Balik beraya, nak jumpa orang tua. ‘Bila kita buat baik dengan ibu, insyallah ada rezeki datang tanpa disangka-sangka. Balik kampung bukan selalu, jadi ambillah kesempatan untuk ziarah ibu bapa.
Tidak dinafikan, tidak semua bernasib baik dapat membeli pakaian baru, biskut raya dan balik kampung ke kampung tanpa sebarang bebanan.
Artikel Berkaitan:
Balik Beraya
Ada yang amat kritikal untuk teruskan hidup kerana keadaan ekonomi yang menekan. Apa lagi memikirkan hari raya dan pulang ke kampung.
Kredit : Fedtri Yahya.
Ikuti perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Nak Jumpa Orang Tua
Tidak punya wang untuk balik kampung. Duit betul-betul cukup untuk isi minyak kereta pergi balik dan makan tengah jalan serta belanja di kampung.
Dalam RM700 macam itu (kampung saya di Kelantan). Itupun duit “advance” gaji bulan depan yang saya pinjam dari tempat kerja.
Tapi saya balik juga. Orang tak tahu saya sedang sangat susah. Raya macam biasa. Cuma tak ada baju raya untuk saya.
Hanya sepasang seorang baju yang saya mampu beli untuk anak-anak. Tak ada duit raya. Tak ada biskut raya. Betul-betul tak ada…
Bila Kita Buat Baik
Saya selalu set dalam kepala, balik dulu sebab tahun depan mungkin ada ahli keluarga yang kurang. Atau nanti tahun depan kita sudah tidak ada nanti.
Balik juga sebab nak berikan suasana raya kepada anak-anak. Saya tak mahu mereka terbiasa dari kecil beraya di rumah sendiri sahaja tanpa saya menziarahi orang tua dan sanak saudara di kampung.
Pagi pergi masjid, balik rumah makan apa yang ada, lepas tu terbaring depan TV tonton program raya. Anak-anak masih kecil waktu itu. Saya takut mereka jadi terfikir yang itulah cara beraya…
Dengan Ibu
Saya pernah hanya dapat beri RM50.00 sahaja untuk arwah ibu saya. Kita buat sehabis baik walau kita tak ada.
Bila pulang ke KL, saya gadaikan barang kemas saya. Cara saya mungkin tidak ekonomikal atau kurang praktikal.
Tetapi saya suka fikirkan satu perkara pada satu masa. Jadi kurang tekanan.
Waktu hari raya kita beraya dulu. Nanti kita fikir yang lepas raya pula. Tapi belanja kena beringat. Kena ikut kemampuan diri.
Saya lihat banyak orang berhabis wang untuk berbelanja di hari raya. Tidak mahu kalah membeli. Padahal itu tidak perlu.
Insyallah Ada Rezeki Datang
Kita balik kampung untuk jumpa orang tua di kampung. Bila kita buat baik dengan ibu, ada je rezeki kita. Teringin nak makan pengat pisang, tiba-tiba jiran hantar.
Nak bayar yuran anak, tiba-tiba dapat wang yang tidak kita sangka. Kereta rosak, tahu-tahu ada jualan lebih dan dapatlah duit dari berniaga.
Rezeki ini luas. Kadang-kadang, rezeki tidak datang dengan cara kita berfikir…. Rezeki juga tidak habis dengan cara kita berfikir. Allah memberi tidak sama dengan apa yang kita jangka.
Baca Di Sini:
Taja 10 Bas Balik Beraya, Ramai Doakan Hafiz Mahamad Sentiasa Murah Rezeki
Kashoorga: Rezeki Allah Luas, semoga Dia permudahkan urusan kita semua.
Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI