Kata Imam Al Ghazali, bahagia ialah ketika mana manusia berada dalam satu puncak ketakwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah SWT.
Kata Ibnu Sina pula, kebahagiaan yang hakiki akan diperoleh pada hari akhirat kelak.
Kebahagiaan bukan ada pada istana yang kita bina, bukan pada banyaknya harta seperti Qarun yang akhirnya tenggelam kerana ketamakkan dirinya, pangkat yang kita sandang ketika ini atau apa kita peroleh hari ini tapi bahagia ialah bila melihat orang lain bahagia di saat kita membahagiakan mereka.
Ya, itulah bahagia sebenar-benar bahagia.
Ternyata bahagia itu dikongsikan oleh seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Baling, Kedah iaitu Cikgu Ismaniza Fahida Ismail yang telah memilih hampir sekelas pelajar dari Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Kupang, Baling untuk menikmati ayam goreng lazat KFC.
Lebih mengharukan, ada segelintir pelajar baru pertama kali menjejakkan kaki ke restoran makanan popular ini kerana kesusahan hidup yang dilalui oleh ibu bapa pelajar ini. Lebih menambah rasa sebak, saat menjamu selera, terpancar wajah ceria anak-anak kecil ini menikmati hidangan lazat dihidangkan.
Video di aplikasi Tik Tok @Cik Puan Gojes iaitu produk kosmetik yang ditubuhkan oleh cikgu ini sudah ditonton oleh 1.5 juta orang dan masing-masing menzahirkan rasa terharu dengan keprihatinan dan sikap murah hati CPG ini.
Ads
Kata CPG di videonya, saat melihat anak-anak murid ini beratur mahu masuk ke restoran makanan segera ini dengan wajah masing-masing teruja untuk menikmati hidangan di sini, dirinya tidak mampu untuk menulis lagi (habis ayat nak buat karangan). Sebak, sedih dan gembira kerana inilah kali pertama anak-anak ini masuk ke KFC.
Tambahnya lagi bahagia itu tak dapat dibeli.
Dapat dilihat, saat sos perlu ditekan sendiri untuk dicicah bersama ayam goreng, ada murid-murid yang agak kehairanan. Barangkali tidak biasa melihat situasi begini.
Dan saat makan ayam KFC, dapat dilihat wajah pelajar-pelajar ini tersenyum manis. Barangkali mengucapkan syukur kerana ada guru yang baik hati membelanja mereka.
Bagi kita, makan KFC mungkin biasa bagi kita yang duduk di kota tapi luar biasa bagi anak-anak yang lahir di kampung dan pendapatan ibu bapa hanya biasa-biasa saja.
Ads
Dalam satu perkongsian sebelum ini di fbnya, usahawan berjaya ini pernah menukilkan satu kisah benar yang dilaluinya pada zaman sekolah di mana guru bersikap memilih kasih dan dia merasai pengalaman pahit itu.
Dan kerana hal itulah membuatnya tekad menjadi guru dan membuktikan kenapa guru perlu melayan pelajar sama rata. Sebak kisahnya, ada banyak pengajaran. Boleh baca di fbnya.
Satu perlu kita ingat, kebahagiaan itu bukan berupa cek yang dapat kita ditunaikan, bukan juga berapa banyak kenderaan mewah kita miliki, bukan berupa bunga yang dapat dicium bau yang semerbak harumnya tapi kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang kita jalani, berlapang dada dengan prinsip yang diyakini dan memiliki ketenangan hati kerana kebaikan yang dimiliki.
Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu. (Riwayat Ahmad (18006)
Pernah ditanya kepada ahli hikmah: “Siapakah manusia yang paling bahagia?”
Jawabnya: “Orang yang membahagiakan orang lain.”
Dengan sebab itu tidak pelik apabila Rasulullah SAW menyebut tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam R.A, Nabi SAW bersabda:-
الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى
Maksudnya: Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. (Riwayat al-Bukhari (1427)
Al-Mubarakfuri berkata: “Tangan yang di atas adalah tangan yang memberi atau berinfaq. Sedangkan tangan yang dibawah ialah yang meminta.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/289). Inilah bahagia sebenar-benar bahagia.
‘Tak perlu malu, merekalah akan tarik ibu dan bapa ke syurga.’ Dr Say sayu ambil kad OKU anak. Ternyata begitulah perasaan ibu, bapa yang mempunyai anak OKU atau Orang Kelainan Upaya.
Bukan rasa malu sebaliknya lebih kepada perasaan sedih tatkala melihat kad OKU sang anak. Itu perkara yang dikongsikan Dr Say di akaun Instagramnya.
Ternyata apa yang dilalui bapa ini adalah normal, apabila rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama apabila mengambil kad OKU anak di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ini luahan Dr Say Shazril,
Topik : Kad OKU Ace Is Here
Sy daftar untuk kad OKU Ace back in January 2023. Sabtu baru ini, saya check online dan kad OKU Ace ready untuk dituntut. 4 bulan untuk kad OKU siap.
Merekalah Akan Tarik
Terus terang cerita bila nak amik kad OKU hari ini terasa sangat berat, rasa macam “aku sudah bersedia ke nak pegang kad ini untuk anakku?”
Tapi saya gagahkan juga sebab saya sendiri yang apply kad OKU tersebut. Sampai dekat JKM Sepang, sepi tidak ada orang lain.
