Bagi Yang Bujang, Selalulah Baca Doa Ini Setiap Kali Lepas Solat. Semoga Tuhan Jodohkan Dengan Pasangan Yang Baik!

Share

Selagi belum mendirikan rumahtangga, pastinya seseorang itu tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan dengan jodoh yang baik dan Imam soleh.

Maklumlah kita akan melayari kehidupan bersamanya sehingga ke akhir hayat. Bimbang nanti kalau tersalah pilih dan akan berlaku perceraian yang sangat menakutkan.

Jadi sebagai usaha untuk yang masih single dan bujang, tidak salah mengamalkan doa tertentu supaya dikurniakan dengan jodoh yang baik. Sangat digalakkan untuk diamalkan setiap kali usai solat dan mintalah dengan seikhklas hati.

Namun sangat digalakkan untuk berdoa dari sekarang, bukan ketika mahu berkahwin nanti barulah minta dijodohkan dengan insan yang baik.

Semoga jodoh yang datang nanti akan sangat menyayangi anda sebagai seorang isteri. Bukannya memperlakukan pasangannya seperti orang suruhan.

Artikel Berkaitan: Kerap Amalkan Zikir Ya Latiff, Senjata Paling Mustajab Lenturkan Hati Pasangan & Redakan Ketegangan

SUMBER: BAITULJANNAH

Published by
Siti Zurina Mat Saman