Hujung bulan lalu menyaksikan pelakon dan pengacara popular Alif Satar berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019. Dia mengambil masa selama 15 jam sebelum menghabiskan segala cabaran.
Dalam pada itu, viral di laman sosial apabila ada netizen bertanya mengenai bab solat sepanjang cabaran berkenaan kerana mengambil masa lama.
Tidak melatah dengan pertanyaan itu, Alif Satar membalasnya dengan memberitahu secara ringkas ada sukarelawan yang membantunya mengambil air sembahyang.
Bukan itu saja, penganjur turut menyediakan bilik khas untuk atlit Islam menunaikan suruhan Allah yang satu ini.
Dan hari ini Alif Satar telah muat naik video di laman Instagram cara bagaimana dia mengambil air sembahyang dan kemudiannya menyempurnakan solat, walaupun sedang berjuang untuk menghabiskan segala cabaran Ironman berkenaan.
Alif juga berkata ketika melakukan solat itu dalam keadaan badan ‘tidak ada apa-apa’, seolah-olah rasa seperti benda yang baru.
“Bila kita rukuk badan jadi straight, sujud terasa semua darah di kepala datang balik dan waktu duduk dua sujud, terasa kelainannya pada bahagian paha.
Ads
“Sukar untuk saya gambarkan perasaan itu, tetapi benda yang buat tiap-tiap hari tapi kita buat disaat tak ada apa-apa, seolah-olah seperti satu penyelamat,” katanya.
Sebaik muat naik, respon cukup baik daripada rakan selebriti serta netizen yang turut memberi komen positif. Masing-masing teruja dan salute pada Alif Satar yang tidak ambil remeh dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang hambaNya.
Saban hari, kita membaca kes-kes kematian dan pemergian orang di sekeliling kita. Sama ada ia melibatkan diri kita, ipar duai kita, jiran tetangga mahupun sesama muslim. Masa yang sama, kita juga mungkin berat mulut untuk mengucapkan salam takziah pada keluarga diuji kesusahan atau kematian atas alasan, kita tidak mengenalinya atau tidak pernah bertemunya langsung. Kata orang tiada kena mengena pun.
Namun tahukah, walau kita tidak mengenali ahli keluarga yang dilanda ujian itu, rebutlah untuk ucapkan salam takziah buat mereka yang dilanda musibah ini. Ini kerana, hukum mengucapkan takziah adalah sunat yang dituntut.
Tahukah dengan hanya mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ("(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali) saat kita mendengar berita kematian atau ujian itu, Allah akan pakaikan kita pakaian kemuliaan di hari akhirat kelak.
Ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Abu ‘Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.”(Riwayat Ibn Majah – 1601)
Takziah dari sudut bahasa merujuk kepada: “Memberikan ketenangan kepada keluarga si mati dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan jenazah si mati yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa musibah.”
Masa yang sama juga, ucapan takziah kepada individu yang kita kenal atau tidak kenal itu adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar menghadapi ujian kala itu. Seperti ucapan ‘semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’ dan seumpamanya.” (Rujuk Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah – 1/486)
Ucapan sebegitu menepati anjuran Rasulullah SAW seperti yang disebutkan dalam riwayat daripada Usamah bin Zaid r.a berikut bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Semuanya ada ajal (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya. Perintahkanlah dia (perempuan itu) untuk bersabar, nescaya kamu akan mendapat ganjaran.” (Riwayat Al-Bukhari – 7377).
Jadi jangan berat mulut menyampaikan ucapan takziah walau pada individu tidak kita kenali.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi impian bakal ibu mahukan suami menemani tatkala berjuang untuk melahirkan cahaya mata, lebih-lebih lagi anak pertama.
Namun kita hanya merancang, hanya Tuhan jua yang menentukan. Dek kerana tuntutan tugas menyebabkan suami tersayang tidak berada di samping sepanjang proses melahirkan.
Begitu pengalaman yang dilalui pengacara dan penyanyi, Dayah Bakar yang telah selamat melahirkan anak sulung iaitu seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan Petaling Jaya pada jam 2.23 petang semalam.
Namun begitu, kelahiran anak pertama ini tidak disaksikan oleh suami tercinta Muhammad Hanif Hamidi kerana bertugas di Australia dan tidak dapat kembali ke malaysia disebabkan penularan COVID-19.
Dayah hanya ditemani oleh ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara di sebuah pusat perubatan di Damansara.
“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya.
“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata. Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya.
Dalam pada itu sebelum bersalin, dalam posting terdahulu, Dayah ada berkongsi zikir yang diamalkan sebelum waktu untuk melahirkan.
Zikir ini adalah untuk permudahkan segala urusan (sepanjang proses melahirkan anak sulungnya) itu.
Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2:23pm tadi. Both mommy and baby doing fine alhamdulillah .
Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami . Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little bb is already out . Macam mimpi . Indescribable feeling masha Allah
Syukur alhamdulillah
Pengacara Borak Kopitiam ini juga turut mendapat ucapan tahniah dari rakan selebriti atas kelahiran anak pertama pasangan ini. Dayah dan suami mendirikan rumah tangga pada Jun 2018 yang lalu.
Siapa sangka wabak pandemik Covid-19 kini telah memasuki gelombang ketiga.
Dan kita sangat digalakkan untuk mengikut SOP ditetapkan sepeti memakai pelitup muka atau ‘mask’ dan juga mengamalkan kebersihan kendiri bagi menghalang penularan virus ini.
Pemakaian ‘mask’ yang betul perlu diikuti oleh semua termasuk mereka yang memakai purdah untuk mengurangkanp risiko dijangkiti Covid-19 ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.
“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.
“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya pada satu sidang media.
Beliau berkata, pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti.
Justeru, beliau mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah. Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...