Macam suasana dicipta untuk saya ‘soaked in’ yang anak saya istimewa, anak saya kelainan upaya dan ini buktinya. Bila kad OKU dihulurkan dekat saya, saya ucap terima kasih dekat pegawai JKM & terus saya meluru masuk kereta.
Ibu & Bapa Ke Syurga
Dalam kereta saya amati elok-elok kad OKU tu. Besar-besar tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya dan ada gambar Ace senyum yang cukup suci, ikhlas dan naive.
Berjurai air mata saya. Saya tak tahu sebab apa. Hendak kata saya malu pegang kad OKU ini sikit pun tak, sebab saya tahu kad inilah yang boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau wife tiba-tiba tiada di dunia ini.
Hendak kata saya sedih anak saya OKU juga tak, sebab OKU doesnt mean dia tak boleh enjoy the world like other kids do. Saya serius tak tahu kenapa saya sayu tapi it took me quite some time to accept that my son is now “OFFICIALLY” different.
Dr Say Sayu
Saya tahu mesti ramai persoalkan, “Kenapa buat kad OKU untuk Ace, kesian dia.’
Well kalau kalian tak tahu, kad OKU ni ada banyak keistimewaannya antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan.
Butterfly effect bila travel tapi ULTIMATUMnya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yang akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa kita dapat.
Ambil Kad OKU Anak
Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul-betul hendak tolong kita dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. My son has an OKU card and I am content.
Adakah halal pendapatan saya bekerja dengan syarikat kosmetik yang menjual produk kosmetik. Kerana kebanyakan wanita hari ni beli kosmetik untuk bertabarruj. Jadi saya jadi sedikit was-was dalam hal ini. Terima kasih.
Jawapan
Makna tabarruj, ia adalah perbuatan wanita berhias secara berlebihan dengan menampakkan perhiasan dan anggota tubuh hingga menarik perhatian lelaki bukan mahram.
Merujuk kepada persoalan ini, dari sudut jualan produk tersebut, jika produk dan proses transaksi jual beli adalah patuh syariah, maka hasil yang diterima adalah halal dan sah.
Adapun niat dan tujuan pembeli tidaklah ditanggung oleh penjual produk, kerana setiap orang Islam yang baligh, mumaiyiz, berakal, dan waras adalah dipertanggungjawabkan amalan baik dan buruk ke atas diri masing-masing.
Siapa yang melakukan dosa, mereka tidak menanggung dosa orang lain, melainkan dosa dirinya sendiri, Sebagaimana firman Allah SWT : Maksudnya : “Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (al-Isra’: 15)
Tambahan pula, ada kemungkinan yang beli produk tersebut adalah untuk berhias dihadapan suami mereka, ini adalah diharuskan.
Tidak siapa menduga, dek kerana jatuh hati dengan dengan keindahan, keadilan dan sifat sayang yang sangat dititik beratkan dalam Islam, menjadi faktor utama seorang rakyat Amerika mengambil keputusan memeluk Islam.
Apa yang lebih mengujakan apabila, pemuda ini yang bernama Steve dibawa bertemu dengan Presiden Haramain yang juga Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais untuk melafaz dua kalimah syahadah.
“Segala puji bagi Allah. Arab Saudi sentiasa ‘membuka pintu’ untuk sesiapa sahaja, malah Allah juga memberi pelbagai nikmat dan keberkatan khususnya kepada sesiapa yang terbuka hati memeluk Islam.” – Sheikh Abdul Rahman As Sudais
Malah lafaz syahadah turut dipimpin As Sudais sendiri dan diikuti Steve. Beliau kemudian diterangkan pengertian lafaz syahadah itu. As Sudais kemudian meminta agar Steve diberi minum air zam-zam.
Rakaman video Steve memeluk Islam itu tular di media sosial sejak beberapa jam lalu.
Sebelum itu dikatakan Steve sebelum ini mengakui tersentuh dengan sikap toleransi dan keamanan sesama masyarakat pelbagai bangsa dan agama ketika berada di Arab Saudi.
Steve juga memuji layanan dan hospitaliti Arab Saudi ke atasnya. Dia merupakan pekerja di pejabat pelancongan di Miami, Amerika Syarikat dan berkunjung ke Abha, Arab Saudi bersama rakan-rakannya untuk bercuti.
Secara kebetulan, As Sudais turut berada di kejiranan di mana Steve menginap. As Sudais dilapor bertanya siapakah jiran-jiran sekeliling yang tinggal di sekitar kawasan itu, untuk diberikan air zamzam dan kurma sebagai cenderahati.
Suah menjadi rezeki Steve di Abha, beliau antara penerima hadiah daripada As Sudais, yang disampaikan pegawai penterjemah kepada As Sudais, Saad Al Matrafi.
Steve begitu kagum dan teruja dengan sikap memuliakan tetamu termasuk pelancong sepertinya oleh pihak As Sudais. Steve juga jatuh hati dengan keindahan Islam yang dilihatnya melalui pemberian As Sudais itu.
Sementara itu, Al Matrafi juga adalah individu bertanggungjawab membawa Steve bertemu As Sudais, sebelum lafaz memeluk Islam dibacakan.
“Steve tidak dapat menahan sebak di atas jemputan mengerjakan umrah dan menziarahi Masjid Nabawi oleh Sheikh Abdul Rahman As Sudais.” – Saad Al Matrafi, Pegawai Terjemahan Sheikh Abdul Rahman As Sudais
Dalam pada itu, As Sudais turut mengarahkan para pegawainya untuk mengiringi Steve ke Makkah untuk menunaikan umrah dan mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah.