Selagi belum mendirikan rumahtangga, pastinya seseorang itu tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan dengan jodoh yang baik dan Imam soleh.
Maklumlah kita akan melayari kehidupan bersamanya sehingga ke akhir hayat. Bimbang nanti kalau tersalah pilih dan akan berlaku perceraian yang sangat menakutkan.
Jadi sebagai usaha untuk yang masih single dan bujang, tidak salah mengamalkan doa tertentu supaya dikurniakan dengan jodoh yang baik. Sangat digalakkan untuk diamalkan setiap kali usai solat dan mintalah dengan seikhklas hati.
Namun sangat digalakkan untuk berdoa dari sekarang, bukan ketika mahu berkahwin nanti barulah minta dijodohkan dengan insan yang baik.
Semoga jodoh yang datang nanti akan sangat menyayangi anda sebagai seorang isteri. Bukannya memperlakukan pasangannya seperti orang suruhan.
Artikel Berkaitan: Kerap Amalkan Zikir Ya Latiff, Senjata Paling Mustajab Lenturkan Hati Pasangan & Redakan Ketegangan
SUMBER: BAITULJANNAH
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Selepas Perceraian Kami Berpura Bahagia, Tapi Naluri Anak Dapat Hidu Semuanya”-Ibu Tunggal
Perceraian bukan lah pengakhiran yang diingini setiap pasangan suami isteri. Namun jika segala usaha menyelamatakan bahtera tidak berjaya, mungkin perceraian jalan terbaik.
Perceraian juga adalah satu perjudian, ramai juga pasangan bercerai yang hidup bahagia selepas bercerai malah kehidupan pun semakin bagus dan ada juga sebaliknya.
Namun dalam perceraian, walau siapa pun yang menang, yang akan kalah dan menjadi mangsa adalah anak-anak. Allahu…kasihan mereka yang tidak bersalah ini.
Artikel berkaitan: Hubungan Batin Melalui Perkahwinan Itu Cara Urus Nafsu Seseorang Supaya Halal Dan Selamat Namun Jangan Sampai Jadi Asbab Perceraian
Artikel berkaitan: Haram Lakukan Hubungan Intim Selepas Lafaz Cerai, Walaupun Belum Disahkan Di Mahkamah!
Sebuah kisah sedih tentang kecurangan pasangan seterusnya menyebabkan perceraian telah dikongsi oleh seorang ibu tunggal kepada cikgu influencer terkenal iaitu cikgu Mohd Fadli Salleh.
Cerita itu diberi izin olehnya untuk dikongsi di sosial media sebagai iktibar dan teladan semua. Kita ikuti sepenuhnya catitan ibu tunggal terbabit (nama tidak dinyatakan)
Dalam perceraian, siapa pun menang, yang menjadi mangsa ialah anak-anak. Baca perkongsian dari Puan ini tentang kisah hidupnya.
Semoga menjadi pedoman pada kita semua. Ingatlah, anak-anak itu harta tidak ternilai harganya. Tanpa kita perasan, kita melukakan mereka.
“Salam cikgu, saya ada baca post cikgu tentang kecurangan dalam rumahtangga. Saya salah seorangnya.
Saya dihubungi seorang perempuan yang memaklumkan suami saya ketika itu adalah teman lelakinya. Perempuan itu menuntut janji suami saya untuk berkahwin dengannya.
Saya tidak pernah mengamuk, memaki hamun perempuan tersebut kerana hati saya sudah lama ‘bau’ perkara ini terjadi. Saya juga kena kuat sebab waktu terima berita itu saya di tempat kerja.
Saya bekerja sebagai pegawai bank dalam bidang customer service. Jadi saya perlu kawal emosi sekuatnya.
Dipendekkan cerita, saya dan suami bercerai. Ketika kejadian berlaku, anak berumur 4 tahun. Kami bercerai setahun kemudian.
Semasa kami berkahwin, suami bekerja dalam bidang kontraktor. Jadi banyaklah duit. Setelah berpisah, pekerjaan beliau seolah ada masalah dan beliau terpaksa berhenti kerja. Ketika itu tiada kerja dan hidupnya kais pagi makan pagi.
Terpaksa menyewa bilik sebab tak mampu. Bekas suami juga tidak berkahwin dengan perempuan tersebut.
Berbeza dengan hidup saya Alhamdulillah, dalam tempoh setahun selepas bercerai saya berjaya dapat kunci rumah dan beli kereta baru.
