Dah bantu saudara dalam kesusahan, atau beri sedekah mahu pun derma untuk bantu rakan tapi disebabkan rasa tidak puas hati pada satu perkara maka kita mengungkit apa yang diberikan.

Sesungguhnya orang yang berbuat demikian sangatlah rugi, kerana sudah berbuat kebaikan namun merosakkanya dengan mengungkit. Dalam satu hadis, di akhirat kelak Allah tidak akan memandang dan bercakap orang sebegini.

Demikan perkongsian Dr Kamilin Jamilin yang merupakan Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, dalam satu perkongsian di sosial medianya.

Dah buat kebaikan tapi dirosakkan

Alangkah ruginya orang yang berbuat kebaikan kepada insan lain, tapi dia merosakkannya dengan ungkitan.

“Ingat tak dulu aku yang tolong kau sekian sekian..”, “aku yang bayar itu ini..”.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ

“Wahai orang yang beriman! Janganlah rosakkan (pahala) pemberianmu dengan (sikap) mengungkit-ngungkit dan (kelakuan yang) menyakiti” [al-Baqarah: 264].

Seorang mukmin seharusnya berjiwa besar dan memiliki akhlak yang tinggi. Dia memberi, membantu dan berbuat kebaikan, tapi dia tidak mengungkit-ngungkit segala ihsan, kerana dia hanya mengharapkan ganjaran Allah SWT, bukannya balasan manusia di dunia,”pesannya.

Sambung Dr Kamilin namun jelik sekali orang yang sanggup memberhentikan kebaikan, bahkan memungkiri janji hanya kerana tidak mendapat balasan yang diharapkan.

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ لَا يُتۡبِعُونَ مَآ أَنفَقُواْ مَنًّ۬ا وَلَآ أَذً۬ى‌ۙ لَّهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (*) ۞ قَوۡلٌ۬ مَّعۡرُوفٌ۬ وَمَغۡفِرَةٌ خَيۡرٌ۬ مِّن صَدَقَةٍ۬ يَتۡبَعُهَآ أَذً۬ى‌ۗ

“Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan mengungkit-ngungkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka itu akan beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Menolak pemberian) dengan perkataan yang baik dan bersikap memaafkan adalah lebih baik daripada pemberian yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati” [al-Baqarah: 262-263]

Orang yang suka mengungkit kebaikan atau pemberiannya adalah manusia angkuh yang di akhirat kelak Allah SWT tidak akan memandangnya mahupun bercakap dengannya dan baginya azab yang pedih [mafhum hadis riwayat Muslim].

Dalam pada itu nasihat beliau bagi mereka yang sudah terlanjur mengungkit pemberian ini hendaklah mereka bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Selain itu perbanyakkanlah sedekah dan istigfar.

Sumber: Dr Kamilin Jamilin

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI