Bakal menantu kena jaga adab dan akhlak. ‘Tak guna bergaji besar kalau kurang ajar dan juga tak bertanggungjawab.’ Duit bukanlah kunci utama kebahagiaan rumah tangga.
Memang hidup perlukan duit, namun percayalah rezeki itu datang dari Allah. Selagi kita berusaha, insyallah Allah akan kurniakan rezeki yang setimpal.
Ikuti perkongsian Ustazah Asmak Husin kenapa ramai ibu mertua memilih bakal menantu terutamanya lelaki yang mempunyai kerjaya tetap.
Artikel Berkaitan:
6 Perkara Bakal Pengantin Kena Ambil Tahu Sebelum Ambil Keputusan Nak Kahwin
Biasa? Biasa maksudnya…
Bakal mertua ‘biasa’ reject sebab tak kerja tetap atau kerajaan.
Biasanya begitulah aduan yang saya dapat. Sebenarnya mereka bukan tak boleh terima tetapi mahukan bukti dan keyakinan yang pihak lelaki mampu menanggung anaknya.
Lebih daripada itu ramai akan jatuh hati kalau bakal menantu seorang yang berbudi tinggi, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan matang.
Kadang-kadang walaupun bergaji tetap dan tinggi tapi kalau kurang ajar dan tidak bertanggungjawab, buat apa!
Sebab itu bakal menantu semua, sila jaga peribadi masing-masing dan hiasilah diri dengan akhlak mulia. Belajar menjadi orang yang bertanggungjawab dan matang apabila mengendalikan isu. Belajar bagaimana menghormati orang tua dan berbakti.
Bukan terus melenting apabila ‘direject’ atau dikecam. Nak tunjukkan bukti, nak dapatkan keyakinan perlukan masa. Tak perlu melenting, bercakap tapi dakwah bil hal( tunjuk melalui perbuatan). Ini yang paling efektif.
Kita kena sedar juga tak semua bakal mertua mata duitan… tapi kami berfikir panjang demi masa depan.
Kalau pun bakal menantu tak kerja tetap tapi rajin bekerja dan berusaha untuk sara hidup keluarga pun dah cukup baik.
Orang yang berakhlak semestianya faham tentang agama yang menuntut dia sentiasa berbuat baik dan menjadikan dirinya seorang yang bertanggungjawab.
Lebih baik memilih bakal menantu yang mempunyai akhlak yang baik walaupun kerja tak stabil daripada memilih menantu yang berkerjaya bagus tetapi akhlak berterabur.
Setuju tak bakal mak mertua semua?
#circleustazahasmakhusin
#inspirasikeluargabahagia
Kashoorga: Tak kisah kerja tetap atau tak, yang penting sentiasa berusaha mencari rezeki untuk isteri dan keluarga.
Sumber: Ustazah Asmak Husin