Bakar sarang tebuan ini memang bukan perkara asing terutama di kawasan perumahan. Banyak aduan diterima oleh Bomba atau JPAM untuk selesaikan masalah berikutan bimbang akan disengat.
Ikuti pencerahan tentang aktiviti membakar sarang makhluk Allah ini.
Berdekatan rumah saya ada sarang tebuan di atas pokok. Boleh atau tidak saya bakar sarangnya kerana takut membahayakan anak-anak yang selalunya lalu di bawah pokok itu?
JAWAPAN :
Jika sarangnya sudah kosong maka harus membakarnya supaya tidak datang lagi tebuan bersarang di dalamnya.
Ada pun jika sarangnya masih ada penghuni maka tidak harus membakarnya dengan api kerana akan terbakar sama segala tebuan yang ada di dalamnya dari kerana diharamkan membakar haiwan dengan api.
Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a. Rasulullah SAW telah bersabda :
لاَ تُعَذِّبُوا بِعَذَابِ اللَّهِ
Ertinya : “Jangan kamu sekalian mengazab dengan azab Allah.” (Hadith Imam Bukhari)
Dan telah diriwayatkan daripada Hamzah bin ‘Amr Al-Aslami r.a. Rasulullah bersabda
“Jangan kamu membakarnya dengan api maka SEsungguhnya hanya Allah yang mengazabkan dengan api.” (Hadis Imam Ahmad)
Jadi hendaklah dihalau tebuan tersebut dengan cara selain daripada membakar seperti diasapkannya atau disembur bahan yang dapat menghalaunya dan seumpamanya.
Tersebut pada Darul Fatwa Jordan :
، فديننا الإسلامي نهى حتى عن حرق الحيوانات والحشرات بالنار، وأمر بالرفق في الحيوان فضلاً عن الإنسان
Ertinya : “Maka agama kita Islam melarang dari membakar segala haiwan dan serangga dengan api dan menyuruh dengan lemah lembut dengan haiwan istimewa pula dengan manusia.”
Artikel berkaitan: Neraka Enggan Jamah Badan Kita, Kalau Buat Perkara Ini
Artikel lain berkaitan:Terselamat Dari Empat Perkara Menakutkan Jika Rajin Amalkan Doa Ini, Ketika Tahiyyat Akhir
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus