Tidak sah kegembiraan aidilfitri jika tidak dikaitkan dengan bunyian mercun. Tidak hanya kanak-kanak, orang tua juga turut membakar mercun khususnya yang berharga mahal seperti merdeka, papan dan sebagainya.
Namun di sebalik kegembiraan itu, sebenarnya ramai tidak menyedari hukum membakar mercun adalah berdosa khususnya dibakar hingga lewat malam dan mengganggu tidur jiran.
Menurut DaiLuqman di instagramnya, sebulan Ramadan berpenat mengumpul pahala dan amal, akhirnya terlebur dek kerana dentuman mercun yang dibakar. Rugi-rugi,”kongsinya yang menjawap persoalan dihantar kepadanya.
Jelas Dai’Lukman, ia samalah dengan membela kucing dan kucing pergi berak di rumah orang pun dah dikira berdosa apatah lagi main mercun yang mengganggu seluruh kejiranan.
“Yang jual, mak ayah yang bagi duit semua dikira bersubahat,”katanya menjelaskan hal ini.
Dalam pada itu menjawap satu pertanyaan pengikutnya,@riz_farra, jika anak jiran main kereta yang berbunyi lagu dan dimainkan dengan kuat, ketuk-ketuk pagar dengan sesuatu dan bising adakah itu juga gangguan terhadap jiran?
Dalam jawapannya, Dai Luqman mengiyakan hal ini dan ia termasuk. Jelasnya membuat sesuatu yang tidak menyenangkan hati jiran adalah dilarang di sisi Islam dan melanggar adab hidup berjiran. Wallahua’lam