (keitga) mimpi yang datang dari dalam diri manusia sendiri. Sekiranya seseorang itu ternampak dalam mimpinya sesuatu yang tidak disukainya, maka bangunlah dan dirikanlah solat dan jangan diceritakan mimpi tersebut kepada manusia.” (HR Muslim)
3.Dalam hadis ini Rasulullah menjelaskan bahawa ada mimpi yang datang dari Allah. Ia seperti yang berlaku dalam peristiwa Nabi Yusuf dan mimpi Nabi Ibrahim. Mereka datang dengan syariat yang benar.
4. Manakala yang lebih membimbangkan adalah mimpi yang datang dari syaitan untuk menakut-nakutkan manusia bahkan menyesatkan manusia. Sudah menjadi tabiat syaitan itu untuk menjauhkan manusia dari al-Quran dan hadis. Kata Sheikh Salman Audah:
أحياناً الرؤيا في المنام قد تكون من الشيطان بحيث يترتب عليها اعتقاد عند الإنسان
“Dan terkadang mimpi dalam tidur itu datang dari syaitan di mana ia merencana sesuatu yang boleh membawa iktikad (kepercayaan) di sisi manusia.”
لَا تُحَدِّثِ النَّاسَ بِتَلَعُّبِ الشَّيْطَانِ بِكَ فِي مَنَامِكَ
“Jangan ceritakan kepada manusia tentang permainan syaitan dalam mimpi kamu.” (HR Muslim)
Sabda Rasulullah:
لاَ تُقَصُّ الرُّؤْيَا إِلاَّ عَلَى عَالِمٍ أَوْ نَاصِحٍ.
“Jangalah kamu menceritakan mimpi kamu melainkan kepada orang yang alim atau orang yang nasih (yang memberi nasihat kepada kebaikan). (HR al-Tirmizi)
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.” (Surah al-Maidah: 3)
لا اعتماد على رؤية المنام في غير حق الأنبياء عليهم الصلاة والسلام
“Tiada sandaran buat kita untuk menerima mimpi (sebagai penghujahan) melainkan hak yang ditentukan kepada para Nabi AS.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi