Bagaimana Nak Tahu Dia Jodoh Kita? Ini Tanda-Tanda Jodoh Kita Yang Tertulis Di Luh Mahfuz Menurut Al Quran

Share

Pernikahan adalah satu ibadah. Ia adalah penyatuan jiwa lelaki dan wanita. Allah menjadikan pernikahan sebagai halal untuk memenuhi tuntutan seksual dan jalan mendapatkan zuriat. Jika kita meniatkan sesuatu yang baik ketika mahu mendirikan rumah tangga maka Allah akan mempermudahkannya.

Ini berdasarkan satu hadis sahih Bukhari dan Muslim.
“Segala amalan adalah berdasarkan niat, setiap orang mendapat apa yang diniatkan. Justeru, barang siapa penghijrahannya adalah kerana Allah swt dan Rasulullah saw, maka ianya akan menuju kepadaNYA.

“Sesiapa yang penghijrahannya kepada dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini, maka penghijrahannya adalah hanya untuk apa yang diingini”

Justeru itu bagaimana kita mahu tahu bahawa pasangan kita itu adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah sejak di luh mahfuz lagi?

1)Sejak dari awal perkenalan, semuanya mudah. Dalam erti kata lain kita dapat merasakan perasaan ini jauh di sudut hati kita. Malah semasa berkenalan pun, kita merasakan hubungan itu berlalu dengan cukup mudah. Kita cukup senang hati menerimanya dan hati kita langsung tidak rasa gusar atau ragu-ragu tentangnya. Malah hati kita akan selalu terdetik, inilah lelaki yang bakal jadi suami saya.

Di dalam al Quran surah An Nur ayat 32 ada dinyatakan tentang jodoh ini.

وَأَنكِحُوا۟ ٱلْأَيَٰمَىٰ مِنكُمْ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ ۚ إِن يَكُونُوا۟ فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
“dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui (Surah An Nur ayat 32)

2) Kita rasa tenteram ketika bersama dengannya. Masa yang sama kita berasa selamat ketika bersamanya. Langsung tiada perasaan risau di hati kita. Jika ini yang kita rasakan, telitilah surah Ar Rum ayat 21 ini yang bermaksud:-

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

3) Anda dapat rasakan di sekepala dengan anda. Dia tak akan tinggalkan anda sama ada saat susah atau pun senang. Ini dirujuk kepada surah As Syurah ayat 74 bermaksud:-

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.

4) Dia memahami diri anda. Dia mudah menerima kekurangan anda dan anda menerima kekurangan dirinya tanpa ragu-ragu. Si dia juga buat anda rasa selamat dan bahagia tatkala bersamanya. Malah anda tidak dapat membayangkan apa akan terjadi jika hidup tanpanya. Jika ini yang anda anda rasakan, surah Al Furqan ayat 74 menyatakan ini.

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Jika ada beberapa ciri ini, yakinlah bahawa dia adalah jodoh anda yang telah ditetapkan di luh mahfuz lagi. Sentiasalah berdoa agar jodoh itu adalah adalah lelaki yang mampu membawa kita ke Jannah.

WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI

✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽‍♀‍

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻

Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/

Published by
almaswa Haji Che Ros