Demi anak, hubungan saya dan bekas suami baik. Kami mengambil kata sepakat untuk sentiasa berkomunikasi demi anak tunggal kami. Alhamdulillah kalau dilihat, saya dan bekas suami seperti pasangan rumahtangga kerana selalu keluar bersama anak kami.
Parents sekolah juga terkejut bilamana mereka sangkakan kami seperti suami-isteri kerana selalu terlibat bersama-sama dalam aktiviti sekolah.
Sekarang anak sudah berumur 9 tahun. Baru-baru ini, tiba-tiba anak saya bertanya semula apa yang terjadi dulu. Suatu hari, saya lihat ada nota yang ditulis.
Sedih saya membacanya. Saya sangkakan walaupun saya masih baik dengan bekas suami, hati anak saya takkan tercalar. Tapi saya salah. Dalam hubungan suami isteri, sama ada suami menang atau isteri menang, yang kalah tetap si anak.
Saya izinkan cikgu share cerita dan nota anak saya sekiranya cikgu nak guna untuk nasihat pada suami isteri/ bakal.
Terima kasih sudi baca
Kashoorga : Semoga sahaja anak-anak ini dianugerahkan kekuatan hati dan jiwa kental daripada Allah SWT. Kedua ibu ayah perlu bertanggungjawab ke atas anak-anak mereka walau apa pun terjadi.
Jangan lepas tangan. Bagi sang ayah, nafkah anak ialah tanggungjawab besar hrtus dilaksnakan. Jika gagal, hadapilah perbicaraan di hadapan Allah di akhirat nanti.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Air Hujan Bukan Penyebab Sakit Tapi Merawat Segala Penyakit & Gangguan Jin. Ia Terapi Semulajadi Bersihkan Tubuh
Kita sering dilarang mandi air hujan. Alasannya air hujan sudah bercampur dengan segala karbon dan asid kesan pelepasan asap kilang dan pencemaran asap kenderaan.
Bahkan ibu bapa melarang anak-anak mandi air hujan dengan alasan, takut anak jatuh sakit. Kita yang dewasa kita akan mencari tempat teduh dan mengeluh kepala sakit kalau terkena air hujan.
Tiada yang terjadi atas kemudaratan dan Allah juga tidak menurunkan hujan kalau ia penyebab penyakit. Dikongsi dari fb Pusat Rawatan Islam Terapi Al Mujahid, ini kelebihan mandi air hujan.
Kalau hujan turun jangan masuk rumah tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya. Tapi selalu org tua kita melarang kita mandi hujan sebab takut sakit dan larangan itu kita wariskan pula ke anak-anak kita. Ini pemahaman yang salah.
Kalau sakit lepas mandi hujan tu bukan sebab air hujan tapi sebab dalam badan banyak benda kotor dan air hujan tu sebagai bahan cuci untuk membuang semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan.
Kadang-kadang, Allah tunjuk tanda badan kita ada sesuatu melalui kesakitan itu. Kalau kita sakit teruk lepas mandi hujan itu perlu rawatan susulan dengan Ruqyah Syar’iyyah.
Salah satu cara SCAN diri tu adalah dengan mandi air hujan. Ada juga orang mandi hujan tak jatuh sakit sebab badannya bebas jin. Alhamdulillah. Tapi mandi bukan sembarangan mandi. Ada cara dan kaedahnya.
Ini keadah mandi hutan untuk bersihkan diri dari gangguan jin
Niat – Niatlah dalam hati sekuatnya & mohon pertolongan Allah untuk apa kita mandi hujan.
Contoh 1:- Menghancurkan jin yang zalim ke atas jasad kita (niatkan dan mohon pada Allah jadikan air hujan sebagai api dan asid yang membakar badan jin dalam badan kita.
Contoh 2:- Anak degil @ hyperaktif umur (5 tahun ke atas). Niatkan lembutkan hatinya agar dengar kata orang tua dan dihilangkan gangguan syaitan dari tubuhnya ( orang tuanya tak perlu mandi hujan, cukup memerhatikan sambil baca ayat-ayat di bawah sehingga didengari anknya. Dan apa sahaja niat bergantung penyakit dan keluhan masing-masing.
Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.
Air hujan yang digunakan untuk terapi ini mesti yang turun terus dari langit. Tidak terkena pokok atau bumbung atau disambut dengan baldi. Air hujan yang turun sebaiknya hujan yang lebat bukan gerimis.
Tadah air hujan dari langit ke bekas kecil untuk dibuat minum. Insya Allah ini juga adalah penawar.
