Bahaya Hantar Emoji Love, Boleh Di Penjara & Denda. Ia Satu Jenayah Gangguan

Share

Bagi yang biasa menghantar emoji love (walau tidak mempunyai maksud tersirat kepada lawan sejenisnya) selepas ini harus memikirkan tindakan itu. Ini kerana di Arab Saudi, ia satu kesalahan yang agak serius.

Seorang pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ menerusi aplikasi WhatsApp boleh berdepan hukuman penjara.

Memetik perkongsian Sinar Harian, akhbar Okaz melaporkan pengirim emoji itu boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan denda 100,000 riyal (RM111,556) jika disabit bersalah seperti ditetapkan di bawah undang-undang di Riyadh.

“Penghantaran emoji itu adalah satu bentuk jenayah gangguan. Selain itu, penggunaan beberapa imej dan ungkapan ketika bersembang dalam talian juga adalah kesalahan sama jika aduan difailkan oleh penerima,” menurut laporan itu memetik kenyataan Al Moataz Kutbi.

Menurutnya, pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan individu lain yang boleh menyebabkan mereka berasa terganggu atau tidak selesa terutamanya apabila menggunakan emoji ‘love’.

Jelas Al Moataz lagi, gangguan boleh ditakrifkan melalui pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual dalam apa jua bentuk termasuk menggunakan teknologi moden.

“Ia termasuk emoji yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut budaya sesebuah masyarakat seperti emoji ‘love’ dan bunga ros,” tambahnya.
Difahamkan, denda yang dikenakan boleh mencecah 300,000 riyal (RM335,000) jika pesalah melakukan kesalahan berulang.

Seorang professor di Fakulti Dakwah Dan Usulludin Universiti Islam Madinah, Asy Syaikh Prof Dr. Sulaiman Ar Ruhaili pernah menulis tentang emoji love ini dan hukum penggunaannya.

Simbol ini yang digambarkan dalam bentuk hati yang digunakan sebagai ekspresi tanda cinta di hati kerana cinta itu di hati, hukum asalnya, jika digunakan untuk hal-hal yang dibolehkan seperti seorang suami mengungkapkan cinta kepada isterinya atau ahli keluarganya, maka IA DIBOLEHKAN. Asalkan tidak ada isykal (kesulitan) di dalamnya.

“Adapun jika digunakan kepada sesama lelaki atau kepada sesama wanita, maka saya katakan ini tidak sesuai. Saya tidak katakan ini haram, namun saya katakan ini kurang sesuai. Dan perbuatan ini bukan sifat orang-orang yang menjaga muru’ah

(wibawa) dan orang-orang yang berakhlak baik.

Adapun jika digunakan untuk hal-hal yang dibolehkan sebagaimana saya sebutkan di atas, seperti seorang suami mengirimkan simbol ini kepada isterinya atau kepada ibunya, atau kepada saudari perempuannya, untuk menunjukkan rasa cinta, maka menurut saya tidak mengapa,”katanya menjawap persoalan ditanya.

Published by
almaswa Haji Che Ros