Mulakan mandi sambil membacakan sekurangnya Al Fatihah atau lebih baik lagi dengan ayat-ayat lain seperti ayat Kursi dan surah Al Ikhlas, Al Falak dan akhir sekali An Nas. Bonus jika tahu ayat ruqyah yang lain mengikut jenis penyakit.
Baca terus sehingga sekurangnya 15minit-30 minit sambil mandi air hujan.
Jika terasa sakit di bahagian badan tertentu tepuk-tepuk di bahagian itu dan jika ada rasa mual mahu muntah, keluarkan jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yang mau keluar melalui cara ini (cara yang normal dan tidak menyakitkan).
Sental-sental badan seperti menggosok daki di badan. Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.
Selesai mandi badan jangan dilap kecuali rambut. Biar kering sendiri.
Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 hari. Aau 7 hari berturut. Kalau hujan tak turun hari berikutnya, perlu tunggu hari lain yang hujan turun.
Dinasihatkan agar lain kali bila hujan turun, jangan mengeluh. Ada manfaatnya bagi orang lain. Bagi orang yang berakal dengan pemberian Allah akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah.
Wallahu’alam bissawab
Biidznillah
Selamat Mandi Air Hujan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Tergamak Bunuh Anak Sendiri.’ Bapa Ini Baca Yasin 42 Kali & Ayat Kursi 110 Kali Tutup Kekejaman
Isi Kandungan
Toggle‘Tergamak bunuh anak sendiri.’ Bapa ini baca Yasin 42 kali dan ayat kursi 110 kali demi tutup kekejaman yang telah dia lakukan kepada anaknya sendiri.
Benarlah bila iman tiada, apa saja boleh dilakukan. Bayangkan seorang bapa tanpa rasa bersalah ‘join’ ahli keluarga lain membaca yasin dan ayat kursi seolah-olah tiada apa-apa. Padahal dialah punca segalanya.
Baca Di Sini:
Tergamak Bunuh Anak Sendiri
Bagi menutup perbuatan kejamnya, seorang lelaki Indonesia berpura-pura bimbang dan menyertai keluarga membaca surah Yasin 41 kali dan ayat Kursi 110 kali, sebagai ikhtiar mencari bayinya yang hilang.
Lelaki berusia 20 tahun itu juga membuat ritual menabur beras bercampur kunyit dan garam di sekeliling rumah, kononnya untuk membantu pencarian anaknya, lapor Kompas.
Hakikatnya, lelaki itu adalah dalang yang membunuh anak perempuannya berusia tiga bulan, dengan mayat ditemui dalam timbunan sampah di tebing sungai Kampung Kaliampo, Margorejo di kota Pati, Jawa Tengah, Selasa lalu.
Bapa Ini Baca
Ketua RW 4 Kampung Pati Kidul, Widiantoro memaklumkan mayat bayi malang itu ditemukan polis kira-kira tiga kilometer (km) dari rumah ibu bapanya.
“Mayat ditemui selepas suspek mengaku membunuh anaknya. Kami terkejut kerana sebelum ini dia melaporkan anaknya hilang dan saya juga melihat dia berkumpul dengan keluarga membaca doa supaya anak ditemui,” katanya.
Mangsa adalah anak kedua suspek dan dia mempunyai seorang lagi anak berumur setahun enam bulan hasil perkongsian hidup dengan isteri yang masih muda.
Yasin 42 Kali
Dalam soal siasat, suspek mengaku kepada polis dia membunuh anaknya dengan menekap muka bayi itu dengan bantal.
“Saya menyesal,” katanya yang dibawa polis pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Pati, semalam.
Dakwanya ketika kejadian, dia bergaduh dengan isteri yang tidak selesa mereka tinggal di rumah ibu bapa suspek, selain wanita itu turut menuntut perceraian.
Ayat Kursi 110 Kali Tutup Kekejaman
Dia juga memberitahu emosinya terganggu apabila dua anaknya meragam dan menangis.
“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tindakan spontan menekup anak yang kecil dengan bantal hingga meninggal,” katanya.
Suspek mengaku membuat laporan polis palsu mengatakan anaknya hilang dan bersama keluarganya membaca ayat suci al-Quran dan ritual yang boleh membantu pencarian.
Penduduk kampung mengenali suspek sebagai lelaki tidak bekerja yang berkahwin muda dan masih hidup di bawah tanggungan ibu bapa yang berniaga di pasar.
Baca Di Sini:
Kalau Tak Kejut Anak Bangun Solat Subuh, Ibu Yang Kena Marah
Kashoorga : Semoga anak-anak kita dijauhkan daripada perkara sebegini.
Sumber: myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI